"Pantai Penarik"
Jalan pantai Terengganu yang cukup popular bagi anak rantau yang berasal dari Kelantan, atau Terengganu. Dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, LPT2 menambahkan lagi tarikan pantai Penarik. LPT2 merupakan alternatif bagi perantau dari pantai timur untuk ke Lembah Klang dan barat semenanjung Malaysia. Dengan perjalanan yang memakan masa berjam-jam setelah menempuhi beratus-ratus kilometer, jangan katakan manusia, enjin kenderaan perlu di 'cool down' juga.
Ikan, Sotong, Keropok Celup Tepung |
Bagi mereka yang masih jauh untuk ke destinasi, pantai Penarik yang terletak di daerah Setiu Terengganu merupakan kawasan rehat dan rawat (RNR) tidak rasmi. Jika dari arah Kelantan anda akan menempuhi satu bulatan dan Pantai Penarik di sebelah kanan anda, bagi yang baharu saja melalui Batu Rakit anda semakin hampir dengan pantai penarik. Kejutan sebuah suasana pantai yang biru dengan liukkan dedaunan pohon rhu.
Dengan rimbunan pohon rhu yang memenuhi pantai selain dari deretan kedai-kedai makan yang memenuhi ruang antara jalan raya dan Laut China Selatan. Suasana pantai dengan kebiruan air laut dan angin bayu laut memanggil-manggil si perantau untuk berhenti rehat sektika selepas penat memandu.
Kedai-kedai makan yang menjadikan menu celup tepung sebagai hidangan utama. Udang, sotong, ikan, keropok lekor atau ketam antara hasil laut yang dijadikan celup tepung di Pantai Penarik. Meratah hasil laut yang dicelup tepung bergoreng dengan kriuk-kriuk tepung cukup mempersonakan apalagi ditemani udara sejuk dari laut dengan bau air lautnya.
Pohonan rhu yang berderet menjadi pemecah angin laut mengeluarkan bunyian siulan yang memberikan suasana pulau ditambah dengan alunan ombak yang menghempas pantai. Kedai makan sekitar kawasan ini tidak hanya menumpukan hidangan celup tepung sahaja tetapi terdapat juga masakan panas. Rasanya ? Boleh lah bagi kedai-kedai untuk berhenti rehat. Tentang rasa mungkin akan dapat dikurangkan kecerewetan apabila menghadap laut, akan kelihatan beberapa buah pulau tersohor di Terengganu jika cuaca baik dan tidak berjerebu atau kabus.
Di bahagian kiri akan terdapat penampakan Pulau Perhentian, di sebelah kiri penampakan Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong dan Pulau Redang selain dari pemandangan bot-bot nelayan menuju ke pengkalan.
Dari deretan kedai-kedai celup tepung, terdapat pelbagai pakej hidangan celup tepung bagi setiap kedai sebagai contoh seperti 30 ekor udang dengan harga RM 10, ada juga kedai-kedai lain yang mengadakan promosi lain. Namun, 'keyword' kawasan pantai penarik adalah makanan laut celup tepung.Pemilihan kedai salah satu aspek penting bagi mendapatkan kepuasan, cubalah rasai setiap kedai yang ada, mana tahu mungkin lain kali melalui kawasan Pantai Penarik anda sudah tahu kedai mana sesuai dengan esofagus dan pankreas anda tanpa menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan kerana anda begitu fokus mencari kedai yang sesuai.
Nabila Persisiran Pantai, NL Celup Tepung Bira Pata, Ombak Pantai Celup Tepung antara signboard kedai yang akan dilihat sekitar pantai penarik. Taman riadah juga sudah dibina sebagai satu tarikan lain untuk berehat jika anda sememangnya sudah kenyang dengan twisties ataupun chipster ketika dalam kenderaan tadi. Beberapa kedai celup tepung sekitar pantai penarik juga telah mula menjadikan trending buaian tepi pantai sebagaimana Pantai Batu Buruk, Terengganu atau Pantai Lombok Indonesia, sebagai satu cara menarik pelanggan ke kedai.
Buai Hadap pantai |
Usah khuatir dan usah risau jika anda ingin membuang sisa sisa makanan dan minuman yang mula memenuhi ruangan perkumuhan anda kerana disediakan tandas yang tidak berbayar. Tidak perlulah anda menggali pasir pantai, tandas yang disediakan setiap kedai sudah memilki air dan dijaga dengan rapi bergantung kepada mentaliti pengunjung.
Dicadangkan bagi mereka yang ingin menikmati suasana makan makanan laut celup tepung sambil berbuai menjadikan waktu pagi dan waktu petang sebagai waktu ideal, kerana agak panas untuk bersantai ketika waktu tengah hari kecuali musim moonson. Bagi yang ingin mendapatkan hasil gambar yang menarik tanpa memerlukan setting white balance yang melampau, waktu petang waktu terbaik untuk mendapatkan kesan cahaya ketika dipantai penarik.
Bagi yang ingin bermalam di sekitar Pantai Penarik terdapat beberapa chalet, homestay dan hotel bajet sekitar pantai dan sekitar Kampung Chalok.
Anda fikir anda tahu Makanan Laut Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu Perhentian Rawat dan Rehat (RNR) Jalan Pantai ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri