Bagi penulis juga begitu, penulis beranggapan yang UAI menggunakan kiasan untuk memerli puak liberal yang sedang memerintah negara, namun setelah berpuluh buah ceramah di dengar maka fahamlah bahawa perkataan 'JKK' dalam setiap ceramah UAI ada rahsianya.
Selain dari perli kepada Jawatan Kuasa Kampung (JKK) yang wujud di setiap kampung, dengan menyebut perkataan 'JKK' UAI akan mendapat maklum balas dari seorang peminat setia ceramah UAI, di mana UAI pergi majoritinya dia ada.
Ustaz Azhar Idrus : .....JKK....
(kikikiki)
Begitulah selalunya jika tuan punya badan datang mendengar kuliah UAI, setiap kali UAI mengeluarkan perkataan 'JKK' maka si empunya badan akan secara automatik akan mengeluarkan bunyi 'kikiki'. Maha Suci Allah yang mencipta manusia dengan pelbagai variasi.
Pernah sekali UAI mencuba dengan 'Jawatan Kuasa Kampung' dan 'JKR' namun tiada sebarang 'kikiki' kedengaran. Apabila UAI ingin mengetahui wujudnya dia di sesuatu majlis ilmu UAI, maka UAI akan memancing dengan 'JKK' jika kedengaran 'kikiki' yang nyaring bermakna tuan punya badan datang ke majlis tersebut.
Siapakah JKK Kikiki Tersebut ?
Nama : Muhammad Junaidi
Umur : 39 Tahun (2015)
Asal : Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu
Koleksi Suara Kikiki Abang JKK
anda fikir anda tahu Siapakah Abang JKK Kikiki Dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri