Cubaan Jet Pejuang Korea Dalam Usaha Menawan KLCC Malaysia Pada 29 March 2017 #ROKAF


"ROKAF"

Pasukan jet pejuang dari korea ini sudah 'mencerobohi' ruang udara Malaysia sudah seminggu. Berjaya membenarkan landing gear menyentuh tarmac runway 03 pada March 15 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi melengkapkan tentatif program slot aeroangkasa pada #LIMA2017.



Terdiri daripada 8 buah fleet Black Eagles T-50B, ROKAF, atau nama penuh mereka Republic of Korea Air Force Aerobatic team akan melakukan 'flypast' sekitar ruang udara KLCC pada 29 March 2017.

Pesawat Black Eagles T-50 yang memiliki ukuran 13.4 meter ini yang mampu mencapai kelajuan Mach 1.5 (1.5 kali kelajuan bunyi) didatangkan khas dari Wonju AB di Gangwon Province Garrison sebahagian dari pengkalan tentera udara korea selatan.


Acara flypast pasukan aerobatik dari korea selatan ini dijadualkan pada pukul 10.30 a.m waktu KLCC, Malaysia. Lintas udara ini merupakan tanda 'friendly' antara Korea Selatan dan Malaysia. 




Pada hari tersebut, pasukan aerobatik ini akan melakukan formasi mereka selama 15 minit di ruang udara KLCC. Bagi #planspotter dan #AVgeek, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan. Sebuah pasukan aerobatik handalan dunia berlatarbelakangkan mercu tanda Malaysia, KLCC.

Pertandingan gambar yang 'rare' dan terbaik juga dianjurkan dengan hashtag, #BlackEagles.KR #LIMA17 #KementerianPertahanan.



Hadiah yang ditawarkan adalah berupa merchandise dari ROKAF yang memiliki nilai 'limited edition' kerana tiada jual beli pernah dilakukan dengan merchandise ini.

Namun, drone photography amat dilarang dalam acara ini kerana mungkin akan mengundang bahaya kepada mereka dan keluarga mereka.







Acara flypast ROKAF ini merupakan satu dari 'waypoint' mereka sebelum balik ke kampung halaman setelah begitu lama meninggalkan kimchi di dalam tempayan.




Anda fikir anda tahu Cubaan Jet Pejuang Korea Dalam Usaha Menawan KLCC Malaysia Pada 29 March 2017 #ROKAF ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan