Valentino Rossi VR46 Riders Academy Menguji Moto 3 dalam MotoGP sebagai SKY Racing Team by VR46


"Passion"

Perkataan di atas cukup menggambarkan makna sebenar makhluk Tuhan bernama Valentino Rossi. Seorang legend sukan permotoran dari Itali.
Diberi jolokan 'The Doctor' dalam dunia motorsport amnya MotoGP khususnya. Seorang 'rider' yang begitu 'passion' dan ghairah akan motosikal.

Jika terdapat istilah dalam kamus Oxford bermaksud 'keghairahan sebenar terhadap motor' semetinya perkataan tersebut adalah 'Valentino Rossi'.

Keghairahan VR46 terhadap motosikal selalu dapat dilihat apabila sering bercakap seumpama memujuk jenteranya sebelum perlumbaan. Tidak kisah dari pengeluar Aprilia, Honda, Ducati mahupun Yamaha semua jentera pernah dibisikkan kata cinta oleh Rossi.
20 tahun lepas iaitu lebih tepat 31 Mac 1996, VR46 memulakan karier dengan menyertai Grand Prix untuk kategori 125cc menggunakan jentera Aprilia.



VR46 yang memiliki perwatakan 'gila-gila' serta happy-go-lucky strike, amat digemari ramai. Dari perwatakan inilah menjadikan dia tidak lokek dalam menurunkan ilmu hasil pengalaman mencecah 20 tahun dalam bidang permotoran.


Dia telah mewujudkan satu akademi permotoran atas namanya sendiri atau lebih sedap disebut sebagai The Ranch.

Valentino Rossi VR46 Riders Academy

Mula ditubuhkan pada 2014, sehingga kini telah disertai oleh 11 orang apprentices. 
Antara pelajar yang berada dibawah tunjuk ajar Rossi adalah seperti Fenati, Migno and Bulega, Nicolò Antonelli, Pecco Bagnaia pemburu-pemburu kejuaraan Moto3, 
Franco Morbidelli, Lorenzo Baldassari, and Luca Marini bertanding kategori Moto2, 
Dennis Foggia and Marco Bezzecchi in the World Junior Championship and Celestino Vietti Ramus yang menyertai the Italian Championship CIV class Moto.

Akademi ini dikawal selia dan dipantau oleh Valentino Rossi sendiri bersama kawan-kawan karibnya Albi dan Uccio. Pengeluar motosikal Yamaha telah berkenan untuk menaja jentera R-Series mereka sebanyak 26 buah serta jenis YZ kepada akademi VR46.

SKY Racing Team by VR46

Rentetan dari kewujudan Valentino Rossi Academy Riders, maka sebagai 'assignment' pertama dengan kolaborasi SKY maka terbentuknya team Moto3 untuk mengejar kejuaraan kategori moto3 sebelum menampilkan diri dalam moto2 seterusnya menjadi sebuah pasukan dalam kejuaraan MotoGP.



Mempertaruhkan Fenati, Migno and Bulega, Nicolò Antonelli, Pecco Bagnaia untuk menggalas cabaran moto3. Mempertaruhkan jentera KTM RC 250 GP yang berkuasa 250cc.

Para pelumba dibawah akademi VR46 menyatakan kesediaan mereka menyertai akademi ini kerana 'passion' dan 'character' Valentino Rossi itu sendiri. Aura positif yang wujud dari VR46 mampu menaikkan semangat mereka.

Valentino Rossi 'The Doctor' bukan memberi nasihat namun menunjukkan contoh, itulah erti sebenar seorang leader merangkap legend motoGP dan motorcross apalagi acara go-kart dan rally kereta yang selalu di sertai VR46.

Anda fikir anda tahu Valentino Rossi VR46 Riders Academy Menguji Moto 3 dalam MotoGP sebagai SKY Racing Team by VR46 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....   

Catat Ulasan

0 Ulasan