"Comac C919 "
Jika sebelum ini hanyalah sebuah prototaip pesawat. Namun pada 5 May 2017, Shanghai Pudong International Airport menjadi saksi bahawa Comac C919 yang sepenuhnya sepenuhnya buatan negara China memulakan tugasan sebagai pesawat terbang dengan menggunakan 'sortie' test flight, 'Maiden Flight'.
Pada hari sebelumnya, 'nosewheel lift off' diuji, kini comac C919 sudah berada di udara. Lebih tepat lagi ruang udara China.
Comac C919 Lift Off Maiden Flight |
Meskipun sudah mula 'membelah' atmosfera hasil dari dua enjin turbinnya, pelbagai testimoni dan test flight perlu dilengkapkan bagi mendapat markah yang memberangsangkan bukan hanya mampu berada di ruang udara China tetapi seluruh dunia pula nanti.
Ujian penerbangan comac c919 yang berkapasiti tempat duduk 158 itu adalah satu dari program 'timeline' pengeluarannya sebelum menembusi pasaran sekitar 2018-2019 nanti.
Test flight adalah terlalu awal untuk mengatakan comac c919 boleh bersaing seiring dengan Airbus A320 atau Boeing B737 kerana memerlukan markah yang tinggi apabila diuji untuk mendapatkan 'safety record' dan 'operational track record' nanti.
Banyak benda yang kurang menyenangkan datang dari negara China, namun, syarikat penerbangan tidak perlulah khuatir kerana material dan komponen adalah dari negara luar, China hanya menjadi pemasangnya sahaja.
Comac C919, semestinya akan berada pada 'range' harga yang berpatutan bagi sebuah pesawat komersil bersaiz sederhana yang baharu. Amat sesuai dengan syarikat penerbangan yang baharu sahaja ingin 'bertatih' dalam dunia aviation.
Meskipun belum boleh mencabar Airbus dan Boeing, Comac mungkin merupakan seteru baharu kepada pesawat ATR, Twin Otter, Beechcraft atau mungkin Bombardier.
Penerbangan sulung ini telah dijayakan oleh 5 personel iaitu Cai Jun, juruterbang ujian penerbangan, pembantu juruterbang Wuxi, dan dua orang jurutera ujian penerbangan Zhang Da Wei dan Ma Fei, turut berada dalam pesawat adalah pemerhati ujian, Qian Jun
Untuk perbandingan spesifikasi dengan A320 dan B737, klik pautan
Anda fikir anda tahu Comac C919 Pesawat Buatan China Pertama Terbang Untuk Kali Pertama (Maiden Flight) ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri