"Lokam"
Masyarakat cina memang simbolik dengan limau, limau mandarin atau tangerins. Limau menjadi simbol kepada tradisi masyarakat cina seluruh dunia.
Buah limau mandarin dan pokok limau yang renek (kumquat) menjadi perhiasan di kala musim perayaan tahun baru cina.
Musim tahun baru cina tidak kira melayu atau india atau bangsa lain dapat menikmati masam manis limau mandarin atau lokam apabila mendapat sumbangan stok limau dari golongan berbangsa cina.
Simbolik Limau Mandarin
Fizikal limau itu sendiri melambangkan unsur kekayaan. Bewarna terang oren keemasan (golden), seumpama emas dan simbol 'prosperity'. Selain bentuk fizikal, dalam segi istilah sebutan buah limau dalam bahasa cina juga seakan-akan dengan perkataan 'luck' atau tuah dari perkataan 'kam'.
Trademark Chinese New Year
Kemunculan tahun baharu cina saban tahun, semestinya masyarakat cina mahukan 'prosperity' dan 'luck' sepanjang tahun. Maka, buah limau dan pokok limau menjadi simbolik untuk mendatangkan semangat dan 'feel' tersebut.
Apa salahnya jika 'prosperity' dan 'luck' dikongsi bersama. Oleh kerana ini, banyak rakyat Malaysia dapat menikmati buah limau atau oren ini meskipun bukan menyambut tahun baharu cina, dengan 'prosperity' dan 'luck' yang dikongsi bersama dengan kaum-kaum lain.
Baca Juga : Maksud Simbolik Perayaan Chinese New Year
Buah Popular Ketika Tahun Baharu Cina
Dapat sekotak pun mungkin dengan lambakan limau mandarin yang sentiasa membanjiri pasaraya berhampiran.
Buah 'pamelo' juga kadang-kadang menjadi simbolik ketika perayaan tahun baharu cina, yang melambangkan 'good luck' dan 'family unity'.

Gambar di atas sebagai contoh, pemberian buah pamelo atau limau bali dari seorang rakan sekerja kepada seniornya semasa ketiadaanya. Bukti bahawa pamelo sebagai pemberian bukan mitos
Petua Mengenai Buah Limau Mandarin
Petua dan petui juga ada mengatakan bahawa 'benang-benang' putih pada lokam boleh jadi ubat dan nak tahu manis ke separa manis lokam tersebut kena tengok lekuk pusaran pada bahagian buntut limau, semakin berkertu dan berkedut ke dalam manis la tu.
Selain buah limau mandarin, mendapat paket merah yang berisi dengan not kertas bewarna unggu juga merupakan simbol 'prosperity' kepada penerima yang juga di sebut ang pow.

Anda fikir anda tahu Maksud Limau Mandarin Ketika Perayaan Tahun Baharu Cina ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri