Tradisi Kejut Sahur Dengan Melaungkan Azan Kaedah Zaman Nabi Di Sangka Bilal Mengigau


"Kejut Sahur!"

Zaman sekarang pelbagai gajet digunakan bagi membantu masyarakat Islam untuk bangun sahur. Jam loceng, aplikasi penggera telefon menjadi alat bantuan bagi membangunkan diri untuk menyediakan hidangan sahur dan bersahur.


bersahur di bulan puasa
bersahur di bulan puasa

Jika di zaman tanpa teknologi penggera dan jam loceng, bagaimana masyarakat Islam yang bukan melakukan qiamullai bangun bersahur ?


Tradisi dikejutkan sahur oleh orang ramai menjadi cara bagaimana orang Islam bangun untuk bersahur. Di negara-negara arab seperti  Arab Saudi, Mesir dan Yaman, mereka menggunakan istilah 'mesaharati' untuk mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.

Pesta Kejut Sahur

Caranya, dengan berkumpul ramai-ramai lelaki dewasa dan kanak-kanak berjalan di sekeliling bandar atau kampung dengan cara riuh rendah supaya penghuninya bangun. Lebih terperinci kaedahnya apabila kumpulan ini datang ke muka pintu rumah seseorang, mengetuk dan memanggil nama tuan rumah untuk bangun bersahur.

Tiada caj bayaran yang dikenakan dengan khidmat ini, sekadar penghargaan di hari raya dengan sumbangan tertentu kepada kumpulan mesaharati yang mengikut tradisi yang dimulakan di zaman kerajaan abbasiyah lagi.

Memalu Beduk dan Berkompang

Di Malaysia pelbagai cara yang dilakukan komuniti Islam dalam memeriahkan tradisi sebegini. Memalu beduk di masjid, berkompang secara berkumpulan, dan ketuk-ketuk dengan menggunakan gendang dan rebana.

Kadang-kadang tradisi sebegini menjadi pengalaman baharu jika baharu sahaja berpindah tempat atau bermastautin di tempat baharu. Sebagaimana situasi penulis dan isteri pada hari pertama umat Islam bersahur untuk tahun 1438H.

Peristiwa Pelik Ketika Bersahur

Situasi berlaku ketika si isteri sedang menyediakan masakan di dapur dan kedengaran ketuk-ketuk 'testing' mikrofon masjid:

Isteri: Aik, bang cuba tengok jam dah masuk waktu subuh ke ?
Suami: Eh, mana ada subuh lagi, baru 4:44 pagi.

Tibe-tibe kedengaran bilal masjid yang beberapa ratus meter dari rumah melaungkan azan sehingga habis.

Si suami dan isteri kalut mengumpulkan semua jam yang ada di rumah selain melayari 'google' untuk melihat waktu sebenar.

Suami: Ah sudah, dah masuk subuh ke ?
Isteri: Entahlah, tapi pukul 5 pun belum lagi.
Suami: Ke tok bilal mengigau (dalam keadaan berseloroh)

Situasi tersebut berlangsung setiap dinihari antara jam 4:30 pagi hingga 5:00 pagi. Sebenarnya, ia merupakan tradisi di masjid Batu 9, Kg Medan Sijangkang dengan melaungkan azan sebagai tradisi kejut sahur untuk kariah sekitar sebelum melaungkan azan subuh kemudiannya apabila masuk waktu subuh.

Kejut Sahur Di Zaman Rasulullah

Di zaman Nabi Muhammad s.a.w, cara laungan azan untuk mengejutkan penduduk Madinah untuk bersahur telah dilakukan oleh Bilal bin Rabah. Tugas untuk azan subuh pula diberikan kepada  Abdullah Bin Umm Maktoum bagi menandakan masuknya waktu subuh.

Cara sebegini matlamatnya terbaik kerana ia akan menyedarkan manusia yang sedang mamai dan menambahkan sedikit adrenaline supaya makan sahur dengan semangat dan bukan makan sambil kepala di atas meja makan. Terkejut kerana ingatkan azan subuh sudah berkumandang.

Pelbagai kaedah dalam variasi mengejutkan sahur meskipun banyak cara seperti jam loceng dan smartphone namun semua ini adalah salah satu pengalaman dalam memeriahkan suasana bulan ramadhan yang setahun sekali menjelma.

Menjadi 'trademark' dan menambahkan lagi seri untuk semangat bersahur itu muncul.

Hadis Keberkatan dalam bersahur




Anda fikir anda tahu Tradisi Kejut Sahur Dengan Melaungkan Azan Kaedah Zaman Nabi Di Sangka Bilal Mengigau ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan