"Modifikasi Motorsikal"
Hujan, panas dan pelbagai cuaca ekstrem bukanlah punca seorang mat moto bukan mat rempit untuk dari hilang rasa cinta pada motorsikalnya. Pencinta dua roda sudah lali akan hal sedemikian. Tidak kira anda penunggang motor berkuasa tinggi mahupun kapchai, mat moto tiada beza melainkan mat rempit yang sentiasa menyusahkan masyarakat.
Modifikasi Ubahsuai Asas Kapchai |
Memiliki motorsikal jika tidak dibelai dan dimanja akan pudar sedikit istilah mat moto dalam diri. Melainkan anda seorang pesara yang menggunakan moto sebagai pengangkutan untuk ulang alik ke surau atau masjid dan kebun, pun perlu menyanyangi motorsikal mereka dengan kasih sayang yang murni. Paling ringan, tukarkan minyak hitam, tukar spark plug bila diperlukan selain dari basuh motor tanda sayang.
Artikel ini akan berlegar-legar dalam aspek modifikasi motor dalam keadaan paling 'simple' kerana artikel ini bukan ditulis oleh pakar permotoran seumpama Hj Wazy Abdul Hamid, apalagi Syahrul Yuzy atau Zambri Baba. Penulis hanya ingin berkongsi idea dan pendapat yang pernah didengar dan dibaca oleh penulis modifikasi biasa yang tidak memerlukan anda menghafal sebarang manual berkaitan motor tertentu. Istilah motor dalam pantang sudah boleh dirobek dan dihanyutkan ke laut, kerana bahagian R&D pengilang sudah 'remp' motor anda ke tahap maksimum jadi istilah 'pantang' bawa motor atas pada garisan speedometer 50Km/J untuk motor baharu sudah tidak relevan.
Ada mat-mat motor yang sanggup menghabiskan duit tabung demi motor kesayangan. Dapat dilihat dua benda pertama yang akan dilakukan oleh mat motor adalah modifikasi luaran dan dalaman. Ada yang lebih gemar melakukan modifikasi luaran atau lebih dikenali sebagai 'make-up' motor dan ada juga yang mementingkan prestasi dan 'performance'.
Dalam aspek 'make-up', coverset merupakan modifikasi berunsur 'make up' yang sering dilakukan, ditukar mengikut kehendak hati bagi yang tidak mengikut tema, dan bagi yang mengikut tema pelbagai 'skill' airbrush diaplikasikan. Tema MotoGP, Repsol, Movistar, Givi antara tema yang sering kelihatan pada mereka yang fokus dengan modifikasi luaran. Zaman sekarang pelbagai sumber yang dapat diperolehi mat-mat motor dalam mevariasikan coverset masing-masing sebagai contoh barangan Racing Boy.
Apalagi penambahan aksesori seperti undertail (fenderless) yang mampu menampakan lagi gaya aerodinamik motor yang diinginkan. Visor depan juga turut menjadi kegilaan mat motor dalam penambahan aksesori luaran.
Dari konteks modifikasi luaran, kebanyakan kapchai pada permulaan lebih tertumpu kepada sistem masukan (intake). Bagi mereka yang masih menggunakan motorsikal yang dipacu oleh carburetor sebagai 'jantung' yang mengepam bahan api ke silinder penukaran saiz carburetor adalah eksperimen pertama.
Pengubahsuaian carburetor dari MIKUNI BS26SS kepada UMA Racing 28mm PWK28 sebagai contoh. Bagi motor zaman sekarang yang lebih menjurus kepada Fuel Injection (FI) throttle body injection merupakan 'organ' yang menjadi mangsa modifikasi tahap pertama. Pengubahan sistem masukan bahan api dapat meningkatkan rpm sesebuah enjin, apa tidaknya makanan piston untuk melengkapkan 'otto cycle'nya satu pusingan bahan api lah yang diperlukan. Sistem injection lebih rumit kerana ia berfungsi secara automatik berbanding karburetor yang perlu ditala secara manual. Electronic Control Unit (ECU) pada sistem FI merupakan 'otak' bagi FI dalam mencampurkan bahan api dan udara (oksigen) secara automatik. Penukar sistem ECU pada motorsikal FI salah satu lagi modifikasi dalam konteks 'intake modification'.
Bayangkan semakin banyak bahan api disuap maka makin cergaslah piston bekerja dan melengkapkan pusingan 'otto cycle' untuk mengerakan motorsikal anda. Memandangkan motorsikal menggunakan konsep 'otto cycle' yang meliputi satu subjek thermodynamic bagi mereka yang mengambil jurusan mekanikal ada kesannya apabila perubahan dilakukan bagi pada bahagian masuk sahaja. Bayangkan orang adalah bahan api dimasukan dalam satu bilik yang boleh diandaikan silinder enjin masukan kesemua orang ini dengan pantas kerana pintu sudah besar namun pintu keluar dihujungnya begitu sempit, apa akan berlaku ? Ya, pergaduhan ala mafia akan berlaku.
Solusi dari turutan modifikasi diatas adalah, ubahan sistem keluaran, dalam bahasa Kelate nya 'ejus'. Ubah pula sistem exhaust motorsikal anda. Nampak kan logiknya, tidak perlu menjadi pomen motor, sekadar gunakan akal logik.
Penukaran exhaust standard kilang kepada ekzos 'after market' yang lebih besar tabungnya yang mampu menyeimbangkan pengiraan tekanan yang mungkin menurut hukum thermodynamic bagi yang mempelajarinya. Bayangkan metafora (kias) yang penulis sampaikan pada perenggan di atas mengenai bilik yang sudah dibesarkan pintu keluar yakni ekzos, maka lancar sahaja 'flow' haba yang telah berjaya kita selesaikan meskipun bukan seorang pelajar jurusan mekanikal di salah sebuah universiti.
LeoVince Corsa GP sebagai contoh memiliki bunyian 'bass' yang cukup menghiburkan berbanding ekzos standard kilang. Carbon fiber yang melengkapkan sistem ekzos ini dari mengeluarkan bunyi yang kuat. Lubang sudah besar, angin keluar banyak resepi terbaik untuk bunyian yang lebih kuat, jadi carbon fiber dalam ekzos penyelesaiannya.
Selesai sudah masalah 'flow' bahan api bertukar menjadi asap bersama air. Bagi mengelakkan 'surge' atau 'back pressure' aliran ini perlu dijaga. Melainkan anda gemar menunggang motorsikal yang memiliki kriteria menaiki kuda atau tersadai dijalanan.
Satu saja konsep logik yang perlu difahami, motor akan bergerak apabila roda berputar, roda berputar apabila rantai memutarkannya, rantai diputar oleh sistem gear, gear mendapat tenaga dari gerakan 'shaft' dan 'shaft' pula memiliki rpm dari gerakan piston ke atas dan ke bawah. Apa benda yang diperlukan selain bahan api untuk menggerakan piston ? Ya, api, lebih tepat percikan api.
Sumber percikan api adalah dari 'spark plug', palam pencucuh. Palam pencucuh yang elok adalah palam pencucuh yang tahan segalanya, tahan haba dan tahan lama. Sentiasa mengeluarkan percikan api yang sekata. Dalam pemilihan spark plug mengikut jenis motorsikal yang memiliki saiz tertentu, dapatkan nasihat pomen anda.
Sistem percikan api untuk pembakaran bukan saja tertumpu pada spark plug semata mata. Bagi mendapatkan 'squence' atau pemasa yang terbaik adalah tugas CDI (Capasitor Discharge Ignition). Satu kotak yang mengandungi komponen eletronik yang diberi nama kapasitor. Kapasitor memang sudah dikenali sebagai penyimpan cas elektrik. CDI ini yang disambungkan dengan spark plug melalui rangkaian wayar yang menjadi 'pekerja' yang akan mengeluarkan percikan api pada masa tertentu.
Pelbagai jenis CDI yang terdapat dipasaran dan memiliki spesifikasi simpanan cas tertentu. Jenama Cheetah atau Uma Racing merupakan antara pengeluar CDI 'after market' yang cukup dikenali selain NGK merupakan pengeluar spark plug yang boleh dikatakan legend di Malaysia. CDI yang terbaik dan spark plug iridium, mampu memberikan perbezaan dengan yang asal.
Rantai antara komponen yang tidak kurang pentingnya bagi motorsikal. Terlalu kendur boleh menyebabkan rantai tertanggal. Terlalu tegang boleh menyebabkan rantai terputus. Kekuatan rantai dan ketahanan rantai antara aspek yang perlu dilihat. Rantai dan sistem pacuan termasuk sprocket depan dan belakang tidak menjamin kuasa asal yang datangnya dari piston.
Kuasa dan tork mungkin sudah berubah berkadar terus dengan geseran yang wujud tidak kira dalam gearbox atau sprocket dan rantai itu sendiri. Oleh itu bagi mendapatkan nilai kuasa yang hampir menyamai output dari enjin penjagaan dan talaan rantai juga penting. Rantai seperti jenama SSS dan MCS serta RKM adalah sering menjadi pilihan mat motor. Pandai sesuaikan dengan setting sprocket (sebagaimana artikel ini: Setting Sprocket), boleh memberikan perbezaan dengan yang asal.
Penjelasan di atas merupakan modifikasi asas bagi sesebuah motor yang masih belum terusik, dara dari kilang. Jika sudah sampai tahap re-bore silinder dan tukar cam shaft (bagi motor 4 lejang) itu sudah sampai tahap di mana anda sudah bersedia untuk berkawan rapat dengan pomen berdekatan.
Modifikasi yang diterangkan di atas bagi pengubahsuaian motor kapcai tahap 1 yang lingkungan harga masih boleh dirunding, jika sudah sampai tukar valve, silinder (block), piston racing, cam racing itu sudah boleh dikategorikan modifikasi tahap 2.
Anda fikir anda tahu Modifikasi Asas Motorsikal Standard Kilang Kategori Underbone (KapChai) & Moped ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri