Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA Lafaz niat : أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan) 2. Ruku' 3. I'tidal 4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan) 5. Ruku' 6. I'tidal 7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa RAKAAT KEDUA 1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan) 2. Ruku' 3. I'tidal 4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan) 5. Ruku' 5. I'tidal 6. Sujud 7. Tahiyyat Akhir Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Perbezaan Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan Bacaan dalam solat sunat gerhana matahari adalah perlahan manakala bacaan dalam solat sunat gerhana bulan adalah kuat Anda fikir anda tahu Cara dan Kaifiyyat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan ? Anda fikir sekali lagi.... Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri