"Sea Foam"
Fenomena pantai berbuih tebal yang berlaku di pantai Balok Kuantan seumpama sebuah mesin membuat cappucino sedang giat proses air laut menjadi foam dalam secawan cappucino. Mungkin juga kapal kontena yang besar menuju ke sebuah pelabuhan untuk menghantar bertangki-tangki minuman cappucino telah terbaik dan menyelerakkan foam cappucino di pantai balok.
Sea Foam Pantai Balok Malaysia |
Malah di perairan san francisco amerika syarikat 'cappucino foam' juga dilihat.
Sea Foam Luar Malaysia |
Cappucino Foam
Selain gelaran "Cappucino Coast", sea foam juga dikenali sebagai 'ocean foam', 'beach foam' dan 'spume'. Fenomena ini bukan berpunca dari mana-mana aktiviti illuminati atau aliens, tetapi merupakan fenomena semula jadi yang berlaku.
Bagaimana Fenomena Ini Terjadi ?
Sea foam terjadi apabila wujudnya ketidakseimbangan dalam sebatian air laut kawasan berkenaan. Bukan seperti biasa. Ditambah pula dengan angin yang bertiup proses ini menambahkan suasana tegang yang mempercepatkan terbentuknya 'foam kapucino' ini.
Pihak saintis laut menyatakan bahawa terdapat agen dan penyebab yang membantu ketidakseimbangan kandungan bendasing dalam air laut seperti bahan organik yang tidak larut dalam air kerana kepadatan atau sudah tepu untuk melarut. Lemak, protein dan algae yang sudah mati menjadi surfactant atau pemangkin kepada pembentukan foam atau buih.
Oleh kerana jumlah air yang gagal melarutkan bahan organik ini, maka daya tarikan antara molekul air dengan molekul air bersebelah sudah tidak lagi kuat daya tarikan kerana kehadiran bendasing tadi.
Ditambah pula dengan kehadiran angin yang menghasilkan ombak yang turut memerangkap udara sehingga terbentuknya buih yang 'kental'. Kita sudah sedia maklum bahawa lemak dan protein melekit-lekit sifatnya, bayangkan selaput luar buih berkenaan adalah terdiri dari lemak dan protein ini, maka sukar untuk buih-buih ini untuk meletup secara sendirinya.
Terbentuknya 'foam' ini yang bersifat kurang ketumpatan yakni ringan dan tidak persisten keadaannya maka senanglah dibawa angin ke pantai-pantai.
Pencemaran Alam Sekitar, Penyebabnya ?
Secara mudahnya, buih sememangnya biasa terbentuk bila ombak menghempas pantai. Namun dengan kehadiran lemak, protein dan bendasing lain yang banyak telah menukar buih-buih ini sukar untuk pecah dengan sendirinya.
Bahayakah Buih Ombak Ini ?
Saintis juga menjelaskan bahawa 'sea foam' tidak merbahaya kepada manusia dan hidupan tetapi akan bahaya jika bendasing yang wujud adalah berasal dari sesuatu yang bahaya seperti algae yang beracun.
Terima kasih kepada pembuang sampah atau sisa-sisa di pantai atau sungai, tanpa mereka kita tidak akan kenal akan 'cappucino foam' di malaysia. Kurang pengawalan akan rumpai laut atau algae juga penyumbang kepada 'amaran' ini.
Secara analisanya, dahulu pernah berlaku 'pantai laut merah' di pantai balok kerana bauksit kini 'ocean foam' pula. Bukti perairan pantai balok tidak stabil secara fizikalnya.
Anda fikir anda tahu Proses Kejadian Fenomena Buih 'Cappucino Foam' Pantai Balok ?
Anda fikir sekali lagi..
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri