Idea Memilih Petrol RON 95, RON 97 atau RON 100


"Ron Number"

Ron bukan nama sesiapa mahupun organisasi. Ron adalah singkatan kepada Research Octane Number.Ron adalah satu ukuran ketahanan 'knocking' yang berlaku di dalam enjin semasa peringkat mampatan (compression) pada lejang otto cycle.


Perbezaan Ron Petrol
Senang cerita, ketahanan bahanapi tersebut untuk terbakar sendiri ketika proses mampatan piston ke atas di dalam block enjin.


Apa itu Knocking ?


Sebelum kita inzal dengan ron, kita cuba fahami apa itu 'knocking'. Knocking akan berlaku apabila pra campuran udara dan bahanapi (petrol) terbakar sendiri sebelum spark plug mengeluarkan api untuk pembakaran udara-petrol.

Jika kita bercerita sebagaimana sebuah buku teks thermodynamic, apabila dimampatkan gas maka atom-atom akan berlanggar sesama sendiri dengan riangnya, maka semakin piston ditolak akan memampatkan lagi gas (campuran udara dan bahanapi) dan apabila gas ini mencapai suatu tekanan dan suhu tertentu maka akan meletup sendiri meskipun tiada hasil api dari spark plug.

Ketahanan gas (petrol+udara) untuk tidak meletup sebelum spark plug menyala inilah dikatakan research octane number atau ron. Ada ron 92, ron 95, dan juga ron 97 apa lagi ron 100.

Ramai beranggapan semakin tinggi nilai ron semakin hebat kuasa yang terhasil. Sebenarnya semakin tinggi nilai ron (contohnya ron 97 terhadap ron 95) maka semakin sukar untuk campuran gas (petrol dan udara) untuk terbakar sewenang-wenangnya, senang cerita nilai ron yang tinggi adalah amat setia campurannya kerana 'ia' sanggup menunggu api dari spark plug dan bukan terbakar dengan sendiri ketika stage mampatan di dalam enjin.

Sudah faham akan konsep, knocking, ron dan nilai nombor pada ron ?

Kesesuaian Petrol Dengan Enjin

Penggunaan mana-mana ron sebenarnya bergantung kepada sesebuah enjin tersebut. Tidak salah jika ingin mengepam mana-mana nilai ron ke dalam kereta anda tetapi dari segi ekonominya anda kurang bijak. Ron lagi tinggi nilainya maka tinggi harganya. Setiap enjin kereta mempunyai nilai ratio compression (mampatan) masing-masing. Semakin tinggi nilai ratio mampatan maka lebih kuasa yang terhasil.Maka gunakan ron 95, ron 97 dan lain-lain dengan kesesuaian nilai ratio compression kereta anda.

Setiap enjin kereta juga telah ditulis di dalam manual kenderaan apakah nilai ron minimun yang perlu dimasukkan ke dalam tangki di bahagian 'fuel'. Contohnya di dalam manual kereta anda menyatakan minimun penggunaan ron untuk kereta anda adalah 92 maka ron 92 akan menjimatkan lagi poket anda berbanding menggunakan ron yang lain.

Semakin Mampat Semakin Power Sistem Enjin

Kita sudah fahami akan ratio mampatan. Semakin tinggi nilai ratio mampatan (compression) semakin banyak kuasa terhasil. Namun, jika berlaku knocking (gas meletup awal) bermakna bahanapi tersebut telah terbakar sebelum piston berada pada tahap maksimumnya di dalam blok enjin, maka rugilah kerana beberapa portion gas telah terbakar awal atau orgasm awal sebelum spark plug menyala. Jika keseluruhan bahanapi yang masuk dari inlet manifold terbakar dengan seirama ketika spark plug memercikkan spark maka untuk sesebuah enjin itu mencapai kuasa maksimum adalah tinggi.

Bagi mengatasi masalah petrol dan udara cepat inzal inilah sejenis plumbum (lead) di campur sebagai pemangkin untuk tidak menyebabkan campuran petrol dan udara ini mudah terbakar pada bukan pada masanya dan tiada knocking di kesan, akan tetapi hasil plumbum ini akan bertindak balas dengan udara dan petrol akan menghasilkan lebihan karbon (asap hitam) berbanding petrol ron yang tidak memiliki tambahan plumbum.

Kesan Penambahan Additif 

Ron 97 tidak ditambah plumbum kerana ketahanannya dari terbakar awal berbanding ron 95 yang memiliki sedikit tambahan plumbum bagi mengurangkan knocking. Maka jika difikirkan logiknya, untuk menjadikan ron 95 memiliki ketahanan sama atau menghampiri ketahanan ron 97 maka plumbum ditambah. Dengan itu ron 95 leaded dan ron 97 unleaded boleh dikatakan memiliki sifat seakan sama bezanya adalah 'kebersihan' enjin.

Enjin yang menggunakan ron 95 mungkin agak kurang bersih kerana plumbum berbanding ron 97 yang tidak berplumbum. Dari hal inilah mengapa bahanapi ron 97 adalah lebih mahal berbanding ron 95 atau rn 92.

Semakin bersih enjin, kurang maintenance, semakin mahal harga petrol tersebut tiada kaitan akan betapa power nya ron 97 berbanding ron 95.

- Jabatan Kejuruteraan Youtube (bukan seorang engineer belajar dari youtube)

Anda fikir anda tahu Idea Memilih Petrol RON 95, RON 97 atau RON 100 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan