"Gazebo Western Food"
Dalam istilah landskap dan home depot, gazebo merupakan pangkin (wokah) berbumbung atau tempat istirehat makan-makan beramai-ramai. Makan di dalam gazebo ditemani dengan bayu sepoi-sepoi yang meliuk-liukkan rambut dan tudung mampu memberikan suatu perasaan tenang ketika mengunyah makanan.
Review Burger Warisan Sijangkang |
Konsep burger bakar (grill) dan hidangan western. Banyak
Apabila dua konsep ini digabungkan maka nikmat duniawi 'mentekedarah' atau menyantap makanan melalui denai esofagus amat serasi.
Apalagi dengan bauan oksigen dari kehijauan klorofil sekitar dan di adun dengan bauan daging, ayam dan juga patty burger yang menambahkan lagi aroma pengunjung serta jika anda beruntung mungkin anda akan mampu melihat asap dari dapur mereka.
Suasana Redup Lampu Romantik
Suasana romantik ala-ala setting kamera Rashid Sibir dengan pencahayaan yang agak minima dimelodikan dengan desiran patty, daging, atau ayam di atas pemanggang suasana yang elok bagi seorang atau berorang-orang foodporn.
Semua suasana dan pengalaman ini anda boleh alami di Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang. Menyediakan hidangan berasaskan makanan barat. Suasana romantik dan beberapa aroma panggang memanggang menjadi pilihan restoren ini.
Senarai Menu Makanan Minuman Di Burger Warisan Gazebo
Makanan Burger dan Western Food
Burger
Beef Cheezy Burger |
Beef Cheezy Burger Cross Section |
Burger Roti Hitam Burger Warisan |
Set Meatballs Gazebo |
Nasi Goreng + Western Food (Nasi Rempah Scrapper)
Kesemua menu hidangan yang melibatkan 'grill' ini juga turut didatangkan dengan nasi. Nasi goreng berempah dengan berlaukkan hidangan grill yang ada.
Nasi Rempah Scrapper Ayam bakar |
Nasi Rempah Scrapper Daging Bakar |
Bagi harga RM 15.90/sepinggan, nasi rempah scrapper adalah antara hidangan nasi yang terbaik. Sambalnya cukup sedap, apalagi dimakan bersama daging bakar dan nasi. Kenyang itu sudah semestinya kena dengan harga dan 'portion' yang dihidangkan.
Gravox Meatball
Bagi pelanggan yang suka makanan yang masih menggelegak dan panas seperti hidangan claypot. Boleh memesan gravox yang dihidangkan panas-panas dalam periuk claypot tanah liat. Terdapat tiga jenis hidangan dalam claypot iaitu gravox meatball, gravox chicken ball dan gravox fish mushroom ball. Isteri penulis yang gemarkan meatball menjadikan ravox meatball sebagai hidangan makan malam.
Gravox meatball |
Nasi arab juga turut menghiasi ruangan menu di restoren ini.
Minuman
Bagi minuman, minuman biasa ada dalam menu seperti teh o ais limau atau milo ais. Bagi penggemar 'caffeine' terdapat hidangan minuman berasaskan kopi. Untuk kelaianan boleh mencuba minuman unik mereka seperti Lemon Honey atau Lemon Herbs.
Minuman Lemon Honey dan Lemon Herbs |
Tempat Makan Dalam Gazebo
Bagi yang memiliki bilangan famili yang agak ramai dan runsing akan perlu bersila atas rumput, disinilah aplikasi gazebo dipraktikkan. Bermula dengan bilangan pengunjung seramai 6 orang dan 12 orang ke atas bolehlah menikmati hidangan kegemaran di dalam gazebo berupa pangkin mirip bangsal ini.
Apalagi sesuai membawa sedara mara, atok nenek dan orang tua yang mengimpikan suasana riuh tetapi gout patient friendly.
Gazebo Makan |
Gazebo atau pangkin yang disediakan cukup selesa, dengan banyak pencahayaan sekitar restoran menambahkan lagi selera dalam keadaan romantik.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Lokasinya adalah di kawasan Sijangkang, Telok panglima Garang. Agak mudah untuk ditemui kerana berada betul-betul dibahu jalan. Namun, memerlukan bukaan anak mata yang agak luas kerana meskipun berada sesebelah bahu jalan tetapi kemungkinan terlepas pandang itu ada.
Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang,
Taman Sijangkang Permai,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor
Link Google Maps: https://goo.gl/maps/jweXqCCjqR32
Cawangan Sijangkang Telok Panglima Garang
Pada hakikatnya, burger warisan di Sijangkang terdapat tiga cawangan.
Satunya yang disebutkan pada artikel ini dan dua lagi tidak jauh antara satu sama lain.
Dua cawangan lain ini tidak sebesar yang berada di tepi Jalan Klang-Banting. Satunya ada menjual makanan western food juga, tetapi tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang ramai, untuk dibawa pulang sahaja mungkin ideal.
Kedai ini berada di kawasan simpang empat yang menjadi persimpangan Jalan Mawar, Jalan Bunga Raya dan Jalan Batu 8. Hanya beberapa meter dari simpang empat yang juga merupakan lorong pasar malam ketika hari Isnin. Manakala satu lagi hanya menjual burger sahaja, dengan gerai yang tidak begitu besar.
Waktu Operasi
Restoran dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Mula dibuka lewat petang dan mula tamat operasi sekitar lewat malam.
Dibuka bermula jam 5 p.m ditutup pada 12 a.m
Restoren ini berada di jalan Klang-Banting. Bagi yang menghala ke Klang restoren ini berada di sebelah kiri anda, manakala bagi yang menghala ke Banting ia berada di sebelah kanan anda. Sedikit menuruni tebing tinggi dari jalan besar.
Parkir Kenderaan
Parking agak terhad. Bagi yang tidak pernah meninggalkan solat, ada disediakan surau mini pada bahagian belakang restoran. Tempahan untuk sambutan hari jadi juga disediakan.
Pernah penulis dan isteri menyambut ulangtahun kelahiran di sini, secara kebetulan ada famili yang sedang meraikan majlis hari jadi anak mereka, penulis turut sertai dari jauh berserta iringan lagu 'selamat hari jadi' dari didi and friends.
Anda fikir anda tahu Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang Telok Panglima Garang Keunikan Makan Di Dalam 'Bangsal' ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri