"Peraturan OFFSIDE"
FIFA merupakan badan induk yang menyelia dan mengawal segala peraturan dalam kedamaian semasa dan tidak semasa permaianan bola sepak dunia. Peraturan Offside merupakan salah satu darinya. Ketika kecil bila bermain di kampung bersama rakan-rakan, sepak bola tanpa menggunakan tangan dan gol itu adalah konsep apabila bermain di kampung. Namun, apabila sesebuah perlawanan berada di bawah kawasan takluk FIFA contohnya liga di sesebuah negara ia akan melibatkan pelbagai peraturan termasuklah offside.
Maksud Offside Bola Sepak |
Linesman atau penjaga garisan merupakan dua individu di atas padang selain penonton termasuk fourth official yang dapat memberikan bukti yang tepat akan sesebuah situasi offside. Pengadil perlawanan sukar untuk melihat kerana bagi mendapatkan observasi yang tepat pengadil perlu berada selari dengan kejadian offside. Dalam kes perlawanan yang sedang berlangsung, linesman adalah faktor besar yang akan menentukan pemain offside atau tidak, tidak pelik jika ada linesman dibaling botol.
Offside merupakan salah satu peraturan yang mengelirukan dan paling kontroversi dalam permainan bola sepak. Fahami keadaan dan situasi yang menyebabkan berlakunya offside dapat mengurangkan stress ketika menonton perlawanan bola sepak. Cukup mudah difahami sebenarnya jika betul-betul faham. Bagi masyarakat kampung yang juga bermain bola, offside dalam bahasa kampung disebut 'jaga ayam', konsep dimana striker/forward tidak melakukan apa-apa melainkan menunggu bola tiba ke kaki untuk merembat ke pintu gol lawan. Kecaman pernah berlaku di zaman kanak-kanak apabila 'jaga ayam', namun itu hanya konsep 'malas' akan tetapi konsep sebenar yang telah dipersetujui FIFA dan segala badan berkaitan bola sepak telah mengeluarkan garis panduan offside.
What is an offside position?
A player is in an offside position if he does not have two players, usually a goalkeeper and a defender, between himself and the goal.
http://www.express.co.uk/sport/football
Konsep offside dalam bola sepak moden adalah, seorang pemain (striker/forward biasanya) berada pada kedudukan berseorangan dengan pintu gol lawan dengan melepasi garisan pemain lawan (biasanya defender) yang terakhir pada masa (moment), ketika dan saat bola sedang disepak. Ketika bola sedang disentuh/disepak oleh rakannya itu adalah konsep yang penting menjadikan kedudukan 'penjaga ayam' tadi offside.
Kedudukan Offside | Google Image |
Selain ketika sedang disepak, bola tersebut menuju ke arahnya bukan ke arah sebaliknya, ke belakang. Kedudukan pemain yang offside tidak semestinya dalam kedudukan 'jaga ayam' berseorangan dengan penjaga gol dan pintu gol sahaja tetapi jika sebaris dengan pemain lawan terakhir dan ketika bola sedang disepak ke arahnya jarinya (kalau dapat dikesan linesman) melebihi garisan pemain lawan terakhir, dia dikira offside.
Konsep Onside Offside | Google Image |
Ketajaman mata linesman perlulah mengikut piawaian medical checkup mata 20/20 untuk situasi kedudukan offside yang begitu hampir dan dalam situasi inilah biasanya kontroversi berlaku tidak kira selepas kejadian tersebut terjadinya gol atau tidak. Jika linesman 'kayu' meskipun 'bakal' offside sudah berada jauh dari garisan pertahanan terakhir pun dia menganggap tidak offside, itu linesman kayu yang mungkin takut kepada bos besar di sana.
Konsep Offside
Fahami kembali konsep offside, seorang pemain akan offside apabila dia berada pada kedudukan paling akhir dengan barisan pertahanan atau penjaga gol apabila di saat bola disepak ke arahnya oleh rakannya. Jika tiada sebarang syarat-syarat ini maka tidak offside jika gol terjadi ia dikira, jika offside sepakan percuma (freekick) akan diberikan pada pihak lawan setelah linesman mengangkat bendera kuning ala-ala hitler dan referee meniupkan wisel.
Biru dalam kedudukan offside | Wikipedia |
Interfering Offside
Peraturan offside telah banyak kali di'amend' oleh FIFA salah satunya, interfering offside. Dalam interfering offside, meskipun pemain yang sudah tahu dia berada di kedudukan offside namun tidak berniat untuk mendapatkan bola tersebut dalam kata lain sudah tidak 'actively involved in play' jika pemain tersebut melakukan hadangan kepada penjaga gol atau provokasi atau halangan pandangan terhadap pemain lawan, dia dikelaskan dalam offside meskipun tidak berniat untuk mendapatkan bola yang menuju ke arahnya.
Pemain tidak akan terlibat dalam kedudukan offside meskipun mungkin akan offside mengikut syarat-syarat di bawah:
- Bola yang menuju ke arahnya adalah sumber terus (direct) sepakan gol (goal kick), lontaran ke dalam (thrown in) dan sepakan penjuru (corner kick).
- Pemain tidak berada di dalam kawasan lawan tetapi berseorangan dalam kawasan sendiri (own half), ketika ini semua pemain berada dalam kawasan pemain yang berseorangan tersebut.
- Pemain berada sama kedudukan atau dibelakang bola yang akan dihantarkan
- Pemain sudah tidak aktif dan tidak berniat untuk menyentuh bola, kecuali situasi interfering offside.
Apa hukuman kepada pemain ?
Freekick kepada pihak lawan, jika pemain masih tidak mengendahkan supaya berhenti kerana sudah offside berkemungkinan amaran dan kad kuning bergantung kepada keadaan pengadil.
Boleh rujuk pautan di bawah untuk peraturan IFAB terbaharu yang dikemaskini
Anda fikir anda tahu Peraturan FIFA Offside (Ofsaid) Bola Sepak. Bagaimana dan Bila Berlaku Offside ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir anda tahu Peraturan FIFA Offside (Ofsaid) Bola Sepak. Bagaimana dan Bila Berlaku Offside ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri