Maksud Warna Bendera dan Lampu Dalam MotoGP

Beza mat rempit dan penunggang professional adalah guidlines semasa perlumbaan. Setiap peraturan dalam motoGP diseliakan oleh pengarah perlumbaan, Race Director.

Salah satu daripada peraturan yang terdapat di dalam skema jawapan untuk peraturan perlumbaan motoGP adalah pematuhan terhadap warna bendera yang dikibarkan setiap marshal di pos mereka serta pematuhan terhadap warna lampu perlumbaan.



Kegagalan dalam mematuhi arahan dari race director mengikut bendera yang dikibarkan boleh mengubah nasib penunggang dan pelumba motoGP yang sedang bertanding. Dikenakan penalti, dibatalkan, digantung mahupun penolakan jumlah mata perlumbaan.


Bendera Hitam
Tidak layak. Apabila bendera hitam dikibarkan bersama nombor pelumba, pelumba tersebut diwajibkan untuk berhenti dari berlumba dan berakhir pada pusingan itu sahaja perlu kembali ke paddock dan pit tanpa sebarang restart.



Bendera hitam hanya akan dikibarkan marshal setelah krew/team telah diberi taklimat. Pelumba diberikan 5 laps sahaja sebelum perlu kembali ke pit.

Bendera Hitam dengan Bulatan Oren



Bendera ini simbol permberitahuan bahawa jentera pelumba mempunyai masalah mekanikal yang gagal dikesan pelumba itu sendiri. Masalah mekanikal yang mampu mengundang masalah kepada penunggang juga pelumba yang lain semasa di litar. Tindakan diperlukan adalah pelumba diwajibkan meninggalkan track secepatnya.

Bendera Putih



Bendera ini akan dikibarkan untuk motoGP. Bendera yang memberi tanda bahawa pelumba dibenarkan untuk menukar jentera. Race director telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa wet race harus dilakukan apabila dry race sedang dijalankan kerana keaadan track yang basah dan licin, penukaran jentera (jenis tayar) dibenarkan.

Bendera Putih dengan Silang Merah dan Bendera Jalur Kuning dan Merah




Hujan telah berlaku di beberapa seksyen atau kawasan. Dikibarkan di marshal post tertentu di dalam litar.

Bendera Biru



Akan dikibarkan apabila berlaku situasi dimana pelumba hadapan diwajibkan memberi jalan kepada pelumba belakang untuk memintasnya. Hal ini terjadi apabila pelumba paling hadapan ketika perlumbaan itu sudah overlap satu pusingan dan di depannya adalah pelumba terakhir yang masih lagi berada pada pusingan sebelumnya.

Dalam qualifying untuk pole place juga dikibarkan apabila pelumba di hadapan lebih perlahan dari pelumba di belakang yang berada pada garis yang sama. Dahulukan pelumba yang lebih laju.

Bendera Kuning

Petanda bahawa perlumbaan akan ditunda (delayed).Kemungkinan terdapat bahaya dihadapan kerana pelumba terbabas dan masih di track.Pelumba diperlukan untuk memperlahankan jentera dan bersedia untuk berhenti.



Overtaking dilarang ketika bendera kuning dikibarkan sehingga kelihatan bendera hijau dikibarkan.

Bendera Merah 



Apabila berlakunya 'interruption' atau gangguan terhadap perlumbaan. Bendera merah dan lampu merah akan dipamerkan dan semua pelumba perlu mengosongkan track dan berada di pit lane.

Bendera Hijau



Track dalam keadaan selamat.Marshal perlu mengibarkan bendera ini ketika pusingan pertama practice session, warm up lap, sighting lap atau warm up sahaja.

Lampu Merah
Kegunaan lampu merah biasanya ketika perlumbaan akan dimulakan. Kebiasaannya akan dipasang antara 2 hingga 5 saat sebelum lampu terpadan untuk menunggu lampu hijau sebagai tanda permulaan perlumbaan.

Lampu Hijau
Keselamatan dalam keadaan terjamin. Let's roll and rock!! 

Checkered Flag



Perlumbaan tamat

Anda fikir anda tahu Maksud Warna Bendera dan Lampu Dalam MotoGP ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan