Chicken Chop dan Lamb Chop Murah Maipi Corner Jalan Kebun Shah Alam

"Maipi Corner Jalan Kebun"

Di zaman kegawatan ekonomi dan kelemahan pengurusan wang negara oleh menteri kewangan Malaysia, keperitan hidup kian terasa.

Seumpama kembali ke masa lampau di mana proses memburu untuk hidup kembali lagi. Jika pada zaman dahulu memburu makanan untuk kelangsungan perut.Namun sekarang rakyat Malaysia memburu mendapatkan makanan serta keperluan yang murah demi kelangsungan hidup.


Makan Western Food Di Maipi Corner Jalan Kebun
Makan Western Food Di Maipi Corner
Dengan bantuan viral media sosial maka proses memburu kedai-kedai makanan yang murah dan berpatutan rasanya menjadi mudah.Salah satunya adalah kedai/restoren makanan ala barat, western food yang murah.

Bagi golongan bangsawan di Malaysia, sepinggan hidangan chicken chop berharga RM15 adalah sesuatu yang biasa. Namun bagi rakyat marhaen harga sedemikian merupakan harga berani mati demi kelangsungan hidup.

Bagi penggemar western food seperti chicken chop, lamb chop dan pelbagai chop, biar jauh tapi berbaloi.


Menu Western Food
Menu Western Food

Menu Western Food
Menu Western Food

Mana lagi di zaman ini mahu menemui kedai chicken chop dan lamb chop menawarkan harga di bawah RM6. Namun bagi Kedai Western food Maipi Corner yang terletak di Jalan Batu 7 anak tiri Jalan Kebun ada menawarkan western food bagi warga marhaen. Boleh dikatakan di Jalan kebun atau sekitar Jalan kampung Lombong agak sukar untuk bersaing dari segi makanan murah kerana begitu banyak kedai dan gerai yang cukup murah dan berpantutan harganya.

Menu Kelainan Western Food

Inisiatif dari persaingan yang sihat ini, Maipi Corner mula mengorak langkah dalam mevariasikan inovasi menu hidangan mereka. Kini, maipi corner bukan sahaja menyediakan makanan western food biasa namun dengan mempelbagaikan menu yang diperbaharui bagi memberikan peluang yang cukup untuk peminat western food untuk mendapatkan nilai dalam citarasa masing-masing.

Di bawah adalah menu baharu yang diperkenalkan oleh Maipi Corner dalam mempelbagaikan jenis hidangan kepada pelanggan.


Menu Terbaru maipi Corner Jalan kebun


Portion chicken chop yang sukar dibendung jika memiliki genetik tangki perut yang agak kecil, namun bagi Abam bocey masih boleh memberi kekenyangan jika bersahur.Setiap penggemar chicken chop akan berpuas hati dengan portion yang besar dan kegaringan ayamnya yang dicelup sedan-sedan dengan telur dan tepung buatan mereka.

Namun, Maipi Corner bukan heaven kepada penggemar lamb chop, bukan kerana rasanya, tetapi portion hidangan agak kurang sedikit berbanding rata-rata restoren yang menghidangkan lamb chop. Berpatutan dengan harga.


Chicken Chop Murah
Chicken Chop Murah
Kuah black pepper yang agak mild atau lembut tiada sebarang rasa pepper yang terlampau apabila rasa black peppernya diseimbangkan dengan rasa lemaknya, tidak begitu masin manis kesimpulannya amat kena dengan suasana kedainya.

Suasana Dalaman Kedai

Suasana kedai yang begitu redup, namun televisyen disediakan. Keredupan diseimbangkan dengan cahaya oren kemerahan pada dinding, dekorasi wiring buatan sendiri. Mempunyai bidai anyaman sebagai pelengkap suasana makan yang lebih ke arah romantik.

Berada diluar dan didalam kedai akan menghasilkan perasaan berbeza. Tiada sebarang gangguan untuk bersosial dengan rakan taulan serta keluarga sambil menikmati hidangan yang sedia ada pada menu.

Air minuman diberikan percuma. Self-service, layan diri diperlukan dalam memiliki segelas kecil air laici atau asam boi yang diberikan percuma 'unlimited top up'.




Bagi yang inginkan rasa minuman yang lain air berbayar juga disediakan. Dengan menggunakan kebanyakan gelas 'kopi viral' air koko dan kopi ada disediakan diluar premis Maipi Corner.

Informasi Pengunjung

Lokasi yang strategik di persimpangan sibuk berhampiran sekolah dan masjid jalan kebun.

Alamat

Maipi Corner
Kg Batu 7, 
Jalan Kebun Seksyen 30, 

40460 Shah Alam, Selangor



Kedai ini bukan terlalu susah untuk ditemui. Pengunjung boleh mencari Sekolah Rendah Agama Islam Jalan Kebun dan kedai ini berada di penghujung pagar SRA tersebut.

Google Street View Maipi Corner
Google Street View Maipi Corner
Parkir Kenderaan

Tempat meletakkan kenderaan cukup luas pada sebelah kiri penjuru kedai, namun bagi yang tergesa-gesa boleh parkir diseberang bahu jalan atau didepan kedai.


Waze Lokasi Maipi Corner

Waktu Operasi Maipi Corner

Waktu perniagaan Maipi Corner adalah setiap hari kecuali Isnin dan public holiday. Mula beroperasi pada jam 4 petang dan berakhir 11 malam. Last order petang adalah 6.30 petang dan last order malam adalah 10 malam.

Anda fikir anda tahu Chicken Chop dan Lamb Chop Murah Maipi Corner Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan