Senarai Drama Adaptasi Novel Akan Datang


"Soap Opera"

Kebanjiran dan melimpahnya drama petang yang dihasilkan dari adaptasi novel mencapai kemuncaknya. Berjaya memyebabkan kenaikkan harga hantaran selain menjadikan manusia mula lupa akan masuknya waktu maghrib, variasi drama-drama semakin banyak.

Dimomokkan dengan mengandung luar nikah adalah biasa, susah dahulu nanti bahagia berjaya membawa para peminat mereka tersimpang jauh dari realiti sehinggakan ada yang terlupa untuk mendaftar sebagai pengundi supaya kak mah tidak lagi dapat berjoli sakan.


Dari drama-drama yang sedia ada maka dengan plotnya memang sama, jumpa, kahwin paksa, gembira, happy dan projek juta-juta. Beberapa drama terbaharu akan menyinari kaca tv anda nanti seperti : 


1. Abang Pilot Suamiku Terlupa Checklist


Mengisahkan kisah cukup tragis seorang pilot ATR-72 yang telah mengalami penyakit alzheimer setelah dihentak dengan helmet Shoei J-Force oleh isterinya kerana terlupa membeli ragi untuk membuat tapai raya yang lepas. Setelah mengalami kemurungan yang berpanjangan si suami yang bekerja sebagai juruterbang meneruskan kariernya tanpa was-was.

Pernah tertidur didalam pesawat kerana sering berjaga malam menjaga anak mereka yang demam kuning selepas lahir menyebabkan dia pernah tersesat ke papua new guinea padahal hanya ingin ke Langkawi.

Ikuti kisah yang penuh mendebarkan ini yang mampu merobek hati dan sanubari para penonton.

2. Encik JPJ Tersaman Hatiku Dengan Kon Oren

Epik percintaan yang jarang-jarang dilihat. Sesuai yang mereka yang sering berangan-angan memiliki bugatti veyron. Banyak konflik yang jarang dipertontonkan pada sinema mat saleh.

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Salmah yang telah tergoda dengan abang JPJ setelah pertemuan mereka ketika suatu roadblock yang indah.
Kisah bermula apabila Salmah yang memang gagal membezakan pedal minyak dan brake telah melanggar kon roadblock JPJ.

Sebagai sebuah epik percintaan, tanpa disedari Salmah dan abang JPJ mula bercinta tanpa sebab. Ikuti kerenah suka duka peluk cium dan pelbagai adegan yang mampu menitiskan air mata apabila kon yang dilanggar Salmah, mula sedar dari koma.
Pelik bukan ?

3. Mr Chef Termasak Sayur Tapi Pahit Betul, I love U

Memang tajuk drama ini agak mengejutkan namun hasil garapan pengarah terkenal Jamal Subuh, kesan khas dan pelbagai aksi stunt dipertontonkan dalam drama ini.

Aksi pinggan dan mangkuk terbang merupakan stunt asas dalam drama ini.

Plotnya bermula apabila Delaila yang dahulunya seorang penjaja sayur mula jatuh hati dengan seorang chef dari bangladesh. Suka duka percintaan mereka terjadi apabila secara kebetulan chef bangla tersebut mula jatuh hati kepada Delaila kerana keayuaannya dalam membuang ulat yang terdapat pada daun lobak.

Pelbagai konflik yang timbul seperti krisis masalah air di flat mereka, ambush dari kastam, tidak lupa juga aksi di taman tasik titiwangsa yang diilhamkan dari kisah benar rujukan fail jakim.

4. Ah sudah..terkawin dengan Abang Kadet Remaja Sekolah

Drama ini bukanlah mempunyai episode sebagaimana panjangnya tajuk. Hanya untuk 8 episod berjaya dihasilkan kerana timbul masalah dengan pihak sekolah kerana kebanyakkan pelakon adalah pelajar spm yang akan menduduki spm tak lama lagi.

Sebuah epik suka duka seorang gadis bernama Rogayah yang dahulunya adalah seorang ketua pasukan pancaragam sekolah telah tersesat di sebuah sekolah lain kerana asyik menangkap pokemon, snorlax lebih tepat.

Tanpa disedari ibu bapa kepada seorang ahli kadet remaja sekolah berkenaan yang baru sahaja tamat perjumpaan PIBG telah mula tertarik dengan penampilan Rogayah yang bersahaja dalam mengutip pokeball.

Lalu tanpa disedari Rogayah, dia telah berkahwin paksa dengan KRS tersebut pada hari itu juga.

Persoalannya, dapatkah Rogayah menghabiskan misi menangkap snorlax?, bahagiakah mereka? Ikuti kisah pahit getir hidup dan pengorbanan terpaksa dihadapi demi kejayaan rumah tangga mereka ?

5. Jandaku Si Penjual Bedak Sejuk

Kisah yang memaparkan jatuh bangun seorang penjual bedak sejuk yang bernama Zabedah. Dalam meniti usia yang membolehkannya mendapat gelaran warga emas, dia sering diganggu oleh bekas lakinya, Sameon Samad.

Sameon menggunakan pelbagai usaha untuk mendapatkan kembali Zabedah walau dengan cara apa sekalipun. Menjadikan konflik kisah mereka adalah apabila anak mereka Johari mula menyintai seorang penjual kuih apam bersebelahan rumah Zabedah sekarang.

Mampukah Sameon mendapatkan kembali cintanya ? Betulkah Johari sudah mengambil kursus kahwin ?

Semuanya akan terjawab dalam kisah yang menyayat hati ini.

Anda fikir anda tahu Senarai Drama-Drama Adaptasi Novel Akan Datang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan