Cara Untuk Menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS


"Cub Prix"

Sukan permotoran khususnya motosikal di Malaysia bukan sesuatu yang asing lagi bagi kita. Tiada pelumba tersohor seperti Max Biaggi, Mick Doohan, Casey Stoner mahupun Valentino Rossi terus menjejakkan kaki sebagai pelumba motoGP.


Wheelie Cub Prix Malaysia | Google Image

Otai-otai ini semuanya bermula dari bawah.



Di Malaysia, terdapat platform yang diwujudkan supaya bakat merempit di jalan raya dijadikan sesuatu bakat dan minat yang dihalalkan tanpa mengundang bahaya kepada orang lain.

Pemula Berjaya Dalam Sukan Permotoran

Malaysian Cub Prix merupakan satu 'lesen' awal untuk menginjak ke peringkat yang lebih besar, mana tahu sehingga peringkat paling tinggi, motoGP. Khairul Idham Pawi (Moto2| juara stage 2 kali moto3 2016), Hafizh Syahrin Abdullah, Pescao (Moto2), Mohd Ramdan Mohd Rosli (Moto3) merupakan 'graduan' dari cub prix yang berlainan tajaan.

Penaja yang sering mencungkil bakat-bakat muda dalam cub prix tidak asing lagi seperti Program Pembangunan Bakat Pelumba PETRONAS, Boon Siew Honda, Hong Leong Yamaha tidak kurang juga persendirian.

Sebelum menghampiri jentera motoGP berkuasa 1000cc, anda perlulah memulakan karier anda melalui beberapa kategori yang lebih rendah dan pertandingan yang juga kurang prestij. Tidak mahukah anda berganding dengan Mohd Zambri Baba Allahyarham Norizwan Ismail Kasma Daniel Fazlisham untuk menuju ke arah sukan permotoran ke peringkat lebih tinggi

Kategori Cub Prix Malaysia Untuk Disertai

Malaysian Cub Prix memiliki dua kategori besar seperti Open Make Category dan One-Make Category

Open Make Category

Merupakan kategori 'kelab', bebas dalam memilih sponsor ataupun technical team. Dipecahkan dengan beberapa kategori kecil secara berperingkat dari bawah seperti:

Privateer : Semua perbelanjaan adalah anda sendiri, motor sendiri semualah sendiri. Cuma anda perlu berdaftar dengan kategori ini. Boleh menyertai perlumbaan pada bila-bila masa sahaja.

Wira : Kategori yang melibatkan had umur, 'noob' dalam bahasa gamer. Pelumba perlu berusia di dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba.

CP115 : Dahulunya di zaman Wazi Abdul Hamid ataupun Chia Tuck Cheong dipanggil, Novice, kini diubah namanya.Merupakan medium pertengah di kalangan pelumba, pelumba yang sudah memiliki pengalaman berlumba namun masih belum 'expert' untuk graduasi dari cub prix.Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba.

CP130 : Dikenali pada umumnya sebagai kategori Expert dahulunya, namun sudah menjadi kelas intermediate atau pertengahan. Peringkat kedua tertinggi di dalam kejohanan cub prix. Sebelum mampu mencapai tahap expert dalam cub prix malaysia, pelumba perlu mengungguli CP130 ini.

CP150 : Merupakan kategori Expert dan kelas tertinggi di dalam kejohanan petronas cub prix. Menggunakan dua jentera baharu berkapasiti enjin 150cc, Yamaha Y15R dan RS150 milik pengeluar Honda. Dari sinilah jika anda masih berbakat dan 'graduate' para pencari bakat sukan permotoran akan menilai anda untuk ke level asia mungkin dan seterusnya.

Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba. Suzuki masih lagi gagal dikesan dalam kejohanan ini kerana suzuki malaysia gagal membawa model 150cc mereka ke dalam malaysia, mewakili suzuki di Asia Road Racing Championship di Thailand dan negara asia tenggara lain. Modenas juga turut berminat dengan pengeluaran jentera berkapasiti 150cc.

One Make Category

Kategori ini memang cukup dinantikan oleh setiap pelumba kerana sponsor mereka adalah besar. Mereka umpama bekas acuan untuk pelumba ternama. Rahsianya mereka berduit besar. Petronas, Hong leong Yamaha, dan Boon Siew Honda (cub chai suzuki malaysia sudah lingkup maa) merupakan nama besar yang harus diwakili para pelumba.

Pelumba Cub Prix Tajaan

Semestinya mereka mencari pelumba yang mampu memberi pulangan kepada mereka. Anda berbakat mereka bayarkan. Salah satu platform untuk anda ke peringkat seterusnya dengan cemerlang sebagaimana ingin belajar oversea anda memerlukan biasiswa dari MARA atau JPA.

Kita sudah mengetahui apa itu, Malaysian Petronas AAM Cub Prix. Semestinya sebelum merancang untuk menceburi bidang ini, perlu pastikan dimanakan anda, adakah anda seorang anak orang berada yang mampu menaja diri sendiri sehingga tamat musim perlumbaan, ataupun memerlukan dana dari sponsor untuk meneruskan cub prix.

Bagaimana Cara - Cara Untuk Mendaftar Cub Prix ?

Jika sudah mengetahui hala tuju dan kategori anda dalam cub prix, bagaimana caranya untuk menyertainya ?

Malaysian AAM Petronas Cub Prix berlangsung saban tahun, bermula pada awal tahun hingga akhir tahun. Bagi golongan CP130 yang sudah boleh menginjak ke level seterusnya, maka terdapat kekosongan pelumba sudah ada maka sponsor-sponsor akan mengiklankan pencarian bakat baru pelumba. Bagi yang mahu menggunakan dana sendiri bolehlah menghubungi penganjur cub prix terus.

Biasanya pada januari setiap tahun jika ada kekosongan maka iklan akan dikeluarkan pihak Safe Aim Mutual sdn bhd, SAM di fan page malaysian cub prix. Anda yang berminat boleh menghubungi mereka yang berkenaan di facebook malaysian cub prix sendiri.


Fans Page Rasmi Malaysian Cub Prix

Secara basikalnya (basically). mereka yang berumur 13 hingga 27 tahun sahaja boleh memohon.

Iklan mereka mungkin berbentuk begini:

Pendaftaran terbuka kepada pelumba berumur 13 hingga 27 tahun. 

Kepada yang berminat boleh hubungi pihhak SAM di talian 03-87338787 dari xx pagi hingga x petang, Isnin hingga Jumaat atau membuat pendaftaran melalui laman facebook Malaysian Cub Prix. 

Tarikh tutup pendaftaran pada XX Januari 20xx.

Syarat Syarat Pendaftaran Pemilihan Rider Cub Prix: 

Contoh untuk Cub prix 2018


Syarat Syarat Pendaftaran Cub Prix 2018

Sebelum terpilih anda akan di temuduga dan menjalani 'trial', berbakat, berpotensi atau sekadar minat.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari: www.malaysiancubprix.com , atau untuk pertanyaan terus melalui emel: daftar1make@twmr.com.my . Perlu diingat jika anda terpilih dalam kategori one make iaitu dibawah honda ataupun yamaha. Sediakan wang berjumlah RM4000, jika gagal, gagal lah penyertaan anda.



Untuk video-video event sukan permotoran dan tutorial permotoran boleh subscribe channel ini : Snapbackpacker Youtube
Anda fikir anda tahu Cara Untuk Menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Catat Ulasan

0 Ulasan