Highbury Square Apartments : Dari Stadium ke Penempatan Elit London


Arsenal FC sebuah kelab bola sepak yang cukup dikenali di dunia. Meskipun dibayangi Manchester United dan Chelsea FC dalam memiliki penyokong lalang seluruh dunia, 




Arsenal FC dikenali kerana ideologi permainan short pass with mobile midfielder.



Suatu ideology fluid flow dalam kecantikan bola sepak itu sendiri. Setelah bertapak di utara London, England sejak tahun 1886 Arsenal boleh dikatakan sebuah kelab bola sepak ternama dunia dimana pernah dikalahkan pada peringkat akhir Uefa champions league pada 2006.

Setiap pasukan bola sepak semestinya memiliki 'home' atau rumah masing-masing. Dari awal penubuhan kelab ternama ini, stadium higbury yang siap dibina pada 6 september 1913 telah menjadi 'Home of Football' bagi pemain dan penyokong The Gunners.

Zaman Kegemilangan The Gunners

Apabila berada di bawah tampuk pengurusan Arsene Wenger yang bermula pada tahun 1996, keghairahan dan keinginan untuk Arsenal FC mencapai status dunia semakin memuncak apabila hasil kejayaan dan sponsorship yang besar selain kejayaan memiliki piala satu-satunya bersalut emas ketika menjuarai liga perdana inggeris sesi 2003/2004 tanpa sebarang kekalahan.

Perpindahan Stadium Baharu

Perubahan terhadap 'Home Grown' pasukan Arsenal FC mula bermula apabila sebuah stadium yang mampu menampung kapasiti penonton dalam satu masa seramai 60,000 orang siap, iaitu, Stadium Emirates yang terletak di Islington, London.

Pada tanggal 7 Mei 2006 maka tamatlah 'kontrak' Stadium Highbury menjadi 'Home of Football' untuk Arsenal FC.




Pelbagai kenangan tercipta di Highbury, pahit, manis, masam dan ada juga kelatnya. Highbury tidak sepi begitu sahaja. Dahulunya dikenali sebagai Highbury stadium kini sudah bertukar wajah dengan memiliki nama Highbury Square.

Highbury Square

Highbury Square dimuatkan dengan 650 buah flat kediaman seumpama Apartments. Beralamat Avenell Road,N5 London sudah menjadi sebuah penempatan elit dan boleh dikategorikan sebagai penempatan privacy bagi yang berkemampuan.




Legend kepada kelab Arsenal FC sendiri iaitu RObert Pires memiliki sebuah dari 650 buah flat tersebut.Mempunyai hiasan laman seumpama taman-taman hijau, mempunyai struktur moden berpatenkan sebuah kubu atau fortress. 



Dipuji oleh kritik arkitektur sebagai sebuah penempatan yang mencipta suasana keterbukaan dan alam semulajadi selain menyediakan perlindungan dan privasi.




Pada tahun 2009, reka bentuk Highbury Square telah memenangi Special MIPIM  (Le marché international des professionnels de l’immobilier) jury awards.

Harga Apartment

Jika dilihat pada harga masa sekarang sebuah apartment paling murah adalah sekitar 400,000 pound sterling atau dalam ringgit malaysianya sekitar RM 2.5Juta.




Saiz Apartment








Untuk info lanjut boleh sahaja lawati : emirates-stadium


Anda fikir anda tahu Highbury Square Apartments : Dari Stadium ke Penempatan Elit London ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan