"Kelapa Renek"
Pokok seribu guna yang menjadi tajuk dalam animasi upin dan ipin memberikan satu pelajaran kepada generasi muda dalam mengenal pokok kelapa. Aiskrim kelapa, air tuak kelapa, air kelapa muda, dan santan merupakan produk biasa yang dapat kita dari pokok kelapa. Tumbuh diserata alam kecuali kawasan beriklim ekstrem menjadikan kelapa pokok yang kental.
Dari bahagian akar sehingga ke bahagian pucuk kelapa ada kegunaannya. Buah kelapa merupakan satu produk dari kelapa yang amat popular, ketika muda dijadikan air minum, aiskrim, jeli sehinggalah kelapa tua yang membekalkan santan untuk memasak.
Kelapa Renek Pandan Matag Mawa |
Namun, kelapa kampung, atau kelapa biasa agak tinggi hingga mampu melepasi atap rumah. Selepas mencapai tahap sebegitu jarang sekali manusia akan memanjatnya selain memerlukan upah beruk atau menunggu kelapa tua jatuh.
Menikmati air dan isi kelapa ketika cuaca agak panas sememangnya kelegaan yang patut dinikmati setiap insan. Ketinggian pokok kelapa telah menjadikan keinginan tersebut turut sayup hilang. Akan tetapi, kini pelbagai jenis kelapa hibrid yang muncul bagi mengatasi masalah 'ketinggian' kelapa biasa yang begitu galak sekali. Selain dari mudah diambil, variasi kelapa yang renek, (dwarf coconut) amat comel untuk dijadikan salah satu jenis tanaman lanskap.
Kelapa Pandan ( cocos nucifera )
Kelapa Pandan, cukup popular di kalangan kelapa renek. Sudah mula dijadikan tanaman di kawasan rumah. Jika mendapat baja dan penjagaan yang baik dari segi luaran dan dalaman, kelapa ini dapat memberikan hasil buah bermula usia pokok 2-3 tahun
Ketinggian kelapa pandan biasanya dalam ketinggian 6-25 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Senang dicapai jika berbuah. Mudah juga bagi pengusaha air tuak kelapa untuk memangkas mayam kelapa ini.
Cara penanamannya cukup mudah cuma tanamkan separuh bahagian buah kelapa pandan yang sudah matang dan perlu dijaga dengan cermat sebelum ia betul-betul membentuk batang yang keras. Kelapa pandan diberikan dengan nama pandan kerana bau wangi pandan pada air dan isinya.
330ml air untuk sebiji kelapa muda menjadikan kelapa pandan sebagai sumber penghilang dahaga yang ideal selain dari pembuatan aiskrim kelapa. Buahnya pula mampu terbit sehingga mencapai bilangan 50,000 biji kelapa muda setahun. Berasal dari Thailand dan mula ditanam pada 70-an.
Kelapa Mawar
Salah satu lagi hasil hidbrid kelapa namun agak kurang popular adalah Kelapa Mawa. Bukan mawar tetapi mawa. Sejenis hidbrid kelapa renek, sama juga ciri-cirinya dengan kelapa pandan namun berbeza kelebihan.
Kelapa Mawa boleh mencapai ketinggian 15 meter. Kelapa ini dihasilkan dari hidbrid campuran pendebungaan silang antara kelapa rendah malaya dan kelapa tinggi afrika. Mawa merupakan hasil kacukan anak oversea. Dalam setandan kelapa mawa mampu mengeluarkan 14-16 biji buah kelapa.Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya)
Segala jenis hidbrid ini memerlukan 'ibu' untuk dijadikan baka jenis lain, di Malaysia, Kelapa Rendah Malaya merupakan induk untuk mengeluarkan kelapa renek hidbrid. Kelapa jenis ini jarang ditanam secara komersil, hanya sekadar induk untuk hidbrid lain, selain menjadi kegemaran pengusaha lanskap menjadikan kelapa ini menghiasi lanskap.
Dengan menjadikan kelapa jenis ini induk, maka baka renek dapat diperolehi walaupun di kacuk dengan baka jenis tinggi. Kelapa rendah malaya telah menjadi induk kepada dua jenis hidbrid baka popular di kalangan petani iaitu kelapa mawa dan kelapa matag.
Kahwin campur bukan sahaja menjadikan kecomelan yang lebih bagi manusia, kelapa juga apabila dikacuk baka tempatan dan baka luar negara mampu memberi hasil yang bermutu tinggi.
Kelapa Matak
Gabungan baka Malaysia dan Filipina telah menghasilkan satu lagi jenis kelapa renek yang diberi nama Kelapa Matag G2. Matag berasal dari gabungan perkataan 'malaya' dan 'tagnanan'. Induk kelapa rendah malaya dikacuk dengan kelapa tinggi filipina yang dinamakan tagnanan.
Berfizikal rendah sebagaimana kelapa pandan, dan mawa mampu mencapai ketinggian 15 meter. Purata bilangan buah Kelapa matag dianggarkan sebanyak 140 biji setahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji setahun. Bilangan buah setandan di antara 10 – 22 biji.
Harga Benih:
Kelapa Pandan: RM 25/pokok
Kelapa Mawa: RM 15/pokok
Kelapa Matag: RM 25/pokok
Harga Jual Sebiji:
RM1-1.50 sebiji
Pandan, Mawa dan Matag mampu menjadikan pokok kelapa biasa yang menggunung tinggi menjadi komersil. Mungkin nampak sahaja kelapa tidak mendatangkan hasil yang banyak berbanding tanaman lain, tetapi dengan adanya hidbrid kelapa renek sebegini mampu membuka ruang kepada mereka yang kurang dalam bidang tertentu menceburi bidang penanaman kelapa.
Klik Gambar untuk Panduan Bisnes Kambing |
Usaha, ikhlas dan istiqamah dengan kelapa sahaja yang tidak dianggap penting boleh menjadikan seorang usahawan. Aiskrim kelapa, nata de coco, jeli kelapa, santan, ataupun perabut dari batangnya apalagi tanaman hiasan merupakan suatu peluang dalam menjadikan kelapa sebagai punca menjadi seorang usahawan.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri