"McDonalds Haram"
Babi dan anjing merupakan benda haram yang memjadi benchmark bagi masyarakat kita. Jika ada babi/anjing semuanya haram. Sebenarnya mereka boleh disertu, bukan samak (ramai yang kompius sertu dan samak).
Berbalik kepada mcdonalds. Lahiriah bukan menjamin kepada betapa halal cara kita. Mungkin lahiriah makanan disediakan mcdonalds menggunakan bahan halal dan bahan mentah lokal untuk menyediakan big mac mahupun mc chicken.
Tidak mengandungi ham atau bacon berasaskan babi, itu merupakan benda fizikal yang nampak di mata.
Boycott McD Israel ? | Google Image |
Sebelum kita ke tahap lebih tinggi mari kita fahami dahulu konsepnya. Mcdonalds merupakan sebuah syarikat hidangan francais. Francais dalam bahasa mudahnya, sebuah kedai makan yang menggunakan makanan dan cara penyediaan yang sama protokolnya cuma berlainan pemilik untuk setiap cawangan berlainan.
Fahami Konsep Francais 'nama' McDonalds
Sebagaimana francais burger, contohnya 'Burgembira', kedai burger ini diasaskan borhan yang tinggal di Gua Musang. Apabila sudah maju, kawan borhan, saad berminat untuk membuka cawangan di Ulu dong. Maka saad ingin menjadi pengusaha burger 'burgembira' cawangan ulu dong. Saad menggunakan nama 'burgembira' dan bahan-bahan yang disediakan kedai borhan asalnya.
Adakah borhan begitu baik hati untuk memberikannya percuma ? Tidak. Inilah konsep francais. Meskipun pemilik berlainan, borhan juga akan mengadakan kontrak di mana saad yang menggunakan nama 'burgembira' dan bahan-bahan yang sama perlu membayar royalti penggunaan nama tersebut.
Bayaran Penggunaan Nama 'McDonalds'
Begitulah juga sistem francais mcdonalds. Bagi mereka yang ingin menggunakan nama mcdonalds atau membukanya contohnya di malaysia, nama tersebut perlu dibayar kepada pemilik asal. Sebagai contoh, mcdonalds malaysia mula dibawa oleh vincent tan pada tahun 1982 dibawah syarikatnya golden arches group of restaurants di sekitar jalan bukit bintang. Vincent tan menggunakan nama "mcdonalds" tersebut dan perlu membuat bayaran dengan menggunakan nama tersebut. 5% akan dibayar kepada McDonalds sebagai bayaran menggunakan nama sebagai francais.
Tidak kisahlah makanan yang disediakan adalah 100% halal tiada sedikit pun kesan ham/bacon dari babi tetapi kita pengguna membayar burger yang kita makan dan hasilnya wang tersebut akan digunakan untuk membayar penggunaan nama 'mcdonalds' yang digunapakai ini.
Dalam kata lain, turut menyumbang kepada syarikat induk mcdonalds itu sendiri di amerika syarikat.
Dalam konteks ini kita bukan bercakap betapa banyaknya DNA babi atau cara penyembelihan lembu/ayam di dalam burger mcD tetapi sumber wang penggunaan jenama tersebut ke mana tujuannya.
Memang mcdonalds Malaysia yang asalnya milik Golden Arches Sdn Bhd sebelum dibeli Alireza, Reza Food Services (sebuah syarikat Arab Saudi) pada tahu 2016. Namun, sumbangan wang atas dasar menggunakan 'branding' mcdonalds itu 'mungkin' dana entah ke mana.
Kaitan McDonalds dengan Zionist Israel
Isu boikot mcdonalds merupakan salah satu dari ratusan barangan boikot dikaitkan dengan israel (yahudi yang jahat, yang baik KIV dahulu). Kita pergi kepada beberapa hujah yang dikeluarkan inminds.co.uk
McDonald's Corporation is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation. According to the Jewish United Fund, through its Israel Commission it "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel". The Jewish United Fund also runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there". Kiryat Gat is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq Al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law. Through its "Partnership to Israel" programme, the Jewish United Fund provides $1.3 million annually to help further settlement and development of Kiryat Gat. The Jewish Federation, through its Israel Action Network is tasked to fight "efforts to boycott Israeli products" and "campaigns, such as equating Israel with apartheid South Africa".
Another way McDonald's supports the Jewish United Fund is by running a partnership scheme whereby they will match any donation an employee make to the Jewish United Fund with its own equal size donation.
McDonald's first restaurant in the Middle East was in Israel, opened in 1993, since then it has 160 restaurants in Israel (1996) with a 60% market share, employing around 4000 Israelis. Since April 2009 McDonald's has also opened 15 branches of McCafe chain in Israel, with plans to open 10 new branches every year.
McDonalds discriminates against its Arab workers, in 2004 it sacked an Arab worker in Israel because she was caught speaking arabic to another Arab employee. Arabic, along with Hebrew, is the official language of Israel spoken by 20% of the population.
According to the American Jewish Committee (AJC), whose Executive Director "regularly meets with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu", McDonald's in July 2001 immediately pulled an advertising campaign in Egypt when the ADC contacted them to complaint that the singer featured in the advert had in the past performed a song critical of Israel. Within 24 hours of the complaint, the advert was cancelled and according to the Egyptian franchise of McDonald's "all copies of the tapes were whisked 'back to the main offices'"!
inminds.co.uk
Sebagaimana quote di atas, inminds menjelaskan bahawa mcdonalds turut menyumbang kepada jewish united fund,juf. Kita cuba google ape kaitan mcdonalds dan juf ini namun gagal menjumpai bukti kukuh yang mengaitkan mereka berdua. Mungkin cara mereka cara halus dengan sumbangan bawah meja, wallahua'lam. Penyataan di atas gagal dibuktikan kesahihannya namun ia telah menimbulkan keraguan terhadap ke mana arah wang bayaran francais dari mcdonalds.
Tekaan bahawa juf mula menyembunyikan 'mcdonalds' sebagai partner mula membuahkan hasil apabila screenshot dari inminds.
Dari pelbagai links yang dikemukakan oleh inminds, kesemua link tersebut sudah gagal dikesan sebagai 'error 404'.
Error 404 Page JUF Israel Partner |
Untuk bacaan penuh mengenai sumber boikot israel dalam isu McDonalds boleh layari link di bawah
Ulasan Ustaz Azhar Idrus dan McDonalds
Isu mcdonalds banyak kali ditanya kepada ustaz azhar idrus di dalam ceramahnya. Terdapat salah satu dari yang tersebut. Ustaz azhar idrus menjelaskan akan sesuatu yang melibatkan boikot secara am. Tidak memgeluarkan pandangan bahawa mcdonalds wajib di boikot.
UAI berkata:
1. Boikot yang wajib dilakukan oleh semua umat islam adalah untuk syarikat-syarikat yang secara langsung memberi sumbangan kepada israel untuk perjuangan orang israel untuk menghapuskan umat islam. Syarikat-syarikat yang menyalurkan sumbangan untuk puak israel membli senjata-senjata wajib diboikot.
2. Adapun syarikat-syarikat yang bukan memberi sumbangan kepada israel tetapi mereka tidak berbalah dengan israel, seperti syarikat-syarikat dari negara asing/orang putih dia tidak berbaik dengan israel dan tidak berbalah dengan israel hukum barangan mereka adalah harus dari segi syarak
3. Adapun yang maknanya menyokong israel dalam peperangan terhadap orang islam tetapi tidak menyumbang kepada israel, ulama' menjelaskan hukum syarikat ini adalah makruh.
Video Penjelasan Ustaz Azhar Mengenai Boikot McDonalds
Dalam pelbagai persoalan yang ditanya kepada uai mengenai boikot, haram mcdonalds. Beliau tidak menegaskan bahawa 'mcdonalds' itu haram (haram dari aspek sumbangan). Beliau menjelaskan secara kasar supaya manusia seperti kita kaji sendiri benarkah mcdonalds merupakan penyumbang langsung (direct) kepada pembangunan tentera israel memerangi palestin.
Setakat ini, semua fakta atau info atau auta dari segenap lapisan blog dan berita berasal dari laman sesawang inminds.co.uk. Jika lama web terbabit membuat spekulasi semata-mata maka spekulasilah sahaja.
Penulis bukan sahaja mencuba dengan carian keyword 'mcdonalds' pada lama sesawang tabung kepada israel namun cubaan mencari keyword mcdonalds dengan laman web seperti zionist of america juga gagal menemui bukti sahih. Disembunyi atau tersembunyi hanya Allah yang tahu.
Tiada bukti konkrit yang mengaitkan mcdonalds dengan rejim zionis. Kita belum lagi boleh mengatakn bahawa mcdonalds wajib diboikot dan haram sehingga beberapa individu atau whistleblower yang lain mampu membuka bukti berupa hard copy atau bertulis apalagi bukti pengakuan video yang sahih.
Pandangan Penulis Mengenai Boikot McD
Dalam sesuatu hal kita perlu mengkaji dengan terperinci dan yakin akan sesuatu. Secara terus terangnya penulis masih lagi kurang yakin akan pembabitan mcdonalds dalam isu palestin 'secara langsung' yang menjadi point kepada apa yang dijelaskan oleh ustaz azhar dalam point nombor 1 kerana ia hanya berpandukan satu sumber.
Selagi ia bukan berasaskan babi serta benda haram, atau proses penyembelihan yang tidak menurut hukum syarak maka mcdonalds boleh dikatakan harus bukan lagi haram selagi belum benar-benar sahih, ini sekadar pandangan penulis.
Fahami sejenak dan cari maklumat anda sendiri supaya anda mampu kerana semuanya adalah kehendak anda sendiri, duit anda sendiri, citarasa anda sendiri. Jika boleh hindari perkara shubhah, namun untuk menghilangkan 'ngidam' bini yang mengandung apa salahnya memesan apple pie atau double cheeseburger yang halal.
Pelbagai lagi barangan buatan bangsa yahudi bukan mcdonalds sahaja, pernah dengar dengan jenama nestle ? begitu banyak di pasaraya malaysia. Natijahnya adakah 'secara langsung' kepada pembunuhan kejam kepada bangsa palestin atau secara makruh dari hukum syarak.
Lagipun barangan fast food tidak kisah McD atau apa tetap memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Patty burgernya sebagai contoh adalah daging terproses, dimana daging terproses ini boleh dan mampu menyebabkan risiko kanser usus apalagi air berkarbonatnya. Bukan McD sahaja dari aspek kesihatan, fast food tidak digalakkan.
Dalam artikel ini penulis jelaskan "Kenapa boikot McD" dan kaitan dengan Israel. Tidak timbul isu mengapa tidak tesco atau barangan nestle ? Itu dalam konteks lain, ini konteks 'McD'.
Anda fikir anda tahu Status Boikot McDonalds : Benarkah Penyumbang Dana Zionist Israel ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri