"Good Night B777"
Pengurusan baharu Malaysia Airlines tidak menjamin kelangsungan hayat sesebuah fleet di Malaysia Airlines. Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines turut terkesan dari hal ini.
Malah dua insiden penerbangan Malaysia Airlines melibatkan pesawat b777 ini iaitu MH370 dan MH17.
Setelah menghampiri 20 tahun perkhimatan B777 dengan Malaysia Airlines dimana mula-mula diperkenal pada 1997, fleet Extended Range (ER) ini akan ditamatkan operasinya selewatnya Mac 2016.
Pada 26 Januari 2016, Boeing 777-200ER bernombor daftar 9M-MRL membuat penerbangan pulang terakhir dari Amsterdam, Belanda (AMS) ke Kuala Lumpur Malaysia (KUL), sebelum mendarat dan akan dipencenkan operasinya. Dalam masa yang sama route Paris (CDG) ke Kuala Lumpur (KUL) dengan menggunakan nombor penerbangan MH21 juga mengakhiri route ke Amsterdam yang menggunakan pesawat B777 9M-MRM.
Secara rasmi berakhirnya 40 tahun route Amsterdam - Kuala Lumpur dan route Paris - Kuala Lumpur.
Dengan itu, sudah 4 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang terlah dihentikan operasinya. Dua ditamatkan perkhidmatan (9M-MRL & 9M-MRM) dan dua lagi dikategorikan sebagai 'written off' (9M-MRO & 9M-MRD).
Pada 1997, 9M-MRA (Super Ranger) telah mengharumkan nama MAS dan Malaysia dengan melakukan penerbangan 'eastward' dari Seattle (Boeing Field) ke Kuala Lumpur dengan memegang rekod penerbangan "the world's longest non-commercial non-stop flight". Dari rekod inilah abang long iaitu 9M-MRA pesawat B777 MAS pertama mendapat gelaran Super Ranger.
Kini MAS hanya menumpukan aset yang paling banyak dimiliki iaitu Boeing 737-800. MAS akan mengoptimakan penggunakan pesawat ini sebagai permulaan pengurusan yang baharu.
Dikhabarkan juga pesawat Boeing 777-200ER ini akan digantikan dengan pesawat Airbus A350WB.
Anda fikir anda tahu Penerbangan Terakhir dan Penamatan Malaysia Airlines Boeing 777-200ER ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri