"Astro Musim Hujan"
Astro merupakan satu syarikat televisyen berbayar Malaysia yang telah wujud di bumi pada 1996. Berkonsepkan tv satelit yang memiliki pelbagai jenis saluran siaran televisyen, tempatan atau global.
Astro Not Avaiable During Rain. Why ? |
Satelit Measat-1 adalah satelit penghubung antara pemiliki piring dan dekoder astro dengan penyiar. Tanpa satelit ini siaran berbayar astro tidak dapat dinikmati, jika astro masih menggunakan khidmat satelit Measat ini. Jika pernah melalui susur keluar lebuhraya MEX atau dari PLUS menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, akan kelihatan beberapa piring gergasi di atas sebuah bukit di sebelah kiri pemerhati. Disitulah satelit milik Malaysia, Measat-1 dikendali dan Astro Bukit Jalil sebagai 'client'.
Satu sahaja masalah berkaitan tv satelit, ketika hujan siaran gagal dinikmati dengan bahasa inggerisnya, Service Cureently Not Available. Dua benda sahaja yang menyebabkan terpampangnya notifikasi ini, anda gagal membuat bayaran bil atau hujan sedang melanda.
Bukan Astro sahaja yang berdepan dengan isu sebegini malahan semua stesen televisyen yang menggunakan khidmat perantaraan satelit mengalami masalah gagal mendapat siaran ketika hujan. Bagi mereka yang berada dalam bidang, remote sensing, berkaitan satelit dan sebagainya memanggil fenomena gagal mendapatkan siaran ketika hujan adalah Rain Fade.
Rain fade adalah satu keadaan dimana air hujan menghalang penerimaan signal untuk diterima masyarakat dalam spesifiknya piring astro. Rain fade bukan sahaja disebabkan air hujan, akan tetapi salji atau ais dalam udara. Usah kita memeningkan kepala dengan mengetahui 'uplink' atau 'downlink' yang disebabkan oleh hujan dengan kegagalan menerima siaran atau 11 GHz frekuensi ke atas akan terkesan dengan hujan itu semua merupakan pemahaman pakar dalam bidang remote sensing.
Bagi kita iaitu penulis sendiri yang bukannya seorang pakar perlu faham bagaimana hujan mampu menggagalkan anda untuk meneruskan tontonan cerita menarik seperti HBO apalagi sedang enak pasukan bola anda mencari gol penyamaan ketika akhir-akhir masa tambahan.
Sifat air, tidak kira dalam bentuk cecair (hujan) atau pepejal (salji, ais) memiliki sifat pembiasan dan pantulan. Air memiliki sifat seumpama kaca yang mampu membiaskan dan memantulkan gelombang. Sebelum terlupa, signal yang membawa siaran dari satelit adalah dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Cahaya juga dalam bentuk gelombang, kerana itulah kita melihat pembengkokan penyedut minuman yang berada di dalam gelas yang berisi air, sebagaim contoh pemahaman biasa.
Signal dari satelit yang sedang menuju ke arah piring astro anda bergerak dalam garis lurus meskipun bengkang bengkok (amplitud) pada vertical nya. Merambat dengan lurus sebagaimana cahaya dari matahari, Einstein pernah bergaduh dalam mengeluarkan 'bentuk' cahaya sebelum semua bersetuju bahawa cahaya adalah gelombang. Gelombang signal yang bergerak lurus ini akan dibiaskan oleh hujan yang menghalang laluan gelombang signal tersebut dan menyelerakkan gelombang tersebut, sebagai contoh kita nampak penyedut minuman yang terbias dalam gelas air kosong.
Kegagalan gelombang ini sampai ke piring astro (receiver) menyebabkan anda mula berkeriut kerana gagal menyudahkan cerita Transformers: The Last Knight yang sedang anda saksikan di HBO astro anda.
Mungkin pernah terjadi meskipun tempat anda tinggal tiada setitik pun air hujan membasahi bumi tetapi siaran masih seperti dalam hujan. Ini kerana laluan signal gelombang dari satelit ke piring astro anda sudah dihalang oleh hujan yang lebat, perhatikan sekeliling, mungkin nun jauh di sana terdapat awan kumulunimbus sedang menghalang gelombang signal dari satelit menuju ke piring astro anda sebelum dekoder menukarkan gelombang elektromagnetik kepada tenaga elektrik sebelum menukarkan kepada tenaga cahaya seterusnya memberikan kecerian kepada anda dengan pilihan rancangan siaran menarik.
Bagi mengatasi masalah biasa ini sebab itulah Astro memperkenalkan Astro-On-Demand (AOD) dan Astro Go bagi alternatif jika musim hujan yang melanda pantai timur mahupun pantai barat Malaysia.
Anda fikir anda tahu Bagaimana Hujan Menyebabkan Siaran Astro "Service Currently Not available" (SCNA) ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri