"Pasang UR Strut Bar"
Ultra Racing merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi para peminat modifikasi kereta di Malaysia. Meskipun tiada sebarang aksesori jenama Ultra Racing ada juga kereta atau kenderaan yang meletakan sticker UR di badan kenderaan kesayangan masing-masing. Jangan risau tidak salah, niat tu sudah ada.
Pasang UltraRacing Strut Bar Perodua Viva |
Ultra Racing cukup dikenali sebagai pengeluar 'strut bar' untuk kereta. Mungkin ramai yang tahu akan strut bar ini atau mungkin belum tahu atau tahu tetapi menggunakan nama lain. Strut bar boleh dilihat banyak digunakan dalam kereta lumba. Bagi kereta untuk kegunaan biasa di jalan raya sukar untuk melihatnya. Strut bar biasa dilihat pada belakang kereta lumba, pada bahagian penumpang yang seumpama palang-palang yang memegang ruang belakang kereta lumba.
Itu bahagian yang nampak.
Jenis Strut Bar Basic
Bagi bahagian yang tidak nampak, dua jenis strut bar yang 'dicadangkan' untuk dipakai kepada kereta bukan lumba. Kereta harian.
- Front strut bar
- Rear strut bar
Mengapa penulis berkata sesetengah kereta atau kenderaan telah dipasang strut bar ini ?
Cuba anda perhatikan sendiri kenderaan anda, dimana sudah terdapat satu lubang (atau slot) untuk pemasangan strut bar ini. Jika pergi ke kedai aksesori kenderaaan (kereta khususnya) pekerja bengkel tidak perlu menebuk lubang baharu kerana sudah terdapat lubang pada kawasan yang hendak dipasang strut bar ini. Secara logiknya, jika sudah sememangnya terdapat slot untuk memasang bar ini sememangnya strut bar perlu.
Slot Plug n Play Front Bar Viva |
Perodua Viva penulis pernah mengalami kemalangan suatu masa dahulu. Kereta kecil ini penulis selalu gunakan untuk pulang ke kampung yang jaraknya boleh menjangkau 500km dan ulang-alik membawa kepada 1000km lebih kurang.
Meskipun bukan untuk kegunaan harian ia tetap penting. Selepas kemalangan 'handling' pada kereta penulis agak tidak menyenangkan pada bahagian hadapan (kerana pernah dilanggar dibahagian tepi-hadapan). Paling rasa adalah apabila mengambil selekoh walaupun kereta CC kecil. Rasa terhuyung hayangnya umpama Jackie Chan mempelajari ilmu kung fu mabuk. Penulis mengambil inisiatif untuk memasang Ultra Racing Strut Bar.
Konsep Fizik Pasang Strut Bar
Memang ada beza. Penulis mencuba dengan 'ramp' selepas tol sebelum turun ke lebuhraya. Kurang huyung hayang dan lebih tegap kerana semasa mengambil selekoh sebelah menerima daya yang kuat dari 'centrfugal force' ketika membelok. Apabila meletakkan strut bar, ia menjadi 'flyover' atau jambatan kepada daya untuk ke bahagian yang kurang tekanan dayanya. Sebagai pengurang daya tekanan untuk satu bahagian 'suspension'. Boleh juga dianggap daya distribution lebih efisien disebarkan kepada bahagian lain atau chassis kereta itu sendiri. Berguna pada kelajuan biasa bukan beerti setelah meletakan bar ini perodua viva boleh menjadi ferrari ketika membelok, tetapi sebagai pengurang kepada masalah handling yang kurang cekap pada kereta.
Front Bar Ultra Racing Viva |
Bagi bahagian belakang, rear strut bar berfungsi bagi anti-roll, mengelakkan kereta dari berpusing kerana daya yang berlebihan pada sebelah kereta. Dipasangkan dibawah kereta, yang juga telah tersedia slot (lubang) bagi pemasangan anti-roll bar ini.
Sekali lagi, penulis berpendapat kereta memerlukan rear strut bar. Strut bar banyak berfungsi dalam penyebaran daya apabila membelok, seseuai bagi kenderaan lama yang tidak dilengkapi Vehicle Stability System (VSC) yang sememangnya banyak dipasang pada kereta baharu.
Kekurangan pada pemasangan strut bar adalah salah satu harganya yang agak mahal. Satu lagi untuk jangkamasa yang lama ia boleh memberi kesan kepada badan kereta, chassis. Bagi kenderaan orang kaya dan mahal tiada sebarang masalah, tetapi bagi kereta kecil macam penulis mungkin mampu memudaratkan chassis kereta kerana terlalu banyak daya yang disebarkan kepada chassis bagi mengurangkan tekanan daya ketika membelok pada keadaan ekstrem.
Selain itu, hanya dua strut bar dicadangkan melainkan kereta anda adalah kereta lumba Sepang atau Rally Dakar adalah terlalu banyak bar dipasang ia boleh menghilangkan 'kelembutan' pergerakan kereta anda kerana terlampau banyak bar untuk CC kecil mampu menjadikan kereta anda seketul kotak yang keras dan boleh mengundang bahaya memandangkan jalan raya Malaysia mutu tar nya untuk menampung nilai 'traction' yang rendah berbanding mutu tar di negara maju.
Harga Strut Bar Ultra Racing
Harga front strut bar Viva 850EX: RM13X.00 tidak termasuk GST
Harga Rear (anti-roll) bar Viva 850EX: Rm36X.00 tidak termasuk GST
Pastikan Bar Ultra Racing Original |
Anda fikir anda tahu Pemasangan & Harga Ultra Racing Strut Bar untuk Perodua Viva ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri