Kesan Cuaca Bayu Laut & Bayu Darat Terhadap Percutian Di Pantai & Pulau


"Bayu Laut/Bayu Darat"

Dua fenomena alam yang mungkin dialami oleh 'traveller' yang suka memerhati alam. Fenomena yang berlaku di pantai ini akan menimbulkan tanda tanya. Bagi 'backpacker' yang menjadikan kawasan pantai sebagai kawasan untuk berehat ataupun berkhemah akan arif akan fenomena ini.
Bayu Laut Pantai Cunang
Pernahkah terfikir mengapa siang hari di pantai berangin dan pada malamnya agak panas dan angin laut tiada ?


Bagi yang pernah bermalam di tepian pantai akan dapat membezakan keadaan ini, bagi yang berkhemah yang akan terkesan dari fenomena ini.

Angin sejuk yang lembut pada siang hari, dan berpeluh apabila malam ditambah dengan pengudaraan khemah yang teruk.

Para 'pekhemah' tepian pantai atau pulau-pulau perlu tahu akan fenomena ini supaya terhindar dari rasa tidak keselesaan ketika malam hari kerana angin laut sudah tiada, kurang kapasiti dari siang hari.


Tak kira tepi pantai biasa atau tepian pantai di pulau-pulau, fenomena 'sea breeze' (angin laut) dan 'land breeze' (angin darat) akan terjadi. Siang hari masih mampu untuk melihat gadis-gadis berpakaian skirt terbang-terbang bermain-main dengan angin dari laut, tetapi apabila malam, tiada lagi permandangan sebegini. Dua watak penting laut dan darat adalah puncanya. Fizik tingkatan 4 (zaman penulis) ada menjelaskan fenomena ini. 

Bagi yang masih ingat, air memiliki muatan haba tentu atau kebolehan untuk menyimpan haba yang tinggi. Lambat untuk menyimpan haba, haba diserap agak lama.
Berbeza pula dengan darat, kebolehan darat untuk menyimpan haba adalah rendah, dengan kata lain darat cepat panas apabila menerima bekalan haba dari matahari.

Dua sifat berbeza ini akan melahirkan suasana tidak stabil pada sekitaran. Daratan yang sudah tidak dapat menerima tenaga haba lagi akan memanaskan atmosfera pada bahagian atasnya dan menolak ke atas melalui proses 'convection', perolakan. Bagi mencapai kesimbangan suhu, kawasan laut yang masih sejuk, lambat 'penuh' haba yang diserap, akan menyerahkan zarah-zarah udaranya yang sejuk kepada daratan yang sudah berkurangan zarah-zarah udara kerana sudah ditolak ke atmosfera.

Proses perjalanan zarah-zarah udara sejuk ke kawasan panas (daratan) ini menghasilkan angin yang mampu memberikan kesegaran dan menceriakan anak-anak untuk bermain layang-layang ditepi pantai.

Kawasan pertembungan zarah udara sejuk dan panas ini akan menghasilkan awan seumpama kapas, cuba lihat dilangit. Nampak bukan ?

Malam mula tiba, tenaga haba dari matahari sudah tiada. Laut yang baharu saja memenuhi 'dirinya' dengan haba siang tadi mula melepaskan haba ke atmosfera dia atasnya. Daratan yang cepat untuk membebaskan haba didalam 'badannya' sudah mulai sejuk. Maka pertukaran sifat sudah berlaku. Sekarang, lautan panas, daratan sejuk. Mengikut ketentuan alam, yang sejuk akan menuju ke bahagian panas. Maka angin dari daratan akan menuju ke laut pada malam hari. Mungkin dari hal inilah, waktu sesuai ke laut adalah waktu malam ketika air pasang.

Fenomena bayu laut dan bayu darat harus diketahui tidak semestinya bukan untuk nelayan sahaja. Dalam kes seorang yang sukakan perkhemahan di tepian pantai, mengetahui akan kejadian ini akan mengurangkan rasa kurang selesa apabila keadaan malam di tepi pantai yang kurang berangin dan agak panas.

Kurang berangin adalah kawan baik 'campfire', kurang berangin bukan beerti tiada angin, tetapi sedikit. Angin yang lembut menambahkan lagi kerancakan api untuk membakar arang dan kayu. Ombak juga tidak sebesar pada siang hari, kecuali ribut petir.

Fenomena ini juga boleh dijadikan ukuran ramalam cuaca berhampiran. Jika siang hari suhunya agak panas berbanding biasa berkemungkinan malamnya akan terjadi ribut petir dan angin kencang dari darat. Sebagai 'backpacker' kental yang ingin bermalam di tepi pantai, ribut petir bukanlah penghalang, pastikan khemah sudah dipacak kukuh pada tanah, dirikan khemah bukan dibawah pokok dengan ranting dan dahan yang sudah teruk keadaannya.

Guru metereologi pernah berpesan, 'high humidity, high temperature the great recipe for thunderstorm'.

Anda fikir anda tahu Kesan Cuaca Bayu Laut & Bayu Darat Terhadap Percutian Di Pantai & Pulau ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan