"Michelin MotoGP"
Setelah tujuh musim menjadi pengeluar tayar kepada sukan permotoran tersohor di dunia, MotoGP, kini (selepas perlumbaan Losail, Qatar) mengambil alih tugas Bridgestone adalah tayar berjenama Michelin. Tayar dalam motoGP merupakan aset yang amat penting. Melalui pemilihan tayar yang tepat boleh menjadikan nasib pole 1, podium, pertengahan atau tersingkir. Tujuh 'stage' bermula Losail sehingga Barcelona 'feedback' dari pelumba MotoGP mula kedengaran.
Bagi menjadi pengeluar tayar untuk peringkat MotoGP, pengalaman itu penting. Bagi michelin, inilah peluang mereka untuk menunjukkan bahawa mereka mampu setanding dengan pengeluar yang pernah menjadi pengeluar rasmi tayar untuk MotoGP.Bahagian research & Development dalam kejuruteraan 'friction' michelin menjadi nadi kepada 'tema' motoGP yang mendatang.
Michelin MotoGP Front Tyre |
Dalam MotoGP, tayar dibahagikan dalam tiga kategori, Slick, Intermediate dan Hard. Apa yang menarik dengan format MotoGP adalah, setiap pasukan tidak terikat akan penggunaan kategori yang mana. Semasa free practice atau training biasa penyesuaian tayar dengan litar tertentu merupakan faktor utama.
Sebagai contoh, jika pasukan Maverick Vinales ingin menggunakan tayar kategori hard di hadapan dan slick di belakang, tetapi bagi pasukan Valentino Rossi, mereka ingin mencuba intermediate di hadapan dan hard di belakang tiada masalah meskipun kedua-dua pasukan adalah di bawah satu pasukan Movistar MotoGP.
Percubaan Michelin dalam musim pertama mereka untuk menjadi pengeluar tayar MotoGP munkin akan merencatkan sedikit persembahan 'pilot' motoGP yang masih belum biasa dengan kejuruteraan Michelin.
Dari aspek pelumba otai seperti Valentino Rossi, mungkin akan merencatkan perjalanan kejohanan ke-sepuluhnya namun dalam aspek positif untuk kejohanan motoGP itu sendiri mampu memberi ruang kepada 'pilot' atau pelumba yang masih belum dikenali untuk bersaing.
Dari segi aspek enjin, cubic centimetre, aerodynamic semuanya boleh dikatakan hampir sama bagi setiap pasukan pengeluar dalam motoGP, pemilihan tayar merupakan faktor yang menentukan betapa pintar pasukan dalam memilih kategori tayar, kerana setiap litar memilki bilangan 'corner' tertentu, simetri tayar juga berbeza untuk setiap litar. Apa lagi diambil kira faktor cuaca dan suhu tarmac litar. Pihak Michelin telah menggunakan risiko ini untuk setanding dengan pengeluar tayar yang pernah bersama MotoGP.
Kategori Tayar : Crash.Net Image |
Bagi musim pertama Michelin bersama motoGP akan timbul beberapa isu tentang kekurangan pada tayar. Biasalah belajar dari kesilapan, mungkin di musim mendatang Michelin mampu menerima 'feedback' yang lebih baik dari pengeluar sebelumnya. Michelin bukan jenama asing dalam menjadi pengeluar tayar untuk sukan permotoran, Formula 1 mendapat sentuhan pengeluar yang berasal dari Perancis itu selepas Pirelli. Kesungguhan dalam mendominasi motoGP menampakan keyakinan terhadap kejuruteraan mereka dalam bidang friction ini.
Masalah yang timbul dalam percubaan menawan motoGP bagi Michelin adalah 'front-wheel tyre' yang agak sukar untuk pelumba motoGP melakukan kawalan jentera apabila membrek, apalagi dari kelajuan 340km/j kepada 85km/j. Apalagi apabila sudut maksima ketika mengambil belok bagi motoGP adalah 64 darjah.Namun semua ini sebagai 'benchmark' untuk dijadikan panduan bagi mendapatkan jenis tayar yang lebih 'user friendly'.
Kejayaan Michelin dalam Formula 1 dan MotoGP akan memberi keyakinan bagi pengguna jalan raya biasa dalam menjadikan michelin tayar pilihan pengguna. Sebagimana penulis, yang pernah menggunakan tayar michelin pilot street bersaiz 90/70 R17, amat sesuai digunakan ketika hujan dan jalan tar yang berpasir kerana grip yang cukup kerana lorekkan bunga tayar yang sememangnya sesuai dengan permukaan jalan yang boleh memberikan bahaya kepada pengguna.
Sejarah kewujudan pengeluar tayar Michelin itu sendiri cukup lama, bukan baru dua tiga tahun. Kepercayaan pelumba MotoGP terhadap Michelin tidak goyah, biasalah benda baharu.
Anda fikir anda tahu Michelin Mula Mendapat 'Feedback' Dari Pelumba MotoGP Melalui Kontroversi Tayar Hadapan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri