Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea

"Ramen Halalkah ?"

Ramen atau mi segera dari Korea yang mencecah harga RM 20++ untuk lima bungkus menjadi kemusykilan status halalnya.

Peminat makanan rapu dan peminat korea secara am menyebabkan mi ramen ini begitu popular. Dikatakan memiliki rasa pedas yang luar biasa.


Samyang Ramen Halal ?
Adakah mampu menandingi kepedasan kuah tom yam mi ruski ? Itu perlu dilakukan ujian kerana penulis tidak pernah mencuba mi yang agak mahal harga berbanding kuantiti, agak tidak berbaloi untuk mencubanya ketika di zaman rejim najib ini.Namun status halalnya mula diragui, biasalah apabila sesuatu benda menjadi viral, segala persoalan mula timbul.


Pelbagai diskusi dan pendangan amatur dapat diperhatikan melalui media sosial akan status halal mi segera ini. Kesahihan statusnya perlulah dikeluarkan pihak yang lebih arif dan sememangnya arif dalam bidang ini bukan mereka yang hanya arif tentang copy paste sahaja.

Mula viral akan penerangan dari Facebook page Halal Korea sebagaimana di bawah




[Broken Link!] Sumber pautan : https://www.facebook.com/halalexpokorea/  

Jangan mudah percaya kepada satu sumber sahaja. Oleh itu kita lihat apa yang dikatakan oleh KMF (Korea Muslim Federation) sendiri kerana page tersebut ada menyatakan tentang ramen Buldakbokeum Myeon telah disahkan oleh KMF.

Apabila di teliti memang pihak KMF ada mengeluarkan certified halal untuk ramen ini keluaran Samyang. Sebagaimana yang terkandung dalam website koreaislam.org.




[Broken Link!] Sumber asal: http://www.koreaislam.org/en/certified-companies-products

KMF berpendapat Ramen Buldakbokeum Myeon ini disahkan halal oleh mereka. Apabila bercakap mengenai sah, maka mereka mengikut prosedur tertentu untuk menentukan status halal makanan tersebut termasuklah dengan lawatan ke tempat pemprosesannya.

Namun setiap status halal akan di cop dengan logo halal yang sah, maka Ramen Buldakbokeum Myeon adalah halal apabila terdapat cop halal yang tulen.

Pengesahan Halal Jakim Malaysia




Notis Terkini Halal Korea (12 Jun 2016) mengenai salah laku pengedar mi ini dengan proses pembungkusan ramen samyang






* Urgent Notice!*
(Share this posting with your friends!)
We have got serious reports from Malaysian consumers that so many sellers are distributing non halal Buldakbokeummyeons(Spicy chicken ramen) by claiming those are halal also. But these are all frauds absolutely! A couple of months ago, I posted an article that the manufacturer 'Samyang' had made a big mistake in packaging individual pieces halal certified by packing them with non halal version of envelopes. But the company used halal version of envelopes in multi packaging such as containing 5 pieces. Now many sellers and distributors are taking advantage of these confusion in Malaysia. Quite a few months have passed since the company made the mistake. So, now we would like to recommend you should check halal logo on all the packages, no matter what the package may be(one for individual piece or for multiple pieces). I'm posting the photos of non halal products and online pages selling these non halal products by claiming those are halal.
And some sellers are claiming that products having HACCP logos are halal also. But please recognize that HACCP is regardless with halal.
P.S. : several consumers sent me the information that Instagram '@officialsamyang.my' is selling non halal Buldakbokeummyeons(Spicy chicken ramen). Please be careful!
*Notis Penting!*
(Kongsikan perkara ini kepada rakan-rakan anda)
Kami menerima banyak laporan daripada pengguna Malaysia bahawa terdapat ramai penjual online menjual Buldakbokkummyeon versi tidak halal dengan menyatakan produk tersebut halal untuk dimakan. Akan tetapi produk tersebut sememangnya tidak halal! Beberapa bulan yang lalu, saya ada memberikan maklumat mengenai kesilapan pihak pengeluar 'Samyang' berkenaan pembalut produk makanan tersebut yang menggunakan plastik pembungkus untuk produk yang tidak halal dengan kandungan yang diiktiraf halal. Namun, pihak syarikat tersebut telah pun menggunakan pembungkus makanan dengan cop halal bagi pakej 5 bungkus ramen (plastik luar ada cop halal, tapi plastik pembungkus individu tiada cop halal). Dengan kekeliruan mengenai status halal produk ini melalui pembungkusan, penjual-penjual ini mengambil kesempatan dengan menjual versi tidak halal kepada pengguna muslim di Malaysia. Pihak pengguna disarankan supaya menyemak cop halal pada produk tersebut (tidak kira dalam bentuk pek individu atau pek multi). Di sini saya sertakan gambar produk Samyang yang tidak halal serta peniaga-peniaga online yang menjual produk tersebut.
Terdapat beberapa penjual online yang menyatakan produk ini mempunyai sijil HACCP. Namun, penting untuk semua pelanggan tahu bahawa sijil HACCP tiada kaitan dengan status halal produk. Produk yang ada sijil HACCP tidak semestinya halal, manakala produk yang tiada HACCP dan ada sijil halal semestinya halal. Pastikan halal, baru beli.
P.S: Ada beberapa pengguna telah memberitahu saya bahawa Instagram @officialsamyang.my telah menjual produk Samyang yang tidak halal.
*Peringatan Penting!*
(Bagikan postingan ini dengan teman-teman Anda!)
Kami mendapat laporan serius dari konsumen Malaysia bahwa begitu banyak penjual yang mendistribusikan Buldakbokeummyeon non halal (ramen ayam pedas) dengan mengklaim bahwa produk mereka adalah halal juga. Tapi ini semua benar-benar penipuan! Beberapa bulan yang lalu, saya memosting sebuah artikel bahwa pembuat 'Samyang' telah membuat kesalahan besar dalam pengemasan yang bersertifikat halal dengan kemasan mereka dengan versi kemasan yang non halal. Tetapi perusahaan menggunakan versi halal dalam berbagai kemasan seperti mengandung 5 bagian. Sekarang banyak penjual dan distributor yang mengambil keuntungan dari kebingungan ini di Malaysia. Beberapa bulan telah berlalu sejak perusahaan membuat kesalahan. Jadi, sekarang kami ingin merekomendasikan bahwa anda harus memeriksa logo halal pada semua kemasan, tidak peduli paket yang mana saja (kemasan untuk perorangan atau kemasan berkelipatan). Saya memosting foto-foto produk non halal dan halaman online yang menjual produk non halal ini dengan mengklaim bahwa produk mereka adalah halal.
Dan beberapa penjual mengklaim bahwa produk yang memiliki logo HCCP adalah halal juga. Tapi tolong sadari bahwa HCCP terlepas dari halal.
P.S, : beberapa konsumen mengirimi saya informasi bahwa instagram '@officialsamyang.my' menjual Buldakbokeummyeon non halal (ramen ayam pedas). Tolong berhati-hatilah!
*ملاحظة هامة*
(شارك مع أصدقائك هذا البوست )
لقد وصلتنا تقارير هامة من المستهلكين الماليزيين بأن العديد من البائعين يعملون
(راميون الدجاج الحار )Buldakbokeummyeons على توزيع
الغير حلال بإدعائهم أنه حلال.ولكن كل هذه أكاذيب واحتيال على الإطلاق
قبل شهرين ،قمت بنشر مقالة بأن المصنع'ساميانغ' قامت بارتكاب خطأ كبير
بتغليف قطع حاصلة على شهادة حلال بمغلفات مخصصة لمنتجات ليست حلال
ولكن الشركة استعملت المغلفات ذات الإصدار الحلال في التعبئة المتعددة كالتي
تحتوي على ٥ قطع .الآن العديد من البائعين والموزعين يستغلون هذا اللبس في ماليزيا ومرت عدة شهور منذ أن وقعت هذه الشركة بذلك الخطأ.لذلك الآن نود أن
نوصيك بأنه يجب أن تتأكد من شعار حلال على جميع العبوات والأغلفة (مهما كانت
سواء علبة فردية أو متعددة العبوات )
أنا أنشر لكم صور للمنتجات غير الحلال وصفحات الانترنت التي تبيع المنتجات غير
الحلال بإدعائها أنها حلال .وبعض البائعين يدعون أن المنتجات التي تملك شعار
هي حلال أيضا.لكن من فضلك لاحظ بأن HACCP
لا تمت بصلة للحلالHACCP
العديد من المستهلكين أرسلوا لي معلومة بأن على الانستغرام
@officialsamyang.my
(راميون الدجاج الحار )Buldakbokeummyeonsيبيع
!غير الحلال.من فضلك كن حذرا
‪#‎halal‬ ‪#‎halalfood‬ ‪#‎koreanfood‬ ‪#‎halalkorea‬ ‪#‎halalexpo‬ ‪#‎halalexpokorea‬‪#‎samyang‬ ‪#‎spicychickenramen‬ ‪#‎spicychickennoodle‬ ‪#‎hotchickenramen‬‪#‎hotchickennoodle‬




Dengan terdapatnya update terbaru dari halal korea mengenai ramen samyang ini maka difahami bahawa bahagian pembungkusan ramen samyang ini HANYA meletakkan logo halal certificate pada bungkusan luarnya sahaja, pada bungkusan ramen itu sendiri dikhuatiri dicampur dengan bungkusan yang tidak memiliki certificate halal.

(plastik luar ada cop halal, tapi plastik pembungkus individu tiada cop halal)

Demi wang tidak mustahil pihak pembungkusan akan mencampurkan yang tiada pengesahan halal dengan yang tiada pengesahan maka hukum syubhat (diragukan halal atau haramnya) telah menimpa makanan ini. 

Hukum Barangan/Makanan Syubhat

SYUBHAH (mutasyabihah) bermaksud yang tidak jelas, iaitu kekeliruan antara kehalalannya dan keharamannya. Maka tidak ramai pula yang mengetahui akan statusnya. Adapun sebaliknya, para ‘alim ‘ulama telah mengetahui hukumnya berdasarkan kepada nash dan qiyas yang telah disepakati oleh mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya  atau terjadi kekeliruan akan hukumnya  sama ada halal atau haram, justeru tidak ada nash yang menetapkannya dan tidak jua dengan ijma’, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka telah menasakhkan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dali-dalil yang berkaitan akannya.

Terdapat beberapa jenis syubhah yang dapat diklasifikasikan.

Ibnu al-Mundzir telah mengkelaskannya kepada 3 bahagian, iaitu :

PERTAMA : sesuatu yang memang telah diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu (syak) tentangnya; adakah ia tetap kekal dengan kehalalannya atau tidak? Maka, tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu melainkan ia benar-benar YAKIN akan kehalalannya. Sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita, 2 ekor ayam, salah seekor dari keduanya ini telah disembelih oleh penyembelih oleh orang kafir lalu kita ragu-ragu yang mana satukah disembelih oleh si kafir itu? Maka wajib kita mengelakan diri darinya.

KEDUA : sebaliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu (syak) akan keharamannya; seumpama hadath, datang keraguan selepas yakin akan wujudnya atau terhasillah thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhu’ lalu dia ragu-ragu sama ada dia masih dalam keadaan berwudhu’ atau telah batal wudhu’nya, jika dia masih YAKIN msih ada wudhu’, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwudhu’, justeru yakin tidak boleh dihilangkan syak.

KETIGA : Sesuatu yang diragui akan kehalalannya dan keharamannya, maka adalah lebih aula untuk meninggalkan keraguan itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulallah SAW terhadapa sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriiwayatkan daripada Bukhari dan Muslim  daripada Rasulallah SAW yang bermaksud :


“Sesunggunhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku kemudian aku mengambilnya untuk memakannya namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya”

Namun berbaloikah kita yang muslim mahu memperjudikan halal dan haram semata-mata untuk mi segera ? 

Kita masih belum darurat untuk menikmati hidangan pedas...jika gian akan kepedasan, apa salahnya tanam pokok wasabi dan jadikan sebagai ulam ulaman.

Bagi mereka yang benar-benar yakin bolehlah berpakat dengan 5 orang beli satu pek kongsi sebungkus seorang untuk mencuba

Broken Link! : Terdapat beberapa link pautan berubah kepada 'page is not found'. Berkemungkinan fans page tersebut sudah tiada atau sudah direpot atau laman sesawang servernya down atau sudah tiada lagi di sekitar dunia maya. Juga berkemungkinan ip address dikawasan anda sudah diblock mungkin juga line internet anda amat perlahan.




Anda fikir anda tahu Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan