Ayuh Malaysia Tunjukkan Belang Semarakkan #BangkitBersama Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


"Sukan SEA KL2017"


Peminat sukan negara tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti kemaraan kontinjen Malaysia yang juga selaku tuan rumah untuk temasya dua tahun sekali Sukan SEA atau South East Asia Games nanti. Pelbagai promosi dan pengenalan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar asia tenggara ini.


Rimau #BangkitBersama Sukan SEA 2017
Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Promosi dan pengenalan ini memberi peluang untuk rakyat mengenali dan bersama-sama kontinjen Malaysia dalam sokongan untuk mencabar dan seterusnya menjadi juara keseluruhan untuk sukan dalam edisi yang ke 29 ini.



Maskot RIMAU, yang merupakan singkatan bagi Respect, Integrity, Move, Attitude dan Unity,menghiasi ceruk bandar Kuala Lumpur. Memenuhi ruang media sosial sukan Malaysia dan sentias bersama dalam misi seruan kepada rakyat Malaysia menyokong penuh kontinjen Malaysia di temasya yang berlangsung 19 hingga 30 Ogos 2017.

Larian obor sebagai mercu tanda semarak kesukanan SEA Games ke-29 bermula dari 6-12 Ogos 2017. Sebagai pendekatan untuk masyarakat bersama-sama menyokong berlangsungnya temasya ini. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program larian obor kuala lumpur 2017 adalah:


Aktiviti Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur

Gimik acara belon udara panas di Putrajaya dan gimik penerjunan base jump di menara Kuala Lumpur

Larian obor beramai-ramai bermula di Tuanku Abdul Rahman University College dan tamat di Wangsa Walk.

Larian Obor bermula di TNB Bangsar dan Ajinomoto sebagai lokasi penamat larian obor

Larian obor seterusnya bermula di SMK Segambut Jaya dan berakhir di Tesco Kepong

Gimik base jump dari menara KL


Acara kemuncak pameran kepada orang awam bagi melihat dengan lebih dekat obor sukan SEA ke 29

Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 ini menyaksikan 10 kontinjen dari negara ASEAN akan menyertai 405 acara dari 38 jenis sukan yang dipertandingkan. RTM menjaga penyiar rasmi temasya sukan ini setiap hari dengan siaran secara langsung ke venue-venue pertandingan menerusi saluran TV1 dan TV2. Astro Arena juga turut menyediakan 8 saluran selain dua yang telah sedia ada bagi menyiarkan sukan SEA KL2017 ini. Pihak astro turut menyiarkan kesemua acara yang dipertandingkan di venue-venue terpilih. Acara pembukaan semestinya sesuatu yang ditunggu peminat sukan tanahair.

Bagi rakayat Malaysia atau peminat sukan yang tidak dapat menonton temasya sukan sea ke 29 ini melalui siaran televisyen atau bagi mereka yang berada di luar negara, terdapat Live Streaming dalam aplikasi telefon pintar selain dari menu untuk mendapatkan tiket dan berita semasa mengenai Sukan SEA KL2017.


Sukan SEA Mobile Apps Download
Sukan SEA Mobile Apps

Dua buah lagu rasmi untuk Sukan SEA kali ini telah diperdengarkan sebagai pembakar semangat para atlit dalam misi merebut kejuaraan keseluruhan sebagaimana pada tahun 2001 yang juga Malaysia menjadi tuan rumah. Lagu dendangan Monoloque, Malique dan juga Azlan The Typewriter yang berjudul 'Tunjuk Belang' dan satu lagi lagu kolaborasi antara Dato' Ramli MS dan penyanyi bersuara lunak Dayang Nurfaizah dengan lagu bertajuk 'Bangkit Bersama'. Hastag #BangkitBersama dipilih sebagai hashtag untuk menjadikan Sukan SEA 2017 ini 'trending'.

Peminat tegar sukan tanahair semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri dan mengabadikan dalam gambar dengan mendapatkan tiket untuk ke venue acara dan menyaksikan sendiri para atlit Malaysia dan juga dari 10 negara bertanding dengan lebih dekat. Layari laman sesawang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada menu 'Beli Tiket' untuk mendapatkan tiket menonton sukan bertaraf asia tenggara ini.

Jangan lepaskan peluang sertai majlis gilang gemilang upacara pembukaan yang penuh pesona nanti. 

Anda fikir anda tahu Tiket, Larian Obor, Lagu Rasmi, Siaran TV & Live Streaming Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 #BangkitBersama ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Catat Ulasan

0 Ulasan