"Pantai Cunang"
Perairan Selat Melaka sudah tidak asing lagi dengan kawasan pelancongan dalam kategori pantai. Pantai Cunang yang terletak dalam kawasan Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor salah satunya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan pantai Cunang. Belum lagi dikenali sebagaimana Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib atau Pantai Kelanang. Pantai Cunang sudah bersedia untuk menjadi 'prospek' terbaharu dalam pelancongan kategori pantai di Malaysia.
Pantai Cunang Tanjung Sepat Selangor |
Batu laut, itulah nama kawasan tersebut. Kami bercadang untuk singgah untuk mendapatkan permandangan cantik tunggul dan pohon bakau yang ditenggelami air laut namun gagal mencari jalan masuk.
Beberapa kilometer dari kawasan tersebut terdapat satu papan tanda berlatarbelakangkan warna koko cair yang ditulis perkataan 'Pantai Cunang' dengan cat bewarna putih. Kami cuba untuk masuk ke kawasan tersebut mana tahu dapat menemui sebagaimana permandangan pohon bakau yang ditenggelami air. Namun, kami telah menemui sesuatu yang lebih menarik iaitu Pantai Cunang.
Dekorasi Pintu Masuk Pantai Cunang |
Pantai Angkat Negeri Selangor 2015
Berkonsepkan keaslian dan semulajadi Pantai Cunang yang telah memegang gelaran ' Program Pantai Angkat Negeri Selangor ' oleh kerajaan negeri Selangor. Pantai yang sudah dibaikpulih dari sebuah kawasan pantai yang dipenuhi pohonan rhu dan pokok bakau disekitarnya. Sebagaimana tadom hill resort, Pantai Cunang dibangunkan oleh penduduk asal Malaysia kaum orang asli Mah Meri. Pada asalnya, kawasan pantai ini adalah salah satu tempat 'berhenti lelah' (tempat singgahan) bagi kaum asli Mah Meri ini berehat seketika sebelum turun ke laut mencari rezeki.
Anugerah Pantai Angkat Negeri Selangor 2015 |
Suasana Indah Pantai Cunang |
Pohon Bakau Sesuai untuk Fotografi |
Deretan rumah tradisi orang asli turut didirikan sebagai tempat persinggahan nelayan ini dalam pada masa yang sama menjadi 'dekorasi' menarik yang menanti kunjungan pelancong tempatan dan luar.
Dekorasi Warna Warni |
Perahu dan bangsal menambahkan bukti lagi fakta bahawa pada asalnya Pantai Cunang adalah singgahan penduduk asal sebelum ke laut. Pohon rhu yang menghijau, pasir yang memutih, air laut yang berlapis-lapis (warna teh susu, koko, cyan dan biru air laut) cukup mempersona dengan kepelbagaian warna alam selain dari kecantikan akar-akar pohon bakau yang berada di dalam air di sebelah kanan pantai.
Rumah Singgah Nelayan Orang Asli |
Tiada sebarang gerai/kedai makan di dalam. Boleh membawa makanan namun jagalah kebersihan pantai ini jangan tunjukan sikap seekor kera dengan membuang sampah merata-rata meskipun anda terlihat beberapa ekor kera tempatan yang bergayutan di pohon-pohon bakau. Tong sampah recycle turut disediakan dan kemudahan tandas awam bagi kemudahan pelancong.
Lokasi Pantai Cunang
Untuk sampai ke Pantai Cunang, sangat mudah. Sudah dipasangkan signboard untuk menuju ke pantai. Berkedudukan lebih kurang 90 minit dari Klang Selangor dan pantainya sebelum memasuki pekan Tanjung Sepat. Google Maps dan Waze sudah menyenaraikan Pantai Cunang di dalam database mereka.
Alamat
17, Jalan Pelangi 20,
Pekan Tanjung Sepat,
42800 Tanjong Sepat,
Selangor
Jalan untuk ke kawasan pantai dari jalan utama agak sempit, hanya boleh memuatkan dengan satu kereta bersaiz sederhana, nilai murni seperti bertolak ansur diperlukan dalam meneruskan perjalanan. Lorong kecil ini dipenuhi pokok kelapa sawit yang meneduhi kawasan sekitar dan memerlukan anda berhati-hati ketika memandu.
Jalan Kampung yang Sempit Ke Pantai |
Mungkin pada masa akan datang apabila Pantai Cunang mula dikenali, akan adanya jalan masuk yang lebih besar untuk pengunjung. Usah khuatir anda tidak akan sesat kerana terdapat signboard mini menunjukkan arah untuk ke pantai. Seingat penulis selepas memasuki lorong kecil dari jalan utama dua selekoh sahaja perlu dilalui, satu ke kanan dan satu lagi ke kiri.
Parkir Kenderaan
Parkirnya cukup terhad memandangkan pantai cunang masih lagi baharu dan kurang sesuai bagi aktiviti memerlukan segerombolan besar pelancong dalam satu-satu masa, untuk menikmati pohonan rhu menghijau, pohon bakau ditengelami air dan melihat 'sunset' di ufuk Selat Melaka menjadi aktiviti rutin di Pantai Cunang, Tanjung Sepat Selangor.
Ufuk Selat Melaka |
Talent Bergambar Satu Satu Port Bergambar |
Aktiviti Di Sekitar Pantai Cunang
Barbecue
Aktiviti barbecue (bbq) juga boleh dilakukan di Pantai Cunang namun dengan kebenaran pihak yang menjaga kawasan pantai tersebut sendiri dengan bayaran sewa yang dikenakan. Tempat bbq disediakan dengan sewaan RM 150 untuk sehari dan jika ada pengunjung yang ingin menyewa rumah tumpangan sekali harga diberikan adalah RM 250 per hari.
Family Day
Acara sukaneka atau family day juga antara program yang boleh dijadikan aktiviti di Pantai Cunang Tanjung Sepat ini. Boleh dapatkan kebenaran dahulu dari pihak jagaan pantai sendiri malah boleh juga beramah mesra bersama kaum orang asli yang menjadi pengendali pantai Cunang ini.
[Baca Juga : Senarai Pantai Pantai Menarik Di Selangor]
Anda fikir anda tahu Pantai Cunang Tanjung Sepat Pantai Peranginan Moden Konsep Perkampungan Nelayan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri