"Berbuah Dua Kali"
Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon merupakan seorang yang boleh dianggap sebagai 'living legend' dalam industri kartun komik dan animasi Malaysia.
Kisah perit kartunis kelahiran negeri sembilan ini tiada penghujung meskipun majalah ujang dan apo? sudah terkubur. Isu hakcipta bersama MOY Publications [Klik Pautan] dahulu masih belum kering lukanya buat Ujang kerana penipuan dan pengkhianatan terhadap hasil dan royalti miliknya. Selain dari kekalahan dalam mendapatkan nama Din Beramboi untuk majalah ujang dengan Allayarham Din Beramboi.
Ujang Vs Upin Ipin |
Kini, Ujang yang juga merupakan 'angler' tegar yang sering menghuni boat house di tasik kenyir dipalit pula dengan permasalahan bersama komik dua kembar berkepala botak, Komik Upin dan Ipin dibawah pengeluaran Les Copaque.
Selami luahan brader Ujang mengenai kontroversi Komik Upin Ipin dan beliau yang membawa kepada isu ujang ditipu oleh pengurusan komik upin dan ipin
.
SEJARAH MAJALAH KOMIK UPIN & IPIN
________________________
Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan baru di tubuhkan serta tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis.Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn,rekemenkan pengedar,ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah.Tompi sobab syarikat baru....mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik.Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai....minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.Giliran den pulak merayu ....tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den.Takpo lah......den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu.Amin
Rentetan dari ujang diberhentikan 24 jam notis mengejut mungkin sifat luhur dan ikhlas Ujang sering dijadikan 'mainan' bagi mereka yang tahu akan keikhlasan Ujang dalam memartabatkan industri kartun dan animasi tanah air. Cara menyendiri ujang dengan menghabiskan masa di tasik kenyir di atas boat house juga bukti akan ujang sudah serik dan inginkan ketenangan.
Bukti Susulan Pengakuan Pihak Komik Upin Ipin Memang Menyalahgunakan Khidmat Ujang
Pekerja bawahan tiada kaitan secara langsung tetapi golongan atasan untuk pengurusan (LCP a.k.a Les Copaque) menjadi 'butir tahi'. Kisah sebegini banyak berlaku, seperti merayu ingin meminjam wang, lepas asar bayar, tetapi lepas asar 80 tahun kemudian belum tentu bayar. Begitulah kiasnya.
Ujang sebenarnya mungkin sudah 'merajuk' dengan dunia animasi meskipun dialah pencetus kepada majalah gila-gila dan majalah ujang. Mungkin bekas rakan sesama kartunis pernah untuk berkolaborasi dengannya dalam 'jenama x' atau 'bekazon'. Mungkin ujang sudah puas akan dunia animasi, tetapi demi membantu animasi upin ipin ujang menerima tawaran tersebut dan pengakhirannya sama seperti apa yang diperlakukan oleh 'almarhum' MOY Publications sdn bhd yang sudah berkubur operasinya.
Setelah kisah ini mula viral, pihak Les Copaque mula mencari jalan keluar supaya tidak di boikot netizen. Pihak les copaque mula menyalahkan 'subcon' mereka iaitu Nyla Sdn Bhd yang diberi lesen oleh Les Copaque. Les Copaque menyatakan tiada sebarang maklumat mengenai Ujang sebagai pekerja mereka. Logik kah ?
Anda fikir anda tahu Kontroversi Ibrahim 'Ujang' Anon & Majalah Upin Ipin Luahan Di Sebalik Kisah Sebenar ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri