"Tike MotoGP Sepang"
Sepang International Circuit Sepang Malaysia (SIC) merupakan penganjur MotoGP di rantau asia tenggara. Sepang Malaysia merupakan venue kedua terakhir dalam jelajah sukan permotoran dunia dibawah FIM ini.
Tiket MotoGP Sepang Malaysia |
Tiket masuk ke MotoGP sepang akan mula dibuka untuk tempahan dan jualan pada setiap awal tahun dengan harga early bird dan diskaun. Tiket yang ditawarkan merangkumi 3 hari (jumaat, sabtu, dan ahad) event untuk pengunjung merasai kemeriahan beramai-ramai menyokong pasukan dan pilot kesukaan masing-masing.
Rugi jika peminat sukan permotoran lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan MotoGP di sepang. Peminat motoGP luar dan tempatan boleh mendapatkan tiket melalui beberapa cara:
Walk-In Ticket
Walk in ticket anda akan mendapat tiket yang berwarna warni sebagai kenangan. Tiket secara fizikal.
1. Kaunter Tiket SIC
SIC MotoGP Sepang Ticket Counter |
Masa operasi kaunter tiket SIC Sepang adalah dari
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Kaunter Tiket di SIC dan booth tiket bergerak (mobile booth) di KLCC. Kadang-kadang pihak SIC turut membuka 'booth' mereka di mall-mall terpilih seperti Nu Sentral atau KL Sentral.
MotoGP Ticket Counter Booth KLCC |
Online Ticket
Tiket online memerlukan anda mendaftar masuk (log in) pada laman web tersebut. Segala tiket adalah dalam bentuk e-ticket yang memiliki kod bar yang disahkan.
Log in, bayaran online dan cetak.
2.Laman Web SIC (www.sepangcircuit.com)
SIC Website Online MotoGP Ticket |
Jika membeli melalui laman web SIC anda perlu memiliki dan mengaktifkan akaun Maybank2U dan PayPal jika ada. Anda juga perlu mendaftar untuk 'log in' masuk meneruskan pembelian tiket. Pembelian tiket melalui laman web SIC mungkin lebih murah berbanding walk-in.
Contoh Tiket MotoGP Online |
3. Malaysia-MotoGP-dot com (www.malaysia-moto-gp.com)
Sebuah laman web dikhaskan kepada peminat luar kerana berurusan dalam nilai matawang euro bukan ringgit Malaysia. Dikelaskan sebagai laman web boleh dipercayai oleh trustpilot dengan 4 bintang.
4. Stubhub.my
Sebuah laman web 'online ticketing' segala event di Malaysia. Bukan sahaja MotoGP malahan tiket konsert yang berlangsung di Malaysia turut dijual disini.
Anda perlu ke bahagian 'sport' dan klik pada menu 'motoGP'. Senarai tiket yang masih 'available' akan keluar. Namun harganya mungkin mahal berbanding laman web SIC.
5. Facebook Fans Page/Group MotoGP
Anda mungkin boleh 'like' dan 'join' mana-mana fans page atau group motoGP Malaysia atau mana-mana. Mungkin akan ada sesiapa yang tidak bertuah untuk ke motoGP namun sudah terbeli tiket.
Golongan ini mungkin akan cuba menjual kepada fans lain kerana tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Terdapat beberapa fans page mengadakan kuiz atau pertandingan dan menjadikan tiket sebagai hadiah, sertainya mana tahu rezeki anda.
Ini adalah sebahagian dari pengetahuan penulis dalam mendapatkan tiket motoGP di Sepang. Mungkin terdapat lain-lain cara. Tiket yang sah sahaja dibenarkan memasuki pagar litar.
Setiap staff yang menjaga pintu masuk memiliki pembaca kod bar dan kod bar yang sah sahaja dapat dibaca. Penggunaan kod bar memang efisien bagi mengelakkan tiket palsu, jualan dari ulat tiket yang tidak sah dan pengawalan bilangan penonton pada satu satu venue.
Selamat menyaksikan kejohanan MotoGP di Malaysia!
Anda fikir anda tahu Cara Dapatkan Tiket Menonton MotoGP Sepang Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri