Beli Keropok Losong dan Satar Frozen Di Kedai Keropok Seri Murni Pasir Puteh


"Satar/keropok Frozen Semerak"

Setiap kali pulang ke kampung di Pasir Puteh dan Pengkalan Chepa, penulis tidak pernah untuk tidak membawa pulang makanan yang popular di pantai timur iaitu satar dan keropok losong.


Kedai Satar Frozen Kelantan
Kedai Satar Frozen Kelantan
Itu belum lagi dikira dengan pesanan dan kiriman dari teman taulan yang juga suka akan makanan makan petang-petang ini. Berapa banyak keropok atau satar yang dimakan setahun namun tetap ia menjadi hidangan sampingan yang agak popular. Secara literalnya, keropok dan satar umpama makanan seperti menjamu nasi dan lauk ikan, persamaan mereka adalah bahan asalnya iaitu beras (tepung beras) dan ikan.


Pantai timur, khususnya Kelantan dan Terengganu cukup popular dengan jenis hidangan satar dan keropok kerana ia merupakan antara mata pencarian penduduk yang tinggal di pesisir pantai. Pantai barat semenanjung Malaysia mungkin ada namun tidak sesohor yang diperbuat dari pantai timur. Mungkin aura moonson Laut China Selatan.

Penulis kebiasaannya akan mendapatkan stok persendirian atau kiriman rakan-rakan satar dan keropok losong dari deretan kedai yang menghiasi jalan berdekatan sempadan Kelantan-Terenggan, antara Pasir Puteh dan Kuala Besut. Setiap hari terakhir cuti, jalan ini cukup sesak dengan kenderaan dalam perjalanan pulang ke kota atau ke mana-mana. Sudah menjadi lumrah akan ramai berhenti untuk mendapatkan satar, otak-otak, dan keropok untuk di bawa ke destinasi yang dituju.

Satar Popia Frozen


Satar Popia Frozen
Satar Popia Frozen
Zaman semakin moden, satar bukan lagi dibungkus di dalam daun kelapa atau pisang berbentuk segitiga 3D, bukan tiada, namun agak sukar untuk dijumpai. Kini, satar sudah seirama dengan kulit popia dan gandingan inilah menjadikan satar frozen cukup menjadi trademark penguasaha satar sepanjang pesisir Pasir Puteh dan Kuala Besut.

Meskipun bukan di Kg Losong Terengganu, keropok losong cukup popular di sini, keropok lekor asli juga ada di jual. Terdapat juga pelbagai variasi keropok dan nama yang agak unik, bergantung kepada penguasaha yang kreatif dalam menarik pelanggan yang datang.
Jangan dilupa aneka jenis sos pencicah yang akan menyerikan lagi suapan sata atau keropok dalam mulut, makna kesedapan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.


Keropok Losong
Keropok Losong
Penulis apabila pulang ke kampung akan mendapatkan stok satar, keropok dan pencicah dengan sebuah kedai di Pasir Puteh jalan pantai menuju ke Kuala Besut yang tidak jauh dari Pantai Dalam Rhu Pasir Putih.

Kedai Keropok Seri Murni. Pengunjung akan menemui kedai satar dan keropok ini pada permulaan deretan kedai membeli barangan makanan ringan berasakan ikan. Jika menghala dari Kelantan ke Terengganu dan sebaliknya kedai ini terletak di akhir deretan kedai-kedai keropok dan satar.






Kedai Keropok Seri Murni Pasir Puteh memang cukup terkenal jika dilihat dari kenderaan yang berhenti di bahu jalan untuk mendapatkan stok-stok keropok. Selain dibawa pulang, bagi mereka yang ingin menjadikan sebagai 'food testing' sebelum dibawa pulang ke rumah keropok dan satar boleh menikmatinya panas-panas di kedai ini.

Pekerja kedai cukup senang melayan pelanggan dan tidak lokek untuk berkongsi maklumat mengenai barangan jualan.

Nak ke sini ? Jom lihat alamatnya

Jln Semerak, 
Kg Dalam Rhu, 
16700 Pasir Puteh, 
Kelantan



Anda fikir anda tahu Beli Keropok Losong dan Satar Frozen Di Kedai Keropok Seri Murni Pasir Puteh ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan