Bukan semegah Litar Lumba Cub Prix saban tahun, apalagi, litar pasir gudang apalagi, Sepang international Circuit. Litar Dato' Sagor tidak dikenali ramai melainkan anak jati kawasan berkenaan sahaja.
Sejarah Dikelilingi oleh aliran sungai perak, litar ini juga dikenali sebagai Litar Pulau Dato' Sagor. Berkedudukan 1.5km dari pekan Kampung Gajah, 30km dari bandar Teluk Intan dan berjarak 75km dari bandaraya Ipoh.
Idea mewujudkan litar ini adalah berasal dari ilham mantan menteri besar Perak ketika itu iaitu Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib. Pulau Litar Dato' Sagor dahulunya beting pasir yang terbentuk dari kesan semulajadi aliran sungai yang menghasilkan sebuah pulau. Litar Pulau Dato' Sagor yang berkeluasan 13 hektar menjadi sebuah litar pada sekitar 1999 bagi mengurangkan gejala tidak berfaedah berlumba haram di jalan raya. Prasarana Litar 1.Panjang litar ini adalah 1.32 km dengan lebar jalan seluas 10 meter. Jarak dan luas litar ini adalah sesuai untuk perlumbaan pusingan litar. 2.Litar ini mempunyai laluan lurus sepanjang 606 meter dengan lebar jalan 14 meter bersesuaian untuk perlumbaan sprint test/drag. 3.Mempunyai tandas dan bilik mandi. 4.Grand Stand yang mampu menampung seramai 250 hingga 300 orang penonton.
Kawasan ala kampung dan suasana permai telah menarik minat pengusaha chalet untuk membangunkan kawasan ini kerana kawasan sungai yang menarik. Maka terdapat beberapa prasarana bagi memudahkan pengunjung yang menggunakan mahupun menyaksikan perlumbaan amatur di litar tersebut. Oleh kerana remaja-remaja lebih gemar akan 'bunuh diri' secara haram di jalan raya, litar ini jarang digunakan hanya dihiasi dengan pelbagai acara politik yang menjadi tempat perhimpunan.
Hasrat mantan menteri besar Perak itu boleh dikatakan amat berjaya setelah salah seorang pelumba yang pernah menggunakan litar ini telah mencipta nama di mata dunia ketika #ArgentinaGP 2016, apabila buat pertama kali dalam sejarah Malaysia lagu negaraku (lagu negeri Perak sebenarnya) telah berkumandang menandakan Juara Moto3 adalah dari Malaysia. Insan yang kerap disebut 'rookie' oleh commentators dari race day Qatar telah dinobatkan juara. Khairul Idham Pawi Anak jati Perak yang pernah berlatih di litar Dato' Sagor ini berjaya merangkul kejuaran siri Argentina. Setiap hari dari usia 14 tahun beliau melakukan dua jam latihan di litar ini.
Litar ini bukan sahaja menampung keperluan track untuk jentera dua roda namun pernah di adakan acara kategori empat roda. Peminat empat tayar semestinya pernah check in di sini untuk menyaksikan beberapa siri Battle Royale.
Di harap kejayaan anak Pawi ini akan menjadi pembuka semangat mat rempit bukan semata-mata menjadi beruk di jalan raya tetapi menggunakan landasan yang betul dalam merealisasikan minat dengan sukan permotoran dan menjadikan ia sebagai karier. Anda fikir anda tahu Khairul Idham Pawi Memulakan Karier Di Litar Pulau Dato' Sagor Perak ? Anda fikir sekali lagi.... Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri