Lindungi Diri Dari Penipuan - Western Union


"Penipuan Scammer Via Western Union"

Mesti anda pernah menerima e-mail, sms, mms atau teks pesanan melalui whatsapp atau wechat serta facebook messenger yang menyatakan anda memenangi hadiah tertentu berupa wang ringgit.


Online Scammer | Google Image

Ini adalah salah satu dari 'scam'. Jika dari Malaysia atau negara yang menggunakan bahasa melayu senang sahaja untuk mengetahui penipuan tersebut. Namun, jika dalam bahasa ibunda George Bush atau Donald Trump, ramai yang mudah tertipu.


Penggunaan bahasa inggeris mudah mengelirukan bakal mangsa kerana bahasa inggeris nampak lebih matang.

Namun, scam adalah scam beberapa kriteria telah dikeluarkan oleh pihak western union iaitu satu syarikat urusan penghantaran wang ke luar negara. Sebuah syarikat yang boleh dipercayai untuk urusan penukaran wang asing (forex) dan penghantaran wang ke luar negara.

Hanya gunakan Western Union untuk menghantar wang kepada rakan-rakan dan keluarga.

Jangan teruskan pemindahan wang anda jika anda telah diminta untuk menghantar wang:


  • Untuk individu anda belum pernah bertemu secara peribadi.
  • Bagi keadaan kecemasan yang belum disahkan.
  • Untuk pembelian yang dibuat di dalam talian.
  • Untuk perlindungan anti-virus.
  • Bagi deposit atau pembayaran sewa harta.
  • Untuk menuntut loteri atau menang hadiah.
  • Untuk membayar cukai.
  • Bagi sumbangan amal.
  • Bagi tugasan membeli-belah misteri.
  • Bagi peluang pekerjaan.
  • Bagi bayaran kad kredit atau pinjaman.
  • Untuk menyelesaikan urusan imigresen.


Pemindahan wang boleh dibayar kepada penerima dengan cepat. Selepas wang dibayar, Western Union secara umumnya tidak dapat memberikan bayaran balik-walaupun jika anda adalah mangsa penipuan.


Leftlet Keluaran Western Union | PW Community Fans Page
Ini adalah antara isi kandungan leftlet yang dikeluarkan pihak Western Union untuk memberi ingatan berkenaan penipuan penghantaran wang kepada 'scammer'.

Kes-kes yang membabitkan urusan western union biasanya adalah belian barangan online dari luar negara (oversea) seperti di mudah.my atau mana-mana platform jualan online tidak kira secara langsung atau melalui sesawang belian online.

Ebay dan paypal adalah pilihan terbaik dalam mengendalikan urusan berupa scammer kerana dua syarikat ini memiliki 'customer policy programme' mereka sendiri bagi mengelakkan penipuan dengan istilah 'buyer protection programme'.

Anda fikir anda tahu Lindungi Diri Dari Penipuan - Western Union ?

Anda fikir sekali lagi..

Asaalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan