"Langkawi Island Hopping"
Pulau Langkawi Kedah, Malaysia, bukanlah satu pulau yang asing bagi pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Berada nun jauh di utara semenanjung Malaysia, Pulau Langkawi mampu menjanjikan percutian yang terbaik bagi mereka yang membayangkan pantai yang hijau kebiruan, dan deretan pulau-pulau.
Langkawi memang terkenal dengan lagenda dan sejarah yang masih disebut sehingga kini. Pulau yang memiliki jolokan 'Pulau Lagenda' yang menyimpan pelbagai cerita mitos dan sejarah yang menjadikan pulau ini sebuah pulau yang unik selain dari kedudukannya yang bersempadan dengan perairan Thailand yang banyak menyimpan cerita-cerita dongeng dan mitos.
Langkawi Island Hopping Trip |
Terdapat pakej untuk mengenali pulau-pulau sekitar Langkawi, yang bertemakan 'singgah' dan 'terokai' atau lebih sinonim dengan istilah 'Langkawi Hopping Islands'. Terdapat banyak pengusaha bot dan resort yang menawarkan pakej Island Hopping.
Lokasi Jeti |
Lagi Meriah Jika Ramai
Island Hopping di Pulau Langkawi kurang pesonanya bila seorang sahaja memandangkan pakej Island Hopping yang ditawarkan biasanya memerlukan bilangan pelancong yang ramai supaya tidaklah membazir bahan api bot yang digunakan selain dapat berkongsi saat manis antara keluarga atau sahabat handai.
Riang Ria Buang Mabuk Laut |
Kemudahan Awam Disediakan
Usah khuatir jika tidak sempat membuang sisa kumuh dari badan ketika datang ke jeti Island Hopping kerana disediakan tandas dengan bayaran 'ikhlas' iaitu masukan seikhlas anda ke dalam tabung yang disediakan dihadapan tandas. Mungkin juga dalam kekalutan anda terlupa membawa item santai seperti selipar jepun atau sandal, terdapat gerai yang menyediakan barangan ini selain gogel (bukan google search) di Jeti Teluk Baru ini.
Apabila pemandu sudah bersedia dan mula menghidupkan enjin. Perjalanan menikmati keindahan pulau-pulau (sebahagian) di Langkawi bermula.
Pulau Dayang Bunting (Tasik Dayang Bunting)
Destinasi pertama di dalam pakej Island Hopping ini adalah Pulau Dayang Bunting. Pulau yang menjadi lagenda seorang bernama Mayang Sari yang kematian anak (hasil perkahwinan dengan Jin bernama Mat Teja) dan mencampakkan anaknya ke dalam tasik, itu kisah dongeng, kecantikan Pulau Dayang Bunting bukan dongeng, dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera. Lebih kurang 15 minit menaiki bot mengharungi alunan ombak, kami diberikan masa satu jam untuk menikmati Pulau Dayang Bunting.
Pulau Dayang Bunting |
Dengan fasiliti berupa mini muzium yang menempatkan pelbagai maklumat mengenai pulau ini. Usah khuatir dan risau gerai makan (Dayang Cafe) dan kemudahan untuk membuang air turut disediakan. Hati-hati, kerana mungkin anda akan di'sekodeng' kera-kera liar yang tidak buas menyambut kedatangan pelancong dalam perjalanan menuju ke tasi dayang bunting yang memerlukan anda mengeluarkan peluh untuk sampai dengan pendakian mini yang mungkin memenatkan.
Penat mendaki dan menuruni tangga berbaloi apabila melihatkan air tasik yang kehijauan dengan kelipan pantulan cahaya matahari dari permukaan tasik. Bukan sekadar melihat pesona keindahan tasik semata-mata, pelbagai aktiviti yang ada. Bagi mereka yang memiliki stamina yang lebih walaupun telah hilang semasa pendakian tadi berkayuh dalam air dengan objek menyerupai itik atau haiwan atau berkayak antara aktiviti seterusnya.
Naik Turun Sebelum Ke Tasik |
Tunggang Donald |
Pulau Jong
Pemandu bot yang terbaik adalah tidak lokek dengan informasi, nasib atau permintaan jika anda sudah kenal dengan peribadi pemandu bot. Kami bertujuh cukup bertuah ditemukan dengan Pak Nor pemandu bot yang begitu peramah dan cukup berinformasi, meskipun kadang-kadang agak sukar mendapatkan info kerana bunyi badan bot memecah alunan ombak selain dari loghat Kedah Pak cik Mat Nor yang agak dalam.
Pulau Jong Langkawi |
Namun, itu bukan penghalang dari pemandu bot kami yang petah bercerita. Mungkin sesetengah pemandu bot tidak akan melakukan aksi sebagaimana veteran tempatan, Pak Cik Mat Nor kami dengan mengelilingi Pulau Jong. Nampak biasa jika sekali pandang, namun penuh lagenda. Jong atau jung merupakan nama sebuah pengangkutan di zaman dahulu sebelum Wright bersaudara belum membina kapal terbang pertama. Kapal atau bahtera yang memiliki layar dipanggil Jong atau Jung. Memang tepat dengan nama Pulau ini.
Bahagian 'Port' (kiri) Bahtera Sumpahan |
Ketika mengelilingi Pulau Jong, ia sememangnya memiliki rekabentuk sebuah bahtera di zaman lampau. Menurut, pemandu bot kami ia adalah sebuah bahtera kapal. Kedudukan yang menghala ke laut lepas. Muncung sehinggalah buritan kapal macam realiti. Ira hakisan atau jalur hakisan pada dinding batuan yang membentuk pualau ingin seakan-akan lapisan kayu yang membentuk sebuah kapal. Unik memang unik.
Namun lagenda dan sejarahnya perlu dikekalkan usah tanya akan logik atau tidak kerana ia akan menghilangkan nilainya. Namun, sebagai pelancong, anggaplah ia sebuah kapal yang disumpah menjadi batu dan membentuk pulau sebagaimana sumpahan yang terjadi kepada Black pearl dan The Flying Dutchman dalam Pirates Of Carribean.
Ada juga tersimpan di dalam benak penulis mencari mana tahu di celah pohonan pada pulau ini terdapat Davy Jones sedang berehat.
Rasai geseran badan bot dengan batuan kecil dibahagian beting pasir menghala ke Eagle Feeding yang memiliki pohon bakau yang tumbuh seumpana jambatan kecil.
Eagle Feeding Point (Pulau Singa Besar)
Perhentian seterusnya adalah Eagle Feeding Point. Satu teluk berbentuk 'V' di bahagian utara Pulau Singa Besar yang merupakan kawasan yang penuh dengan haiwan lagenda dan 'trademark' Pulau Langkawi, burung helang. Setelah melakukan 'konar baring' sekitar Pulau Kukus dan mengelilingi Pulau Jong dalam perjalanan tadi dalam 5-10 minit sampailah ke kawasan 'favourite' pelancong Island Hopping.
Helang Kelaparan Bertebaran |
Ketika ini anda boleh memotretkan kenangan bersama helang yang benar-benar hidup berbanding helang batu di Dataran Helang. Video atau gambar jadikan kenangan dan beranikan diri untuk ke hadapan bot untuk mendapatkan pandangan yang luas dan lebih menarik. Selain helang bewarna 'kawi', helang tidak kawi (yang biasa) juga mengambil bahagian dalam acara ini. Gelagat anak-anak kecil anda mungkin menarik apabila diperkenalkan dengan helang yang jarang dilihat di rumah.
Roootiiiiii!!!! |
'Shoot' yang menarik mana tahu menjadi resume untuk anda berkecimpung dalam dunia wildlife dalam National Geographic.
Puas memberi helang (dan ikan) makan, jum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Dengan berlatarbelakangkan dua buah pulau di sebelah kiri dengan nama yang agak pelik, Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil.
Pantai Pulau Beras Basah
Kisah sejarah yang juga tidak kurang menariknya. Diceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat sebuah kapal dagang yang membawa barangan dagang dari kesultanan Kutai di selat Makassar. Sampai sahaja di satu kawasan kapal dagang yang juga membawa beras sudah karam dam tenggelam.
Memandangkan kawasan tersebut cetek (dangkal) sebahagian besar tidak tenggelam sepenuhnya ke dalam air laut, dan sebahagian lagi membentuk tompokan, beras yang bersentuhan dengan air laut yang membentuk seakan pantai sememangnya basah, apalagi, sepatutnya pasir tetapi beras maka terjadilah
Pantai Beras Basah Langkawi |
Tempat peranginan terakhir untuk pakej Island Hopping Langkawi, Pantai Beras Basah. Cukup sesuai untuk perkelahan tidak semestinya dengan pakej Island Hopping, terus ke sini dengan bot, tiada masalah. Setelah penat minda, pantai ini boleh dijadikan sebagai pengembali tenaga, makan-makan, bergambar apalagi mandi-manda. Usah pedulikan cuaca yang panas, hidup perlu diteruskan.
Bukan Beras Sahaja Manusia Pun Boleh Basah |
Bagi yang berkelah di hujung bahagian pantai jangan leka kerana ada kera-kera yang mungkin tidak termaktub kepada undang-undang kecurian dan rompak akan 'berkongsi' makanan yang tidak dijaga. Sebagai sesama makhluk apasalahnya berkongsi, bagi sedikit kepada mereka, melainkan kera-kera ini sudah memiliki kapal layar mewah dipersisiran pantai atau memiliki chalet sendiri.
Selain aktiviti sendirian, pantai ini turut memiliki cafe, dan riadah sukan air seperti banana boat dan jet ski.
Pulau Ular (add-on trip)
Mendapatkan seorang jurumudi atau pemandu bot yang veteran adalah bonus, selain dari sifatnya yang peramah. 3-4 jam masa yang diberikan sudah tamat, tiba masa untuk pulang meneruskan aktiviti lain di Pulau Langkawi. Pulau Ular yang terletak beberapa batu nautika dari Tanjung Malai Langkawi 'add on' untuk pakej kali ini.
Pulau Ular (Batu Kawi)
Apa yang menarik dengan pulau ini adalah panorama batu kapur yang begitu mengasyikkan. Batu kawi merupakan sejenis batuan yang terdapat di pulau ini.
|
Batu Kawi |
Sesuai Sebagai Tempat Model-model Baru Nak Up Posing |
Kecantikan warnanya begitu unik, dari sinilah nama Langkawi terbentuk. Warna bulu helang yang sama dengan warna batu kawi. Lang adalah burung helang, kawi adalah nama batuan yang bewarna seperti buluan burung helang tersebut maka jadilah Langkawi.
Pulau Ular yang dikatakan pernah menjadi kawasan 'shooting' filem cukup menarik untuk disinggahi kerana bentuk muka bumi dan kecantikan susunan batuan bewarna perang kejinggaan yang masih ada. Tumbuh pohon-pohon bakau dicelah batu menambahkan lagi suasana pulau yang kecil ini.
Informasi Pengunjung
Dapatkan dan cari kawasan permulaan untuk island hopping di alamat tertera di bawah:
Jalan Teluk Baru,
Teluk Baru Jetty,
Langkawi 07000,
Malaysia
Di kawasan ini terdapat tiga buah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej untuk island hopping sebagaimana yang dialami penulis.
Penulis dan isteri melakukan aktiviti ini dengan beberapa orang rakan lebih tepat lagi rakan sepejabat kepada isteri penulis. Dalam bilangan 7 orang kami berjaya mendapatkan harga lebih kurang RM250 untuk pakej Island Hopping yang merangkumi aktiviti mengelilingi beberapa pulau pilihan sekitar termasuk Pulau Dayang Bunting yang cukup popular dengan mitos dan lagenda.
Antara pakej aktiviti yang lain yang boleh dilakukan di Langkawi. Dengan promosi serta harga menarik melalui 'banner' di bawah.
Khidmat Agen
Penulis dan rakan-rakan tidak menggunakan khidmat dari pengusaha Island Hopping atau pengusaha bot. Kami menggunakan khdmat agen yang akan menguruskan waktu dan bot yang akan digunakan.
Maklumat agen tersebut sebagaimana gambar di bawah;
Waktu Operasi Island Hopping
Secara khususnya, kami dikehendaki datang awal pagi. Permulaan menaiki bot untuk Island Hopping kami adalah dari jam 9 pagi. Durasinya adalah dalam tiga hingga empat jam. Pada asasnya, Island hopping adalah setiap hari dan bergantung kepada keadaan cuaca dan sebarang masalah teknikal.
Parkir Kenderaan
Kawasan parkir agak terhad kerana kawasan yang agak berbukit dan kedai yang betul-betul berada di gigi laut.
Gerai Makan
Harga Island Hopping Langkawi
Penulis dan isteri melakukan aktiviti ini dengan beberapa orang rakan lebih tepat lagi rakan sepejabat kepada isteri penulis. Dalam bilangan 7 orang kami berjaya mendapatkan harga lebih kurang RM250 untuk pakej Island Hopping yang merangkumi aktiviti mengelilingi beberapa pulau pilihan sekitar termasuk Pulau Dayang Bunting yang cukup popular dengan mitos dan lagenda.
Antara pakej aktiviti yang lain yang boleh dilakukan di Langkawi. Dengan promosi serta harga menarik melalui 'banner' di bawah.
Khidmat Agen
Penulis dan rakan-rakan tidak menggunakan khidmat dari pengusaha Island Hopping atau pengusaha bot. Kami menggunakan khdmat agen yang akan menguruskan waktu dan bot yang akan digunakan.
Maklumat agen tersebut sebagaimana gambar di bawah;
Langkawi Island Hopping Contact Agent |
Secara khususnya, kami dikehendaki datang awal pagi. Permulaan menaiki bot untuk Island Hopping kami adalah dari jam 9 pagi. Durasinya adalah dalam tiga hingga empat jam. Pada asasnya, Island hopping adalah setiap hari dan bergantung kepada keadaan cuaca dan sebarang masalah teknikal.
Parkir Kenderaan
Kawasan parkir agak terhad kerana kawasan yang agak berbukit dan kedai yang betul-betul berada di gigi laut.
Gerai Makan
Terdapat kedai makan untuk menu nasi campur di kawasan ini iaitu milik pengusaha bot disini juga, atau mungkin ingin mendapatkan makanan ringan dan air mineral di kedai runcit yang ada.
Tempat Menarik Lain Sekitar Langkawi
Sudah penat menjelajah pulau-pulau sekitar dan ingin membuat aktiviti lain ?
Bagi yang bercadang bercuti ke Langkawi dan merancang untuk travel untuk 3 hari 2 malam boleh lihat video ini:
Anda fikir anda tahu Langkawi Hopping Island Pengalaman Melawat Destinasi Lagenda dan Sejarah Langkawi ?Tempat Menarik Lain Sekitar Langkawi
Sudah penat menjelajah pulau-pulau sekitar dan ingin membuat aktiviti lain ?
Bagi yang bercadang bercuti ke Langkawi dan merancang untuk travel untuk 3 hari 2 malam boleh lihat video ini:
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri