"Batal Puasa" Korek hidung, korek telinga dan korek pusat. Banyak menjadi kemusykilan dalam bab perlakuan yang mampu membatalkan puasa. Dalam bab kesihatan dan perubatan ia merupakan isu penting. Antara ibadah dan nyawa. Ubat konvensional bukan seperti kaedah bomoh dimana memerlukan hembusan khurafat melainkan hembusan ayat ruqyah. Dalam dunia perubatan konvesional dengan kata lain ubatan hospital, kaedah fizikal di perlukan. Dengan merujuk kepada fatwa majlis agama islam dan saranan kementerian kesihatan malaysia maka diterbitkan suatu garis panduan perubatan yang membatalkan puasa dan yang tidak membatalkan puasan.
Ubat-Ubatan yang Membatalkan Puasa 1. Ubat Biji 2. Ubat minum 3. Ubat Sedut 4. Pesari (Ubat yang dimasukkan ke dalam vagina/uterus pesakit) 5. Supsitori/Enema (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur pesakit) Ubat-Ubatan yang Tidak Membatalkan Puasa 1. Ubat Sublingual (dengan syarat diletakkan dibawah lidah pesakit) 2. Ubat suntikan 3. Ubat titis mata dan telinga (dengan syarat tidak melepasi gegendang telinga, konsep korek telinga) 4. Ubat sapu 5. Ubat kumur 6. Ubat hidung/sinus (dengan syarat tidak disedut sehingga ke menghampiri saraf otak, konsep korek hidung) Diketahui bahawa cara memakan ubat secara langsung dengan menelan atau meminum membatalkan puasa seseorang. Dengan jumlah kapasiti ubat yang dimasukkan adalah besar menjadi kias akan pembatalan puasa seseorang pesakit. Darurat, dan kapasiti yang tidak mampu mengenyangkan pesakit menjadi kias bagi cara penggunaan ubatan yang tidak membatalkan puasa pesakit. Islam adalah agama yang mudah, bukan ada untuk memudaratkan manusia. Jika darurat atau ancaman, islam bukan agama ekstremis, terdapat pelbagai solusi dalam panduannya. Ganti puasa dan fidyah merupakan sebahagian solusi jika anda perlu membatalkan puasa kerana sakit. Anda fikir anda tahu Ubat yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa ? Anda fikir sekali lagi.... Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri