"Lubuk"
Memancing bukan lagi hobi tetapi turut dikenali sebagai mata pencarian.
Bagi mereka yang menjadikan rod, dan reel sebagai kawan semasa masa terluang memancing bukanlah suatu yang menjadi sumber rezeki. Siakap, gelama, baung, keli, haruan ataupun marlin memiliki sifat-sifat tersendiri. Kenali sifat-sifat ikan ikan ini maka tahulah kawasan lubuk mereka.
Berbanding mereka yang menjadikan tali pancing dan umpan sebagai teman seharian, iaitu seorang yang menjadikan memancing sebagai sumber rezeki harian. Bagi otai-otai memancing, aspek pencarian lubuk atau kawasan yang selalu menjadi 'port' bermain sudah sebati dengan pengalaman.
Lubuk Ikan Kelah |
1. Kehadiran burung
Kehadiran burung pada suatu kawasan permukaan air menjadi penanda bahawa kawasan tersebut banyak dengan ikan. Semestinya burung-burung tersebut sedang mencari rezeki.
Sedang memburu buruan mereka iaitu ikan dan hidupan air. Kehadiran burun menjadi tanda kawasan tersebut banyak ikan. Biasanya ikan yang kecil. Deria pemangsa burung dijadikan kegunaan.
2. Kawasan Reba dan Tunggul Kayu
Kawasan yang sering menjadi kawasan persembunyian ikan adalah kawasan yang redup dan tersembunyi. Fitrah segala kehidupan, keselesaan itu penting. Begitu jugalah ikan. Kawasan yang mempunyai semak di birai sungai, bawah timbunan dahan dan tunggul menjadi habitat kegemaran ikan.
Selain dari pelbagai makanan yang disediakan oleh tunggul itu sendiri.
3. Air Berkocak (Boiling)
Bagi pemancing yang sering melakukan balingan 'casting'. Kocakan air pada sesuatu kawasan dipermukaan adalah kegemaran para 'caster'. Itu petanda bahawa ikan yang banyak sedang berada di permukaan air.
4. Longgokkan Sampah dan Hanyutan
Sampah sarap dan pelbagai hanyutan di permukaan air merupakan suatu kawasan yang mungkin memiliki sumber makanan bagi ikan.
Ikan akan mudah tertarik dengan sesuatu yang baru, dalam erti kata lain disini adalah sampah sarap yang hanyut. Jika ikan kecil sedang 'menuai' hasil sampah, berkemungkinan ikan lebih besar sedang 'mengidamkan' ikan ikan kecil ini.
5. Alur Kecil Yang Menuju ke Pantai
Kawasan yang menjanjikan makanan yang dibawa dari kawasan darat melalui alur atau sungai kecil ini. Makanan yang datang bersama dengan air dari alur ini akan menarik perhatian ikan ikan yang berada di laut ketika mencari makanan.
6. Paloh Ikan, Teliti Kawasan Ini
Biasanya paloh ikan terbentuk kerana air pasang dan air surut di sekitar gigi laut. Akan terbentuk suatu kawasan dalam berbanding kawasan sekitar kerana hakisan air terhadap pasir pantai. Kawasan yang agak gelap/dalam ini bila dicampakkan umpan inshaAllah jika ada rezeki makan dapatlah.
7. Air Terjun Kecil
Kawasan anak sungai atau air terjun mini ini menjadi kawasan anak ikan berkumpul kerana mengandungi oksigen terlarut yang tinggi hasil dari kocakan air. Ikan kecil yang menjadi makanan ikan ikan besar mungkin menarik minat ikan yang besar ke kawasan ini.
8. Empangan
Takungan air seperti empangan menjadi habitat pelbagai spesis ikan. Kawasan takungan sebegini merupakan kawasan selesa bagi ikan dan hidupan air lain. Air yang tenang, oksigen terlarut yang banyak, alga dan makanan semulajadi juga berkuantiti tinggi.
Klik Gambar untuk Panduan Bisnes Ikan Talapia |
Kenal pasti kawasan lubuk ikan mengurangkan rasa penat dan masa yang terbuang. Namun terdapat dua lagi lubuk ikan yang diyakini akan beroleh ikan. Dua tempat berkenaan adalah kolam pancing dan pasar ikan.
Anda fikir anda tahu Petua Mencari Kawasan Lubuk Ikan ?
Anda fikir Sekali Lagi
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri