Saiz Backpack Terbaik Untuk Travel dan Bercuti Ideal Pematuhan Berat Bagasi Dalam Pesawat


"Backpack"

Backpacking travel, bukan suatu yang baharu dalam dunia perantauan. Sudah lama dipraktikkan, dengan cara low budget atau high budget. Seiring dengan pelbagai kategori travelog yang timbul seperti kelkatu di musim hujan, backpack traveller menjadi trend.

Tidak kisah di mana, bila dan bagaimana kita travel, pemilihan backpack yang sesuai dengan motif perjalanan dan berapa hari perjalanan perlu dijadikan panduan.


saiz backpack untuk travel
Travel Equipment

Supaya tiada sebarang masalah tertinggal barangan keperluan atau beg anda ditendang keluar ala-ala united airlines menendang penumpang overbooked mereka. 
Jumlah berat maksimum untuk menaiki pesawat untuk travel yang memerlukan penggunaan ruang udara perlu mematuhi standard yang telah ditetapkan. Lihat artikel [Panduan Saiz dan Berat Standard Untuk Pesawat]

Backpack biasanya diukur melalui kapasiti liter yang mampu memuatkan barangan yang ingin dimasukkan ke dalam backpack. Kebiasaan saiz backpack adalah antara 25liter dan 85 liter.


Backpack yang berkapasiti 25L sesuai untuk kegunaan harian, untuk pergi kerja atau sekadar berjalan-jalan di taman bunga yang bukan memerlukan keringat yang banyak.
Backpack bersaiz ini sesuai untuk membawa barangan keperluan yang kecil seperti jaket yang ringan, buku atau kamera.

Range seterusnya adalah antara 35L hingga 45L. Range kapasiti ini merupakan kapasiti ideal untuk anda travel. Tidak terlalu sempit, dan tidak terlalu besar. Sesuai untuk mereka yang sukakan percutian yang tidak lama sperti, 2 hari 3 malam atau mungkin seminggu.

Saiz 45L merupakan saiz yang digalakkan untuk travel, kerana sesuai dengan saiznya yang mungkin mampu menyamai atau tidak melebihi nilai maksima untuk check in bagasi jika ingin menaiki pesawat.

Backpack yang melebihi kapasiti 65L merupakan saiz yang agak besar untuk travel. Dengan kapasiti ini anda mungkin boleh melakukan 'aktiviti' pemindahan rumah atau lari dari dari malapetaka.

Bagi frequent backpacker seperti yang kita sering ketemui mat saleh yang sering berjalan-jalan bersama backpack, inilah backpack mereka. Bagi percutian setakat phuket, koh lipe, langkawi atau pulau perhentian saiz ini bukanlah yang paling ideal.


Back Pack Size Travel
Backpack size | Google Image

Saiz besar sebegini mungkin sesuai bagi mereka yang agak cerewet dengan pakaian kotor. Namun sebagai backpacker itu adalah sebahagian dari 'adventure'nya.

Selain daripada menilai akan kapasiti sesuatu backpack, bentuk dan 'feature' sesuatu backpack perlu diteliti. Pemilihan backpack yang lonjong ke atas mungkin lebih 'reliable' untuk mengurangkan ruang berbanding backpack yang 'design'nya agak lebar meskipun sama dari segi kapasiti liternya.

Feature seperti raincover, back support, kalis air dan banyak poket kecil mungkin boleh dijadikan ukuran dalam memilih jenama yang kian banyak di pasaran seperti Deuter, Karimor, Tortuga, North face dan banyak lagi.

Renung-renungkan dan selamat bercuti!

Jom dapatkan backpack dan bagasi travel dengan harga menarik, klik sini

Anda fikir anda tahu Saiz Backpack Terbaik Untuk Travel dan Bercuti Ideal Pematuhan Berat Bagasi Dalam Pesawat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan