Adakah Ikan Tidur ? Fahami Cara Ikan Berehat


"Ikan Tidur"

Menjadikan hobi membela ikan, tidak kira ikan hiasan atau ikan santapan merupakan suatu hobi yang memberikan suatu perasaan baharu. Melihat ikan berenang-renang dengan deruan air yang jatuh dari 'water filter aquarium' sesungguhnya suatu suasana yang mampu memberi keasyikan.


Ikan Laga Betta 'Halfmoon' Tidur ?

Berenang kesini, berenang ke sana, kadang-kadang ikan ikan ini akan berenang 'kesinun'. Ikan hiasan biasanya diambil dari spesis yang agak aktif sehinggalah hyperaktif perilakunya. Tidak pernah terlintaskah di fikiran anda bahawa tidak penatkah mereka berkejaran dan berenang gaya bebas sebegitu ?


Pernahkah anda melihat ikan tidur selepas menguap yang panjang, apa lagi tidur beralaskan bantai dan selimut ?

Sebenarnya, ikan juga tidur dan merehatkan otak mereka. Mereka tidur bukan seperti manusia atau haiwan lain yang memerlukan mekanisme penutupan mata ataupun berdengkur. Terdapat suatu masa di mana ikan akan berhenti dari melakukan aktiviti berenang yang ekstrem dengan keadaan mata terbuka.

Tidur dengan mata terbuka ?

Ya, kerana ikan dijadikan Allah dengan ketiadaan kelopak mata, namun ada juga sesetengah ikan jerung yang memiliki kelopak. Ikan 'konvensional' lain tiada kelopak mata. Ikan-ikan ini akan tidur dengan berhenti dari melakukan aktiviti lain dengan mata terbuka. Boleh diandaikan bahawa tidur siang bagi manusia merupakan tidur/rehat bagi ikan. Mungkin perkataan 'tidur-tidur ayam' boleh ditukar kepada 'tidur-tidur ikan'. Ikan tidak akan mencapai peringkat Rapid Eye Movement (REM) dalam fasa tidurnya kerana sebahagian 'gill'nya perlu berfungsi untuk memerangkap oksigen di dalam insangnya.

Ada sesetengah spesis masih lagi bergerak meskipun sedang tidur. Ini kerana meskipun sedang tidur ikan masih memerlukan oksigen, sebahagian bahagian pada ikan masih lagi bergerak-gerak.

Contoh Cara Ikan Tidur

Contoh terdekat ikan emas, yang senantiasa bergerak-gerak mulut dan sirip. Ikan emas biasanya diklasifikasikan sebagai sedang tidur apabila anda melihatnya berada di bahagian dasar tangki/akuarium. Contoh yang lain adalah ikan lumba-lumba yang mempunyai kebijaksanaan yang menghampiri manusia yang juga turut bernafas menggunakan paru-paru. Ikan lumba-lumba akan tidur seakan makhluk mamalia yang lain dengan nama saintifik tidurnya 'unihemispheric slow wave sleep', otak kiri dan kanan 'on' dan 'off' berganti-ganti.

Jika ikan berada dalam keadaan senyap dan tidak aktif seperti kebanyakkan masanya, ketika itulah ikan sedang tidur atau dalam kata lain berehat.

Tidak kira ikan air tawar atau air masin. Namun sesetengah ikan air masin akan tidur sementara dan menjadi ikan masin, kerana sudah ditangkap nelayan. Natijahnya, sebagai peminat ikan hiasan tidak perlu di tutup lampu atau dinyanyikan 'lullaby' lagu selamat malam.

Anda fikir anda tahu Adakah Ikan Juga Tidur ? Jika Ya, Bagaimana ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan