Give a Woman a Facebook Account and You Ruin Her for Life, Teach Her How to Use Google Then She Survive

"Give a man a fish and you feed him a day, Teach a man to fish and  you feed him for lifetime"

Ada yang pernah dengar akan ungkapan ini, ada yang tidak pernah. Bagi yang belum pernah itu tandanya anda kurang membaca selain status di facebook sahaja. Perumpamaan inggeris di atas menerangkan betapa pentingnya pembelajaran pada permulaan setiap kehidupan. 

Jika kita memberi seekor ikan kepada seseorang ikan tersebut hanya akan dimakan untuk pada masa itu sahaja tetapi jika kita ajarkan dia cara-cara untuk menangkap ikan bukan sekadar seekor malahan berkoyan-koyan dia boleh makannya sebagai hasil makanan. 

Perumpamaan inggeris ini agak sinonim dengan peradaban dan zaman dahulu. Namun, nilai estetika maksudnya tetap evergreen selamanya. Di zaman serba sosial ini dimana zaman pertembungan antara ideologi sosialis dan kapitalis perumpamaan ini masih relevan, namun dari aspek semasa.




Mari kita ubah semula ayat ini...

"Give a woman a facebook account and you ruin her for life, Teach her how to use Google then she survive"


Ungkapan ini lebih menjurus ke alam sekarang, alam media sosial, dimana filem Back to The Future pun gagal menemuinya melainkan remaja berpakaian pelik. Zaman di mana Facebook adalah segala-galanya. Apa tidaknya, semua ceruk, celah ingin dikongsikan kepada orang lain. Sehinggakan gula di dapur sudah habis pun turut diposkan di dalam media sosial. Apa salahnya pergi ke kedai beli sahaja benda tersebut atau suruh sesiapa membelinya. Adakah dengan poskan di media sosial secara automatiknya gula akan bertambah ? Lainlah jika anda mencari penjual gula di Facebook, twitter dan Instagram bukan sahaja mengadu semata-mata.

Oleh kerana inilah seharusnya di zaman sosial ini ajarkan anak-anak kita yang sudah mumaiyiz akan penggunakan keyboad/keypad untuk berjinak-jinak dengan search engine seperti google, bing, atau enjin carian lain (IE agak sukar untuk direkomen), cari dan selidik sendiri di search engine apa yang mereka inginkan. 

Bukan biasakan mereka dengan mengadu di media sosial, bahkan ada para penjaga yang telah membuka akaun facebook anaknya yang baru sahaja berumur sehari, anda yakinkah yang dia memerlukan akaun tersebut apabila sudah akil baligh nanti ?

Kita ambil situasi ini sebagai contoh :

Di laman sosial, Ji Hyo (bukan watak sebenar) meng'upload' gambar sekeping kek yang dibelinya dari secret recipe dan menggunakan pelbagai #hashtag seperti #foodporn, #yolo, #sedap, #daebak...#bla...#bla....#bla untuk memberitahu rakan-rakannya.Maka berduyunlah orang memberi komen kritikan serta butang suka.

Di laman realitinya, Ji Hyo menghidangkan kek tersebut di atas meja, apabila seseorang lalu di hadapan rumahnya dia mengajak orang itu (stranger) untuk melihat kek yang diletakkan di atas meja tersebut sambil mengungkapkan, 'foodporn','yolo','sedap','daebak'...bla..bla..bla...

Tidakkah itu janggal ? Itu belum direalitikan lagi mengenai poke (cuit) seseorang, mahunya viral dipukul kerana mencuit orang yang tidak dikenali pada dunia sebenar. Jika dibandingkan dengan dunia 90-1n dan dunia sekarang amat berbeza. 

Bagi menemui manusia yang betul-betul berdiri dengan kakinya sendiri amat sukar, bagaimana mereka mampu untuk 'survive' di dalam dunia nyata, kerana inilah kebanyakkan mereka yang famous dan riang ria bersama cornflakes di media sosial apabila bertemu diluar hanyalah watak retorik semata-mata. Terlalu 'manja' dengan segalanya.

Dengan internet di mana-mana kita sudah boleh mampu berdikari dalam membuat keputusan atau 'troubleshooting' sendiri. Ini boleh dibuktikan dengan pertanyaan :

" Ada sapa-sapa tahu kat mana nak cari bawang goreng yang sedap ?"

Come on. Internet dah ada, apalagi google sajalah.

Anda fikir anda tahu Give a Woman a Facebook Account and You Ruin Her for Life, Teach Her How to Use Google Then She Survive ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan