Maksud Gelaran Pescao untuk Hafizh Syahrin Pelumba MotoGP Malaysia


"Pescao"

Hafizh Syahrin yang juga dikenali sebagai Pescao oleh rakan sepasukan Petronas Raceline Malaysia Team memulakan karier Moto2 pada 2014. Litar Misano di Itali pada 2017 telah menjadi saksi kepada anak muda kelahiran Selangor ini untuk sebaris dengan pelumba Moto2 digeruni lain apabila berjaya pertama kali menaiki podium, untuk tempat ketika.


Pescao: Hafizh Syahrin Moto2 Si Ikan
Pescao: Hafizh Syahrin Moto2

Air mata hafizh untuk pertama kali di atas podium Moto2 menggambarkan bahawa usaha dan kesabarannya dalam menempatkan nama di podium seterusnya mencetak nombor keramat 55 pada jentera Kalex sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium sehinggakan dia membotakkan kepala kerana nazarnya. Wet race telah menjadi medan pelumba negara semestinya Hafizh dan juga Khairul Idham Pawi yang juga cukup menyinar dalam wet race atau hujan.


Berlumba Dalam Hujan

Faktor hujan yang sudah biasa terjadi di negara sendiri dan suka bermain hujan ketika kecil mungkin antara faktor mengapa pelumba motorsikal wakil Malaysia cukup garang dalam wet race.

Bagi yang baharu mengenali Hafizh Syahrin pasti akan tertanya-tanya, apa itu pescao. Pescao sudah menjadi satu 'trademark' kepada pelumba Moto2 Malaysia ini sehinggakan sticker perkataan 'Pescao' ditampal merata-rata pada badan jentera apalagi pada treler pasukan Petronas Raceline Malaysia.

Maksud Perkataan 'Pescao'

Pescao bermaksud 'ikan' dalam bahasa Sepanyol. Mari kita kenangkan bahawa bangsa Sepanyol boleh dikatakan bangsa yang begitu 'gilakan' sukan permotoran. Marquez, Lorenzo, Vinales antara Sepanyol yang mencipta nama. Catalunya dan Valencia dua litar yang menjadi kebanggaan Sepanyol. Kalau bukan Sepanyol, mesti Itali, ya Valentino Rossi dan Dovizioso.

Ingin penulis kaitkan Sepanyol dengan gelaran Hafizh Syahrin Pescao ini dalam melambangkan bahawa gelaran dan nama tersebut adalah rasmi dan official.

Sukar Menyebut Nama Hafizh

Semuanya bermula apabila kebanyakkan orang Sepanyol yang ingin bertemu dan bertanya khabar dengan Hafizh sukar untuk mengucapkan perkataan 'Ha' dalam nama Hafizh, yang tinggal adalah 'Fizh'. Semakin lama, lekat dengan perkataan 'fizh'..fizh..fizh..fish..sehingga melahirkan satu perkataan Sepanyol Fish (Ikan) a.k.a Pescao (Pescado).


"Nama saya Hafizh, mereka (orang Sepanyol) susah nak sebut nama saya, nak keluar kata 'Ha' itu macam susah sangat, lalu mereka panggil saya 'fizh' sahaja".
"Nak jadi cerita, musim pertama pada perlumbaan pusingan pertama, cuaca hujan. Saya memang suka hujan. Namun saya dapat tempat kelima. Terus melekat perkataan 'fish' sebab dalam Bahasa Inggeris fish bermaksud 'ikan' kemudian jadi 'pescao' sebab itu maksudnya dalam Bahasa Sepanyol",
Hafizh Syahrin Moto2

Pescao atau ikan bukan sekadar gelaran apabila Hafizh Syahrin berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam kategori Moto2 ketika wet race (hujan) dilangsungkan.

Kelincahan Si Ikan

Meskipun tidak semegah Morbidelli atau Luthi, kesabaran dan usaha Pescao si ikan Malaysia membuktikan kelincahan ikan di dalam hujan bukan calangnya. Podium di tempat ketiga pescao di Litar Misano sebenarnya yang kedua miliknya, dia sebenarnya sudah memiliki gelaran podium ketiga pada tahun 2012.


Hafizh Syahrin Di Sepang 2016 Bendera Malaysia
Hafizh Syahrin Di Sepang 2016

Namun, podium 2017 merupakan podium rasmi untuk Hafizh kerana jentera 55 mampu memiliki beberapa gambar yang menarik di litar, memandangkan podium pada 2012 kerana tempat kedua pada ketika itu ditarik balik podium tempat kedua kerana masalah 'doping'.




Fizh..fizh..fish...Pescao menaiki podium untuk tempat ketiga cukup bermakna ketika wet race. Hujan ? Ikan kan ada.




Anda fikir anda tahu Maksud Gelaran Pescao untuk Hafizh Syahrin Pelumba Moto2 Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan