Paprik Ayam, Daging dan Seafood 'Signature Dish' Ketulenan Restoran Tom Yam Ala Thai


"Paprik Thai"

Dengan kepesatan pertumbuhan kedai-kedai makan dan restoran yang menggunakan 'ala thai' atau 'ala tom yam' sebagai signature restoran begitu.

Malahan kedai mamak sudah mula berjinak-jinak untuk menarik perhatian geng kuat makan di Malaysia dengan menjadikan 'ala tomyam' salah satu 'corner' nun di ceruk dapur. Tom yam ayam, daging, atau campur boleh didapati dengan senang dan tanpa perlu memikirkan dengan serius seperti menjawab soalan peperiksaan akhir tahun.


Resepi Masakan Paprik Ayam Thai
Paprik Ayam Ala Thai

Namun, dalam banyak-banyak kedai makan ala thai ini, aslikah masakan Thai nya atau sekadar masakan yang seperti melukut di tepi baldi yang tiada apa-apa ?


Dek kerana begitu banyak restoran berasaskan Thai, perlu untuk kita ketahui tukang masak yang diupah tersebut betul-betul mewarisi bakat seorang siam yang sebenar dalam erti kata memasak makanan yang menjadi signature makanan siam, masam, pedas dan pedas sangat.

Jadikan satu menu yang melambangkan sebenar-benarnya rasa makanan Thai perlu dijadikan rujukan atau penanda aras. Tom yam, bukanlah suatu menu asing bagi masakan di Malaysia. Tukang masak dari Indonesia dan Bangladesh pun sudah mahir dengan tom yam, apalagi dengan adanya perencah tom yam yang selalu digunapakai oleh tukang masak Thai. Paling popular, perencah yang tom yam yang sudah ditinkan didalam tin bewarna putih dengan lenggang lengguk tulisan yang sukar diterjemah jika anda tidak mempelajari bahasanya.

Penulis biasa menjalankan 'review' secara sendirian tanpa dikongsi di mana-mana. Review diam-diam dikala lapar. Boleh dijadikan metod untuk mengetahui restoran ala Thai tersebut betul-betul menepati ciri-ciri kedai siam sebenar.

Orderlah nasi goreng paprik (ayam, daging atau seafood). Dari makanan ini kita dapat mengetahui skala ke'siam'an tukang masaka tersebut. Agak jarang tukang masak yang betul-betul menepati rasa paprik asli dari sempadan Thai sana. Kepekatan kuah, kelembutan lauk (ayam atau daging), dan kuantiti sayur sampingan merupakan 'senjata' utama kita sebagai perasa atau lebih dikenali sebagai pelanggan.

Variasikan dengan restoran berlainan, nescaya akan terdapat perbezaan. Melalui pengalaman, nasi goreng paprik mampu mengkategorikan skala ke'siam'an sesebuah kedai makan yang menggelarkan mereka ala Thai.

Rasa kuah yang dibuat oleh sememangnya dari seberang memang lain. Memerlukan latihan seumpama seorang budak karate kid untuk mencari bunga terlarang di tasik madu.Begitulah metafora yang sinonim dengan perbezaan antara original dan tiru dari resepi.Setiap kedai siam memiliki 'secret recipe' tersendiri meskipun bukan seorang kolonel yang bersara menjual ayam goreng di sekitar kawasan Kentucky, Amerika Syarikat. Skala masam manis ada perbezaan.

Resipi Paprik Original Thailand (Gai Pad Prik)

Bahan-Bahan

300 grams, lebih kurang 1.5 dada ayam yang segar, sihat dan kuat.
3 potongan kacang panjang Cina (atau 1/3 cawan kacang panjang biasa).
3 – 5 helai daun limau purut.
3 sudu besar sos tom yam thai (mengikut kehendak dan jenis yang anda sukakan)
1 sudu besar sos ikan
½ sudu besar gula (mengikut keperluan anda, kalau masakan Kelantan lebih manis lagi sedap)
1 sudu besar untuk tumisan

Cara - Cara Membuat Pad Prik Thai Asli


  • Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membawa ayam anda dan potong ke dalam kepingan kecil bersaiz kecil. Saya suka memotongnya dengan lebih baik jadi terdapat lebih banyak kawasan permukaan untuk rasa, dan ia memasak lebih cepat.


  • Potong kacang panjang Cina (atau kacang hijau) ke dalam kepingan 1 inci.


  • Sebaik sahaja ayam dan kacang panjang dipotong, teruskan dan lampukan api anda dengan api yang rendah dan masukkan 1 sudu minyak. Anda benar-benar perlu menggunakan kira-kira 1 sudu minyak, jika anda menggunakan kurang, pes kari akan terbakar dan melekat pada kuali.

  • Tidak perlu menunggu sehingga minyak anda panas, hanya melambungkan kira-kira 3 sudu kecil kari merah ke dalam minyak dan mula kacau menggoreng dalam minyak. Biarkan selama kira-kira 20 - 30 saat pada api yang rendah, dan ia harus benar-benar wangi (mungkin batuk dari cabai goreng!).

  • Seterusnya tambah ayam anda, panaskan sehingga tinggi, dan mulakan aduk goreng secara berterusan, campurkan sepenuhnya ayam dengan sos kari.

  • Cepat musim dengan 1 sudu teh sos ikan (berikan kari anda tempelkan ujian untuk melihat bagaimana ia asin, dari pakej yang mungkin lebih asin daripada versi buatan sendiri), dan ½ sudu teh gula.

  • Kacau rata, dan pada ketika ini jika kering, masukkan beberapa sudu air.


  • Pastikan kacau menggoreng ayam pada api tinggi selama kira-kira 2 minit sehingga ayam dimasak sepenuhnya.


  • Apabila ayam dimasak sepenuhnya, tambah kacang panjang yang dihiris, dan kemudian pecahkan kira-kira 3 - 5 limau limau daun.


  • Goreng selama 30 saat dan matikan api. Anda mahu kacang panjang masih bagus dan segar.


  • Selesai sahaja makanlah dengan nasi yang masih panas, mesti terangkat selera.


Jika kurang yakin akan saranan ini, anda boleh mencubanya di setiap kedai siam yang berdekatan mahupun anda terserempak dengan restoran yang menggelarkan kedai mereka ala Thai.

Memang tidak akan ditemui dua rasa paprik yang sama kecuali pemiliki restoran yang sama tetapi berlainan cawangan. Usah pula tertukar paprik dan padpik.

Anda fikir anda tahu Paprik Ayam, Daging dan Seafood 'Signature Dish' Ketulenan Restoran Tom Yam Ala Thai ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan