Livery (Corak) Pada Badan Kapal Terbang dan Kos Pengecatannya


"Livery Kapal Terbang"

Satu proses pengecatan semula (repainting) sebuah pesawat (widebody) seperti A380 memerlukan 15 hari dan 34 orang pekerja pengecat.

Pasti ada yang perasan setiap kapal terbang memiliki warna dan tema tersendiri sebagai identiti pemilik pesawat terbabit. Bagi tema warna biasa adalah perkara biasa sebagai identiti pemilik pesawat. Corak dan design atau tema warna ini dipanggil 'livery'. Livery yang menarik salah satu penarik kepada pesawat berkenaan sebagai 'fesyen' untuk pesawat tersebut, bukan sahaja menarik minat mata penumpang malah merupakan tarikan kepada planespotter sebagaimana penulis.


AirAsia A320 Neo Purple Livery
Contohnya Malaysia Airlines, mengecat pesawat mereka dalam tema biru dan merah dengan berlatarbelakangkan putih dengan logo MAS. Itu biasa. 

Apa itu Livery Kapal Terbang ?

Livery adalah satu bentuk seni, grafiti, atau lukisan corak pada badan pesawat terbang.
Sebagai identiti dan agen pemasaran selain mencantikkan rupa kapal terbang yang dicat livery. Bagi Air Asia Malaysia, ada kelainannya (seakan slogan Marrybrown) dengan corak livery yang berlainan untuk setiap pesawat (fleet). Expedia, TuneTalk, Harimau Malaya, Taylor Swift dan Lubricant Prince antara yang menghiasi badan pesawat A320 milik Air Asia. 

Kegunaan Livery Pada Pesawat

Semua livery yang bewarna-warni ini bukan semata-mata menghiasi kapal terbang milik Air Asia Malaysia. Ia adalah salah satu 'banner' atau 'bunting' pengiklanan yang boleh terbang. Now, everyone's product can fly. Cara bijak dari bahagian marketing Air Asia untuk mendapatkan tajaan untuk bayaran cukai airport, selenggaraan pesawat dan sebagainya. 


Pesawat AirAsiaX yang Tiada Livery
Mengapa Malaysia Airlines tidak cuba untuk menggunakan teknik ini dalam marketing ? Itu mungkin pertanyaan untuk bahagian marketing dan promoton MAS.

Proses 'repainting' livery pesawat bukanlah semudah proses untuk menyembur 'mud guard' pada sebuah kapcai. Memerlukan beberapa lapisan cat dan 'coating' yang tersendiri. Dari segi ekonomi, pengecatan badan pesawat terbang adalah tidak menguntungkan kerana cat yang disembur pada pesawat itu sendiri sebenarnya telah menambahkan 'berat tanpa muatan' untuk satu-satu pesawat.


Livery Expedia Pada A320 Air Asia
Dengan menambahkan cat boleh menambahkan ratusan pound dari jumlah berat pesawat tanpa cat (livery). Selain dari kos untuk proses mengecat, kos bahan api akan terkesan, bertambahnya jumlah jisim dan berat pesawat, hipotesisnya, bertambahlah jumlah bahan api yang digunakan untuk daya tujah melawan graviti bumi yang telah berkawan dengan daya seretan (drag). Kiraan 'loading' bertambah berbanding pesawat yang tidak menggunakan pengecatan pada pesawat.

Mengapa Air Asia (contohnya) merisikokan belanja bahan api kerana livery ?

Tajaan...dan promosi atau ruang iklan. Air Asia menjual ruang iklan sebagaimana blogger lakukan untuk menjana pendapatan jika bukan melalui adsense atau pihak orang tengah advertising lain mungkin dari segi meletakkan iklan pada blog atau membuat advertorial.


AirAsia Taylor Swift Livery Di Kota Bharu (KBR)
Harga standard dan biasa untuk pesawat bersaiz A320 untuk pengecatan pada seluruh badan mungkin mencapai USD50,000 sehingga USD80,000 melalui artikel di WallStreet.


A 777 paint job can cost $100,000 to $200,000, depending on the number of colors involved, and a smaller Airbus A320 can cost $50,000 or more.
Tom Horton ( Chairman of oneworld, the global airline alliance, until March 2014.) 
to WallStreet Jurnal

Ini adalah harga biasa dan harga adalah bergantung kepada jumlah warna yang digunakan, dan saiz rekabentuk iklan yang akan dicat pada pesawat. Tidak termasuk lagi upah dan royalti kepada Air Asia (yang sebagai 'blogger') untuk promosikan iklan livery pada pesawat.

Dengan bertemakan pohonan kayu terdapat livery baharu pada badan pesawat A320 milik Air Asia Malaysia yang dicat dengan tema Universiti Putra Malaysia, lebih tepat pada pesawat A320 ber'call-sign' 9M-AQD.


9M AQD Livery UPM | Planspotters.net
Satu pelaburan besar oleh sebuah universiti. Terdahulu terdapat livery dengan grafiti Tun Dr Mahathir Mohammad pada badan pesawat Air Asia 9M-AFO yang bertemakan 'true Malaysia', namun sudah 'ditanggalkan' dan sekadar bewarna putih dengan jalur Air Asia.


Livery Tiada Lagi | Planspotters.net
Dari segi pemasaran untuk syarikat penerbangan, livery cukup penting untuk dilaburkan.
Bagi planspotter seperti penulis, ia cukup menaikkan aura sesuatu gambar kapal terbang yang diambil.

Anda fikir anda tahu Livery (Corak) Pada Badan Kapal Terbang dan Kos Pengecatannya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan