Sekumpulan gadis-gadis yang terbentuk dari sun-ye, yu-bin, ye-eun, hye-rin dan so-hee (ni aku punya haha).Mula di'mainstream'kan pada 2007 dibawah naungan jyp entertainment record.Pernah memasuki billboard top 10 di amerika syarikat sehingga dilamar syarikat rakaman jonas group di sana.
FEMININ
Sekitar 15-17 tahun terdahulu iaitu ketika aku masih lagi pikul beg kartun otromen dibelakang wujud satu fenomena baru di malaysia.1992,tertubuhnya kumpulan perempuan malaysia yang ngetop mungkin, iaitu feminin.Terdiri dari asfarina, atie, watie, deq nor dan along.Mula dijumpai oleh kru brothers (masa zaman macam jonas brothers, mungkin).pencapaian terbesar adalah berjaya di'banned' kerana berjaya meniru lagu 'rentak disco 123' dari twillight zone.
..mereka sekarang sekadar kenangan
GIRLS GENERATION (SNSD)
Dianggotai 9 anak muda kebanyakkan lahir pada tahun 1989, tae-yeon, yoona (kami pernah kapel haha), yuri, tiffany (mi-young), soo-young, jessica (soo-yeon), sunny (soo-kyeo), hyo-yeon, dan seo-hyon (tiada seo tips) maka terbentuklah girls generation dari korea selatan.Selain menyanyikan lagu dari korea mereka juga boleh mendendangkan lagu jepun.Mula dikenali dengan lagu gee dan terus popular dengan lagu hoot yang sedang didengar sambil menghasilkan entry ini kwakkwakwak.Group yang seangkatan dengan wondergirls ini iaitu diasaskan pada 2007 pernah melewati tangga kedua dan ketiga carta jepun begitu lama.
"jangan tenung lama-lama nanti berdarah hidung"
ELITE
Juga kumpulan wanita malaysia yang sudah berkubur dan dibarisi azza, shasha, watie, abby dan linda.Mereka ini batch pertama sebelum di rebadge juga oleh kru brothers dengan menambah 2 orang lelaki yang membentuk 7 anggota fiza, hana, ava vanja, awir, hazwan dan irfan.Pencapaian terbesar kumpulan wanita dan dot dot dot yang ditubuhkan pada 1996 ini adalah menjadi platform pertama pelakon drama sinetron telenovela malaysia berkembang kerana majoriti dari mereka sekarang adalah pelakon drama dan filem malaysia.
Tidak banyak yang berbeza dari keempat-empat kumpulan wanita ini.Dua persamaan ketara mereka-mereka ini adalah mereka terdiri dari wanita-wanita cantik dan comel serta memiliki bilangan anggota yang melebihi dua.
Apa yang membezakan mereka adalah penerimaan, tak kiralah dari peminat mahupun sesiapa yang melihatnya.Begitu ketara sekali perbezaan mereka.Lagu-lagu mereka semua boleh dikatakan seakan-akan sama yang berentak disco dan pop kontemporari, dengan kata lain sedap didengar.
tetapi..
Boleh katakan dua kumpulan dari korea selatan itu akan bertapak lebih lama di persada hiburan, kerana mereka mencuba benda yang baru dan meng'inovasi'kan diri kumpulan mereka.Satu je bukti yang boleh ditunjukkan cuba kita bandingkan koreografi (seni tarian) pada dua video ini...mana lagi menarik.
Kita abaikan yang 'cekci mekci ken' (seksi versi mc chicken) tu, kita tengok lenggok koreografi dua video ini.Mana yang 'inovasi' dan mana yang 'maintain tade modal'
anda fikir anda tahu WONDERGIRLS memang FEMININ tetapi GIRLS GENERATION (SNSD) lebih ELITE ?
anda fikir sekali lagi.....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri