"Camping Bagan Lalang"
Berkhemah merupakan salah satu cara 'backpacker' untuk bermalam di sesuatu tempat. Menjadi alternatif apabila tiada motel, chalet atau hotel untuk didiami. 'Camping' merupakan satu cabaran bagi backpacker yang sudah terdesak untuk bermalam. Namun kini camping sudah menjadi aktiviti kebiasaan, tidak kira backpacker atau tidak.
Berkhemah Bagan Lalang |
Pantai, merupakan satu kawasan riadah yang amat popular. Malaysia yang merupakan sebuah 'tanjung besar' atau semenanjung sememangnya memiliki perairan yang semestinya wujudnya pantai, bukan seperti negara Laos yang tiada laut.
Bagan Lalang yang terletak di dalam daerah Sepang merupakan salah satu pantai yang cukup terkenal. Landmark terkenal pantai Bagan Lalang adalah deretan chalet yang membentuk 'palm island' hasil usaha Avani Sepang Gold Coast Resort.
Cukup menarik selepas Hibiscus di Port Dickson.
Pantai yang berlatarbelakangkan deretan chalet membentuk bentuk pokok kelapa ini juga menjadi tarikan pengunjung yang ingin merasai suasana berkhemah. Balik hari ataupun bermalam. Kebanyakan pengunjung pantai Bagan Lalang memasang khemah sebagai tempat meletakkan barangan untuk 'barbecue' atau santapan biasa. Bagi yang ingin merasai bagaimana suasana malam di tepi pantai, khemah yang dibawa semestinya tempat untuk melelapkan mata.
Cari Kawasan Khemah
Memasang khemah ketika hujung minggu di pantai Bagan Lalang memerlukan usaha untuk mendapatkan kawasan perkhemahan yang sesuai. Sepanjang pantai boleh didirikan khemah. Namun, bergantung kepada siapa cepat dia dapat. Penulis dan isteri memilih kawasan pantai sebelum melepasi avani sepang gold coast resort, bukan kawasan yang memiliki perkataan 'bagan lalang' nun di sana.
Pada hujung minggu hari pekerja, penulis bersama isteri telah merancang untuk menjadikan malam di pantai Bagan Lalang sebagai malam perkhemahan. Sabtu dan Ahad, merupakan waktu puncak kapasiti pengunjung di pantai ini. Keadaan cuaca pada 'musim peralihan monsoon' cukup panas bermula lewat pagi hingga petang. Nasib baik dengan adanya pohonan rhu sekitar tepian pantai menjadi teduhan meskipun memiliki khemah.
Tidak disarankan untuk mendirikan khemah dibawah pokok dikhuatiri akan jatuhnya dahan atau benda asing. Namun, bagi mendapatkan suhu yang panas yang minima mendirikan khemah di bawah pohonan rhu cukup baik bagi aktiviti berkhemah di sini.
Air Laut Surut
Kepanasan siang hari terubat sedikit perasaannya apabila air mulai surut sekitar jam 3 sehingga menghampiri maghrib. Pada ketika ini, air laut surut sehingga manusia mampu menghampiri chalet avani resort sedekat yang boleh dengan bantuan beting-beting pasir yang terbentuk ketika air surut. Kehadiran ketam-ketam angin yang bertaburan menambahkan lagi corak beting pasir yang sedia tercorak dengan alunan ombak kecil. Waktu yang sesuai bagi sesiapa yang ingin mengambil gambar berlatarbelakangkan chalet avani resort atau mencari siput mungkin juga bertuah jika terjumpa ikan atau belangkas yang terperangkap ketika air surut.
Berjalan Di Beting Pasir |
Air akan mula meningkat sedikit demi sedikit lebih kurang jam 5 hingga waktu maghrib. Ketika ini bolehlah bersedia untuk mendapatkan permandangan matahari terbenam di ufuk Selat Melaka pula. Jika bernasib baik matahri akan melepasi ufuk tanpa sebarang gangguan awan.
Relection Pantai Bagan Lalang |
Sunset Bagan Lalang |
Alamat Pantai Bagan Lalang
Bagan Lalang,
43950 Tanjong Sepat,
Selangor
Bagi yang tidur dalam khemah pada malam, mandi-manda perlu dilakukan seawalnya sebelum menjelang malam kerana bilik air/tandas agak jauh dari kawasan khemah. Pada malamnya, bilik air/ tandas berbayar yang berada nun di sana akan ditutup. Dikunci dan dimangga. Bagi yang 'stay' malam perlu mempunyai ikhtiar hidup yang tinggi untuk membuang air.
Kedai juga kebanyakkan tutup awal, namun kedai cenderamata masih dibuka sehingga lewat malam dan mampu menemani anda pada malamnya bagi yang ingin tidur di dalam khemah sendiri.
[ Baca Juga : Senarai Pantai Menarik Di Selangor ]
Saiz Khemah yang Sesuai
Satu tips yang boleh dikongsi adalah pemilihan saiz khemah. Seeloknya ikot kapasiti penghuni. Bagi penulis, untuk mendapatkan keselesaan dalam khemah, gunakan formula jumlah penghuni + 2, contohnya jika ingin menginap di dalam khemah seramai dua orang sebaiknya dapatkan khemah berkapasiti 4 orang. Afdalnya, dapatkan khemah yang memiliki 'tingkap', dan ruang udara.
Faktanya, tidak terlalu sempit dan udara senang mengalir kerana natijahnya pada malam hari (sebelum pukul 3-4 pagi) udara tepian pantai agak panas kerana angin darat sedang menuju ke laut. Waktu sejuk tepian pantai biasanya dinihari lewat malam. Bagi menghilangkan kebosanan dalam kegelapan malam, ada baiknya mula menyediakan 'barbecue' seawal senja.
Selain menghalang nyamuk dengan membakar bekas telur, 'campfire' cukup menarik apabila berkhemah di tepi pantai. Bau bakaran ayam, ikan, sosej, dan mungkin bau jerangan air kopi memang mengasyikan, tetapi harus berhati-hati dalam pengurusan sisa buangan dikhuatiri akan mengundang haiwan yang akan datang.
Parkir Kenderaan Pantai Bagan Lalang
Tempat parkir kereta yang agak dekat menjadikan berkhemah di pantai Bagan Lalang satu yang menyakinkan. Jika terlupa membawa 'portable lamp' atau lampu suluh, jika bernasib baik akan menemui penjual portable lamp yang lalu lalang. Biasanya harga sebiji lampu mudah bawa ini mereka akan caj RM 30. Jika hujan, sebagaimana dihadapi penulis pada malamnya, ada baiknya bawa masuk kenderaan berdekatan dengan khemah supaya dapat sambungkan kain rentang atau kanvas sebagai 'bumbung' sementara bagi mengelakkan api bbq terpadam.
Kehidupan malam di tepi pantai Bagan Lalang tidak akan sunyi, dengan kehadiran beberapa 'pencari misteri' tepi pantai. Pencari misteri akan menggunakan 'metal detector' dan cangkul, namun gagal diketahui apakah yang dicari mereka. Bolehlah jadikan rakan berbual selain dari mencari kayu-kayu hanyut tepi pantai untuk dibuat kayu api. Sudah kenyang dengan hasil bakaran 'barbecue', apalagi gunakan waktu tersebut dengan rehat kerana mungkin pagi esok...nak cari kayu api..nak cari kayu api...zzz...zzz..zzz.
Pagi di pantai Bagan Lalang amat baik bagi komposer lagu atau penulis lirik. Bunyi ombak yang mengikut 'tone' yang sama dan bayu laut yang mampu menaikkan bulu roma sesuai mencari ilham. Kedai makan dikawasan sekitar mula buka pada pukul 7 pagi, jika lupa bawa lebihan makanan untuk waktu pagi nasi lemak telur mata kedai boleh dijadikan alas perut bertemankan air teh atau kopi panas yang dijerang di atas 'campfire'. Mandi laut ketika waktu ini amat digalakkan selain dari orang yang masih belum ramai, airnya sejuk dan suam suam kuku mampu memberi kesegaran untuk memulakan hari dengan pancaran matahari yang belum mencapai sudut 65°.
Tips Berkhemah Di Pantai Bagan Lalang
1. Bawa khemah yang besar berbanding kapasiti penghuni. Jika dua orang cari khemah kapasiti empat orang.
2. Cari kawasan untuk mendirikan khemah dekat dengan kedai
3. Dirikan khemah di bawah lindungan yang dijamin selamat
4. Elakkan berkhemah dekat dengan sisa buangan sampah
5. Sediakan lampu suluh atau 'portable lamp' untuk kegunaan malam
6. Elok jika bawa masuk kenderaan bersebelahan khemah
7. Gunakan bilik air/tandas sebelum waktu malam. Jika terpaksa carilah kedai yang masih dibuka. Agak jauh dari stesen pam minyak.
8. Awasi anjing liar yang sentiasa melintas di sekitar pantai.
9. Kipas yang 'portable' digalakkan untuk keselesaan waktu malam.
10. Bekalan makanan mencukupi atau duit mencukupi
11. Baju basahan, tracksuit dan pakaian salinan harus mencukupi
Jadikan pantai Bagan Lalang sebagai tempat permulaan untuk menjadikan aktiviti perkhemahan secara sendiri. Berkhemah mampu memberikan satu pengalaman berlaian dari mendapatkan homestay atau pun chalet.
Mungkin jika kena dengan gaya hidup boleh lah jadikan pantai yang lain sebagai tapak perkhemahan seterusnya. Sebaiknya pantai barat Malaysia kerana kurang tiupan angin monsoon berbanding pantai timur. Mungkin penulis akan mencuba untuk mengadakan perkhemahan di pantai Port Dickson pula.
Bagi yang agak cerewet akan tempat membuang najis sendiri, Bagan Lalang kurang sesuai untuk bermalam dengan khemah selain dari agak terpencil kawasannya. Perkhemahan sebegini mengajar kita erti kesusahan dan kesederhanaan selain mengasah bakat ihktiar hidup.
Selain perkhemahan, pengunjung ke Pantai Bagan Lalang boleh juga memilih untuk menginap di beberapa hotel dan singgahan yang tidak kurang juga menariknya.
Bagi carian dan tempahan boleh lakukan pada enjin carian agoda yang menawarkan harga yang berpatutan dengan diskaun hebat di bawah.
Untuk tips travel, travelog, itinerary dan review penginapan lebih detail boleh ke | Snapbackpacker.com
Saiz Khemah yang Sesuai
Satu tips yang boleh dikongsi adalah pemilihan saiz khemah. Seeloknya ikot kapasiti penghuni. Bagi penulis, untuk mendapatkan keselesaan dalam khemah, gunakan formula jumlah penghuni + 2, contohnya jika ingin menginap di dalam khemah seramai dua orang sebaiknya dapatkan khemah berkapasiti 4 orang. Afdalnya, dapatkan khemah yang memiliki 'tingkap', dan ruang udara.
Faktanya, tidak terlalu sempit dan udara senang mengalir kerana natijahnya pada malam hari (sebelum pukul 3-4 pagi) udara tepian pantai agak panas kerana angin darat sedang menuju ke laut. Waktu sejuk tepian pantai biasanya dinihari lewat malam. Bagi menghilangkan kebosanan dalam kegelapan malam, ada baiknya mula menyediakan 'barbecue' seawal senja.
Barbecue Ayam Megi White Coffee |
Parkir Kenderaan Pantai Bagan Lalang
Tempat parkir kereta yang agak dekat menjadikan berkhemah di pantai Bagan Lalang satu yang menyakinkan. Jika terlupa membawa 'portable lamp' atau lampu suluh, jika bernasib baik akan menemui penjual portable lamp yang lalu lalang. Biasanya harga sebiji lampu mudah bawa ini mereka akan caj RM 30. Jika hujan, sebagaimana dihadapi penulis pada malamnya, ada baiknya bawa masuk kenderaan berdekatan dengan khemah supaya dapat sambungkan kain rentang atau kanvas sebagai 'bumbung' sementara bagi mengelakkan api bbq terpadam.
Kehidupan malam di tepi pantai Bagan Lalang tidak akan sunyi, dengan kehadiran beberapa 'pencari misteri' tepi pantai. Pencari misteri akan menggunakan 'metal detector' dan cangkul, namun gagal diketahui apakah yang dicari mereka. Bolehlah jadikan rakan berbual selain dari mencari kayu-kayu hanyut tepi pantai untuk dibuat kayu api. Sudah kenyang dengan hasil bakaran 'barbecue', apalagi gunakan waktu tersebut dengan rehat kerana mungkin pagi esok...nak cari kayu api..nak cari kayu api...zzz...zzz..zzz.
Pagi di pantai Bagan Lalang amat baik bagi komposer lagu atau penulis lirik. Bunyi ombak yang mengikut 'tone' yang sama dan bayu laut yang mampu menaikkan bulu roma sesuai mencari ilham. Kedai makan dikawasan sekitar mula buka pada pukul 7 pagi, jika lupa bawa lebihan makanan untuk waktu pagi nasi lemak telur mata kedai boleh dijadikan alas perut bertemankan air teh atau kopi panas yang dijerang di atas 'campfire'. Mandi laut ketika waktu ini amat digalakkan selain dari orang yang masih belum ramai, airnya sejuk dan suam suam kuku mampu memberi kesegaran untuk memulakan hari dengan pancaran matahari yang belum mencapai sudut 65°.
Tips Berkhemah Di Pantai Bagan Lalang
1. Bawa khemah yang besar berbanding kapasiti penghuni. Jika dua orang cari khemah kapasiti empat orang.
2. Cari kawasan untuk mendirikan khemah dekat dengan kedai
3. Dirikan khemah di bawah lindungan yang dijamin selamat
4. Elakkan berkhemah dekat dengan sisa buangan sampah
5. Sediakan lampu suluh atau 'portable lamp' untuk kegunaan malam
6. Elok jika bawa masuk kenderaan bersebelahan khemah
7. Gunakan bilik air/tandas sebelum waktu malam. Jika terpaksa carilah kedai yang masih dibuka. Agak jauh dari stesen pam minyak.
8. Awasi anjing liar yang sentiasa melintas di sekitar pantai.
9. Kipas yang 'portable' digalakkan untuk keselesaan waktu malam.
10. Bekalan makanan mencukupi atau duit mencukupi
11. Baju basahan, tracksuit dan pakaian salinan harus mencukupi
Sarapan Coffee & Sweet Potato Bakar |
Mungkin jika kena dengan gaya hidup boleh lah jadikan pantai yang lain sebagai tapak perkhemahan seterusnya. Sebaiknya pantai barat Malaysia kerana kurang tiupan angin monsoon berbanding pantai timur. Mungkin penulis akan mencuba untuk mengadakan perkhemahan di pantai Port Dickson pula.
Bagi yang agak cerewet akan tempat membuang najis sendiri, Bagan Lalang kurang sesuai untuk bermalam dengan khemah selain dari agak terpencil kawasannya. Perkhemahan sebegini mengajar kita erti kesusahan dan kesederhanaan selain mengasah bakat ihktiar hidup.
Selain perkhemahan, pengunjung ke Pantai Bagan Lalang boleh juga memilih untuk menginap di beberapa hotel dan singgahan yang tidak kurang juga menariknya.
Bagi carian dan tempahan boleh lakukan pada enjin carian agoda yang menawarkan harga yang berpatutan dengan diskaun hebat di bawah.
Untuk tips travel, travelog, itinerary dan review penginapan lebih detail boleh ke | Snapbackpacker.com
Anda fikir anda tahu Pengalaman dan Tips Berkhemah Di Pantai Bagan Lalang Sepang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri