Makna Bacaan Dalam Solat


Dari Jabir r.a.: Rasulullah saw bersabda, "Perumpamaan shalat lima waktu seperti sebuah sungai yang melimpah, yang mengalir di depan pintu rumah seorang dari kalian. Ia mandi di dalamnya setiap hari lima kali." (HR Muslim)."

Ini menerangkan bahawa solat dapat menyucikan hati seseorang jika di kerjakan dengan sempurna serta cukup sah syaratnya serta tertibnya.Apakah solat yang dikerjakan kita diterima di sisi Allah?atau hanya perlakuan sia-sia yang merugikan kita ?



Allah s.w.t berhubung dengan hambaNya melalui solat.Pada masa inilah manusia benar-benar dekat dan rapat dengan penciptanya,iaitu ketika sujud.Inilah peluang kita berkomunikasi dengan Allah.Sepertimana komunikasi-komunikasi yang lain,apakah perasaan anda jika semasa anda menerangkan sesuatu kepada seseorang tetapi segala penceritaan anda itu tidak di ambil endah ? Itu hanyalah metaforanya.



Begitulah juga semasa kita sedang berkomunikasi dengan maha pencipta kita,perlu hadirnya satu penghayatan dalam solat yang di sebut khusyuk.Bagaimanakah orang-orang arab yang begitu penuh penghayatan ketika membaca al-quran serta mengimamkan solat?Kerana mereka memahami maksud apa yang di bacakan itu.Tapi bagi kita yang tidak memahami sepatah pun begini lah jadinya....





Bagaimana mencari khusyuk dalam solat?

Semestinya memahami apa yang di sebut ketika solat...


MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


TAKBIR

Allah Maha Besar

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya

BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian

BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya

BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga

semoga dengan mengetahui maksud bacaan dalam solat ini kita lebih khusyuk ketika bertemu Allah dalam solat.Kenapa dalam solat hajat kita selalu meniatkan hajat kita ketika sujud?kerana pada masa sujudlah kita benar-benar dekat dengan Allah s.w.t

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan kelemahan itu dalam diri aku sendiri..


Anda fikir fikir anda tahu Makna Bacaan Dalam Solat ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum....





Catat Ulasan

0 Ulasan