"Mi Kari Jawa"
Mi bukan lagi makanan ruji bangsa cina, korea mahupun jepun. Mi sudah banyak masuk ke dunia masakan melayu. Pelbagai jenis mee sudah memasuki buku-buku resepi masakan melayu mahupun india. Jika kita bertanya kepada kawan-kawan kita yang berbangsa tionghua, mi bermaksud 'beras'. Mi yang kita sering pinta dari mee sup atau mee goreng mamak berasal dari beras.
Mee Kari Kedai Makan Barakah |
Salah satu gabungan menarik mee adalah dengan kari, Mi Kari. Kuah berlemak yang datangnya dari santan dan disebatikan dengan adunan serbuk kari yang sama-sama digaul dalam periuk yang mendidih. Bagi memberikan lagi keenakan mee dan kari dimasukkan dengan ayam atau daging sebagai lauk.
Lauk Daging dan Ayam Empuk
Kelembutan daging ayam dalam kari dan kekenyalan mi yang tidak pahit kerana dibasuh teliti kapurnya boleh dinikmati di sebuah kedai makan yang cukup tersohor oleh penggemar mi kari tempatan.
Mee Kari Ayam |
Restoren yang terletak di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang memang antara kedai makan pilihan penggemar mee disekitar Klang dan banting. Dibuka setiap hari kecuali hari khamis, restoren yang terletak di tepi jalan Klang-Banting sentiasa dipenuhi pelanggan. Kebanyakan pelanggan bukan mereka yang mahu mencuba masakan di gerai ini tetapi kebanyakan adalah 'regular customer'.
Mi Kari Barakah Sijangkang |
Mee Rebus atau Mee Jawa |
Bihun Sup Barakah Sijangkang |
Malahan turut menjadi singgahan abang-abang lori yang dalam perjalanan dari Klang-Banting atau sebaliknya. Waktu pulang kerja antara jam 5 dan ke atas boleh dikatakan waktu puncak populasi pelanggan di gerai ini.
Hidangan Selain Menu Mi
Selain hidangan mee, turut mendapat tempat di hati pelanggan adalah nasi lemak kukusnya. Gerai berupa segmen kecil dihujung warung menempatkan dua lagi menu lain, nasi lemak kukus dan sate. Nasi lemak kukus warung ini cukup lengkap dengan suku belahan telur rebus, sayur kangkung dan sambal.
Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng |
Food Court dan Kiosk Makan
Disebelah kepada bahagian penyediaan nasi lemak, terdapat tempat membakar sate. Dua jenis sate yang disediakan adalah ayam dan daging. Keistimewaan pada hidangan sate disini adalah kuah kacangnya. Cukup pekat dan kena dengan daging ayam dan daging lembu yang dibakar garing.
Sate Barakah Sijangkang |
Harga Makanan di Kedai Makan Barakah
- Mee Kari RM4
- Mee Jawa RM4
- Mee Laksa RM4
- Nasi Lemak Kukus RM3 + Ayam goreng atau paru atau sambal sotong atau telur mata RM4
- Sate Daging RM0.90/cucuk
- Sate Daging Rm0.80/Cucuk
Kedai Makan Barakah Sijangkang |
Ulasan Penulis
Sekali sekala untuk kekenyangan dengan pilihan lain selain hidangan nasi mi kari disini boleh dijadikan alternatif. Mungkin kurang sesuai untuk perut mereka yang agak sensitif dengan hidangan santan dan kari.
Kuah yang cukup pekat kadang-kadang bukanlah sesuatu yang baik dalam mi kari.
Boleh dipuji adalah, 'portion' lauknya yang cukup banyak. Walaupun dengan harga murah.
Dari segi 'portion' untuk semangkuk memang boleh dipuji, tidak kedekut untuk piliha harga bawah RM5 semangkuk.
Tempat duduk di warung ini agak terhad sebenarnya betul-betul berada di penjuru simpang yang agak sibuk.
Parkir kenderaan juga mungkin merumitkan keadaan.
Yang inginkan suasan warung kedai makan di kampung dengan alunan deruman enjin disinilah tempat pilihan anda.
Adakah penulis akan datang lagi ? Ya
Rating keseluruhan 3/5.
Informasi Pengunjung
Alamat
Kedai Makan Barakah,
Taman Sijangkang Jaya,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor
Anda fikir anda tahu Mi Kari, Mi Jawa Sedap Sijangkang Kedai Makan Barakah ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri