"Fenomena"
Perkataan di atas merupakan istilah terbaik diberikan kepada pesawat pengangkut terbesar dunia Antonov 225 Mriya milik Ukraine. Dalam penjelajahannya menuju Perth, Australia dari Republic Czech yang membawa seberat 117 tons generator.
Antonov Mriya 225 The Biggest |
Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA (WMKK) tidak terkecuali. Pelbagai pelusuk masyarakat malaysia membanjiri sekitar pagar luar runway 32L KLIA bagi merasai sendiri fenomena burung besi gergasi yang akan mendarat di KLIA untuk kali kedua selepas 2007. Tidak kira anda rakyat marhaen mahupun planespotter, peluang bagi menyaksikan beberapa saat kemunculannya dari rimbunan kelapa sawit sekitar KLIA sesuatu yang amat mengujakan.
Apa lagi mereka yang bertugas dengan Malaysia Airport Berhad, yang dapat berselfie secara dekat.
Fenomena ini bukan sahaja menjadi keghairahan rakyat marhaen dan planespotter dari malaysia sahaja, di Perth, Australia, malah ribuan yang hadir untuk menyaksikan 'touchdown' antonov 225 mriya yang telah memegang rekod pesawat terbesar dunia sejak dari pelancarannya pada 1988.
Apa yang menjadikan pesawat ini tumpuan adalah saiznya jika dibandingkan dengan pesawat yang sedia ada di muka bumi.
Memiliki panjang 84 meter dari hujung muncung ke hujung ekornya, Mriya juga memiliki berat 175 tons (tanpa bahanapi dan kargo) menjadikan 'benchmark' kepada pesawat yang sedia ada di muka bumi dan stratosfera dari segi statistiknya.
Jika dipenuhkan dengan kargo, Mriya mampu menampung 600 tons kargo dan 'load' dengan perkadaran isipadu 1300 kubik meter.
Dari segi perbandingan ukuran saiz dengan pencabar terdekatnya seperti Airbus A380 dan Boeing 747, Antonov 225 adalah 7 meter lebih panjang berbanding Boeing 747-800.
Manakala memiliki kelebihan ukuran sebanyak 11 meter berbanding Airbus A380-800 yang memegang gelaran pesawat penumpang terbesar dunia.
6 kru diperlukan dalam operasi pesawat antonov 225 ini, kapten, pembantu juruterbang, dua fligt engineer untuk kawalan 6 buah enjin dan sistem yang kompleks, seorang navigator dan seorang loadmaster yang menjaga segala seliaan kargo dan load calculation.
Antonov Design Bureau bukan sahaja memiliki Antonov 225 ini sahaja malah memiliki pelbagai lagi pesawat milik mereka termasuklah adik kepada UR-82060 ini iaitu Antonov 124.
Namun, pesawat Antonov 225 Mriya ini adalah satu-satunya di dunia.
Antonov 225 Landing KLIA 14.5.2016
Anda fikir anda tahu Bukti Antonov 225 Mriya Pesawat Terbesar Dunia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri