Putrajaya : Queen of Skies Retro Malaysia Di Kembalikan Takhtanya


"Queen of The Skies"

Ratu di angkasa. Merupakan nama jolokan yang diberikan kepadanya. Sebelum kemunculan jumbo jet seperti Antonov-225 dan Airbus A380 queen ini bertakhta megah memegang empayar angkasa.


Retro Malaysia Airlines 747 Livery Hangar
Retro Malaysia Airlines 747
Berkonsepkan tempat penumpang ala-ala upper deck bubble seperti kepala ikan flowerhorn, queen ini begitu popular sebagai pengangkutan yang dipercayai setiap syarikat penerbangan.

Queen dilahirkan pada tahun 1968 dan masih utuh sumbangannya hingga sekarang. Queen mampu menampung sehingga 660 orang penumpang dalam sesuatu masa. Queen diminati oleh setiap ceruk pelusuk negara, Malaysia Airlines sendiri telah menggunakan khidmat queen untuk berdekad lamanya.


Namun akhir-akhir ini sebagaimana sistem diraja, queen sudah tidak mampu lagi diteruskan khidmatnya, malahan pelbagai airlines telah memberhentikan queen of the skies ini termasuk MAS.

Meskipun begitu, setelah sekian lama di'hibernasi' di dalam hangar, MAS telah berusaha untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan queen of the skies ini atau lebih senang dengan nama popularnya Boeing 747-400.

Malaysia Airlines memiliki 10 buah B747. Dengan nama gelaran berbeza seperti :

Stored:
1. 9M-MPK Johor Bahru
2. 9M-MPL Penang
3. 9M-MPM Melaka
4. 9M-MPN Pangkor
5. 9M-MPP Putrajaya
6. 9M-MPQ Kuala Lumpur

Gone:
1. 9M-MPB Shah Alam
2. 9M-MPF Kota Bharu
3. 9M-MPH Langkawi
4. 9M-MPO Alor Setar

Boleh dikatakan kesemua 10 pesawat ini sudah tidak digunakan hanya menunggu masa untuk di jual di sewa atau dilupuskan. Namun suatu inisiatif baru bagi memantapkan lagi operasi Malaysia Airlines yang seumpama akan karam telah dilakukan.




Sebuah pesawat B747 milik MAS yang akan dihidupkan semula adalah '9M-MPP Putrajaya'. Putrajaya diberikan takhta semula untuk memegang takhta setelah A380 milik MAS memerlukan penyelenggaraan berat iaitu heavy maintenance. Putrajaya diberikan tugas semula sebagai queen of the skies mewakili Malaysia setelah ditamatkan hak untuk terbang pada 2013.






Apa yang menariknya dengan 9M-MPP Putrajaya adalah livery yang terdapat pada badannya. Sebagaimana livery yang terdapat pada sebuah boeing 737 MAS, 9M-MXA iaitu Retro Livery, seperti itulah juga Putrajaya.

Putrajaya dijangka akan mengambil alih route KL-LHR dari Airbus A380-800. Namun mungkin Putrajaya membuat suatu kelainan jika beroperasi untuk pengangkutan domestik. Namun berbaloikah untuk domestik menggunakan 65,000 gelen minyak hanya untuk take off dan landing ?

Anda fikir anda tahu Putrajaya : Queen of Skies Retro Malaysia Di Kembalikan Takhtanya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan