Punca, Anatomi dan Teori Nahas Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh Rusia atau Ukraine


"MH17 Shot By BUK"

Secara kasarnya konflik Crimea di Ukraine yang menjadi dalang. Pertempuran antara puak pemisah Rusia dan tentera Ukraine yang merebut wilayah Crimea. Sudah tentu dua pihak bertelagah ini adalah dalangnya iaitu pemisah Rusia dan Tentera Ukraine. 


9M-MRD B777 Malaysia Airlines MH17
Namun setiap insiden membabitkan nahas pesawat komersil bukan hanya berdasarkan satu punca tetapi gabungan beberapa situasi yang membawa kepada nahas.



Pertempuran ini telah menjadikan kawasan sekitar Crimea termasuk ruang udara Crimea menjadi kawasan panas peperangan.

MH17 Terbang dalam Zon Selamatkah ?

NOTAM Air Traffic Controller (ATC) Ukraine (A1492/14) 
Perkara pertama yang perlu diketahui dalam insiden MH17 ini adalah Notice to Air Man (Notam) yang dikeluarkan.Notam merupakan suatu panduan kepada juruterbang-juruterbang terhadap suatu 'restriction' atau pengecualian atau bahaya yang terdapat sekitar laluan penerbangan. 


NOTAM Issued by Ukraine
Kebiasaan notam digunakan sebagai panduan ancaman seperti terdapat latihan ketenteraan, pertunjukkan udara, peperangan, serta masalah yang dihadapi di sesuatu lapangan terbang juga terkandung di dalam notam.

Di dalam kes MH17, notam berfungsi dalam pengecualian ruang udara kerana peperangan. Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan notam adalah ATC Ukraine. Hanya pihak berkuasa Ukraine yang tahu kawasan panas serta bahaya yang akan dihadapi pesawat komersil yang menggunakan ruang udara atau Flight Information Region (FIR) bagi Ukraine. 

FIR Ukraine yang diawasi ATC Ukraine ada mengeluarkan deskripsi Notam mengenai bahaya yang mungkin dihadapi jika menggunakan ruang udara sekitar Crimea.
Namun pada 14 Julai 2014 (3 hari sebelum kejadian), hanya ruang udara berkoordinat tertentu dan berketinggian sekitar 26,000-32000 kaki sahaja ditutup, no-fly zone.

Dengan istilah lain ruang udara hanya dibuka dari 32,000 kaki dan ke atas.Dari data flight data recorder MH17 mengesahkan bahawa MH17 berada pada 'cruising altitude' FL330 (33000 kaki) beberapa detik sebelum ditembak jatuh. Selepas insiden MH17 Notam telah diubah pada 17 Julai 2014 kepada keseluruhan ruang udara ditutup tanpa had.

Pihak ATC Ukraine hanya mengeluarkan info seperti koordinat, masa berkuatkuasa 'restiction' dan flight level yang dibenarkan sahaja. Namun tiada sebab kepada notam tersebut dikemaskini. Disini penyebabnya adalah pertempuran yang sedang aktif di permukaan bumi kawasan yang dikeluarkan notam itu.

NOTAM Air Traficc COntroller (ATC) Rusia (V6158/14)
Pada 16 Julai 2014 ATC Rostov ada mengeluarkan satu NOTAM baru (sehari sebelum kejadian) dengan koordinat, masa dan sebab tertentu. Bukan seperti apa yang dikeluarkan oleh pihak Ukraine di mana dinyatakan sebarang sebab. Kehilangan perkataan "Combat Action" di dalam NOTAM dikeluarkan Ukraine mungkin menjadi titik pantulan supaya juruterbang MH17 lebih peka akan situasi dibawah sana.


NOTAM Issued by Russia
Kedua-dua ATC perlu menutup kesemua flight level kerana sememangnya insiden beberapa pesawat tentera pernah ditembak jatuh beberapa hari sebelum ini boleh membuktika bahawa ruang udara tersebut sememangnya tidak selamat untuk sebarang aktiviti pernerbangan.

NOTAM yang dikeluarkan dengan "combat action" sepatutnya dijadikan "prohibited flying zone" kerana kecanggihan surface to air missile (SAM) bukan sahaja mampu mencapai altitud tertentu malah ada yang mampu mencapai altitud melebihi 32,000 kaki.

Kesilapan Juruterbang ?

Menurut flight plan awal yang direkod sebelum memulakan penerbangan, krew penerbangan merancang untuk berada di FIR Dnipo pada FL350. Pihak ATC Ukraine ada menyarankan supaya anak kapal mengikut apa yang telah diisi pada flight plan MH17 iaitu mendaki mencapai FL350 namun anak kapal masih mahu 'cruising' pada FL330. 


Flight Path MH17

Sebagai makluman terdapat satu rule separation oleh ATC di mana jika pesawat datang dari barat ke timur dan berada dalam sektor yang telah ditetapkan ICAO. Dalam posisi MH17 bagi mengelakkan sebarang konflik dengan pesawat lain, MH17 dibenarkan menggunakan dua flight level dalam sektor tersebut iaitu FL330 dan FL350. 

Mengapa anak kapal enggan berada pada FL seperti di dalam flight plan mereka tidak dapat dipastikan. Pemilihan airways dan waypoints oleh juruterbang juga boleh menjadi titik mula insiden.

Sebelum penerbangan setiap juruterbang akan melakukan 'flight planning' di mana mereka akan mengira setiap berat bahan api (yang telah digunakan), airspeed, altitud di setiap checkpoint serta koordinat waypoint yang terdapat dalam naviation chart. Harus diingat NOTAM dari pihak Ukraine telah diisukan tiga hari sebelum insiden.

Sepatutnya semasa melihat pada navigation chart untuk proses pengisian borang flight plan mereka seharusnya peka dengan keadaan semasa di sekitar Crimea, Ukraine dan cuba menggunakan waypoints lain. Jika dilihat pada navigation chart, waypoint yang berada di sekitar ruang udara Ukraine terdapat dua airways melalui TAMAK atau melalui FASAD (pada bahagian bawah). 

Mereka boleh 'request' airways tersebut didalam flight plan sekurang-kurangnya mereka berusaha lari daripada risiko. 

Di dalam report awal MH17 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Belanda ada mendapati pesawat Boeing 777 itu telah terpesong laluannya ke utara dan tersasar dari laluan asal.

Faktor Cuaca ?

Pada hari kejadian terdapat awan cumulonimbus yang sedang terbentuk. Pihak ATC Ukraine juga ada menyebut tentang juruterbang MH17 ada meminta untuk 'divert' ke kiri kerana ingin mengelak dari memasuki laluan awan cumulonimbus. Pihak ATC memberi kebenaran dan kerana itulah pesawat tersebut tersasar ke utara dari laluan asal. 


Weather Condition During MH17 shot down
Awan cumulonimus merupakan raja segala awan, untuk mengelilinginya mengambil lencongan yang besar dan sedikit 'turbulence' darinya mampu membawa kapal terbang tersebut tersasar.

Adakah dari mengelak awan cumulonimbus itu pesawat boeing 777 tersebut telah termasuk ke kawasan pertempuran, dengan cuaca yang tidak berapa baik maka pihak yang menembak jatuh pesawat tersebut keliru ia adalah pesawat tentera atau pesawat sivil.

Kesilapan Identiti ?

Terdapat spekulasi yang mengaitkan jalur merah biru yang terdapat pada badan pesawat MH17 dan Aeroflot iaitu pesawat sivil Rusia adalah sama. 


MH17 and Aeroflot
Dalam spekulasi ini, pihak Ukraine menyokong spekulasi ini dengan mengatakan puak pro-Rusia mahu menjatuhkan pesawat Aeroflot (milik Rusia) di dalam wilayah Ukraine bagi memberi lampu hijau kepada Rusia untuk memulakan peperangan dengan Ukraine dengan menuduh Ukraine bertanggunjawab menjatuhkan pesawat Rusia. 

Bagi mengukuhkan lagi teori tersebut Ukraine dengan lantangnya mengatakan bahawa memang terdapat sebuah pesawat Aeroflot berhampiran dengan Malaysia Airlines 777 pada hari kejadian. Mereka juga mengatakan bahawa telah membuat risikan
puak pro-Rusia ada memesan SAM (BUK-SA11) bagi operasi menjatuhkan pesawat Aeroflot tersebut.

Surface-to-Air Missile (SAM) BUK SA11 Milik Rusia ?

Ukraine menuduh Rusia dalang pembunuhan penumpang MH17. Mereka mengatakan bangkai pesawat telah jatuh di kawasan ditawan pihak Pro-Rusia, maka tentera Pro-Rusia sahaja yang menggunakan SAM BUK SA11 buatan Rusia.

Penduduk tempatan juga terserempak dengan trak pengangkut SAM tersebut di sekitar tempat kejadian. Para penyiasat Dutch Safety Board juga ada mengeluarkan kenyataan "terdapat serpihan peluru berpandu buatan Russia" di tempat kejadian.


SAM BUK SA11 Range
Sukhoi SU-25 (Frogfoot) Milik Ukraine ?

Masing-masing pihak mula membuat teori bagi menuduh satu sama lain.
Ada teori mengatakan pesawat Sukhoi-SU15 milik Ukraine telah menembak jatuh MH17 semasa di udara.Saksi kejadian telah mendengar bunyi pesawat lain selepas bangkai MH17 mula jatuh ke bumi.


Satellite Image Sukhoi SU25 and MH17

Dari bukti-bukti yang telah disiasat oleh Dutch Safety Board (yang mengeluarkan Preliminary Report for MH17), seperti :

1. Terdapat kesan langsung ke atas badan pesawat. Objek dari luar (yang berhalaju tinggi) yang menembusi badan pesawat.
2. Pesawat telah berkecai di udara kerana kesan impak berselerakkan hampir 10km.
3. Sebelum ditembak jatuh MH17 ada meminta lencongan laluan dengan ATC kerana ingin menghindari awan cumulonimbus.
4. Boeing 777-200 9M-MRD berkeadaan baik dan servis mengikut spesifikasi kujuruteraan pesawat. (Bukan faktor teknikal)
5. Tiada sebarang "Distressed Call".

Punca Sebenar ?

1. Malaysia Airlines Boeing 777-200 9M-MRD (flight MH17) memang dijatuhkan oleh 'objek berhalaju tinggi'.
2. Saspek kepada 'objek berhalaju tinggi' adalah Misil dari SAM BUK11 milik Rusia dan 30mm Canon Bullet dari pesawat Sukhoi Su25 milik Tentera Udara Ukraine.
3. Ketinggian : MH17 sedang berada pada 33000 kaki, SAM BUK SA11 mampu dilancarkan hingga mencapai ketinggian maksimum projectile 72,000kaki, 'Frogfoot' mampu mencapai altitud tertinggi 23,000 kaki (ceiling high).
4. Pakar kejuruteraan Rusia menegaskan jika SAM BUK SA11 digunakan maka akan kelihatan vapour trail yang dihasilkan selepas dilancarkan, kerana vapour trail tersebut akan lenyap sehingga 10 minit.
5. Beberapa tembusan kecil pada bahagian cockpit MH17 kelihatan seumpama peluru dari Sukhoi Su25 bersaiz 30mm digunakan.





Apa yang penyiasat Perlukan ?

1. Setiap bahagian yang diyakini terkena tembakan (lubang) perlu di ambil sampel pada sekeliling lubang tersebut.

2. Pakar/jurutera yang berkait dengan 'strength of material' dan sebagainya harus menguji apakah masih terdapat residue atau baki pada lelasan pada kontek antara aluminium pesawat dengan 'warhead' misil atau peluru.

3. Seumpama mengesan kereta apa yang melanggar atau menggesel kereta kita, cat dari kenderaan lain masih boleh dikesan.

4. Menguji bahan yang tertinggal pada badan pesawat (bahan atau kontek selain serpihan pesawat, bendasing) adakah ia milik bahan buatan dari peluru canon 30mm Sukhoi ataupun dari Misil BUK SA11

Banyak kekurangan yang membawa kepada insiden malang ini. Antaranya, bagaimana para penggubal NOTAM dan juruterbang kurang peka akan bahaya yang menanti dan fungsi sebenar NOTAM itu sendiri

Bila kesalahan membabitkan dua negara apa lagi kuasa besar, mengikut kepada pengalaman kejadian pesawat sivil ditembak sebelum ini, tiada apa yang dapat dilakukan selain dari kedua-dua pihak terlibat hanya akan memberi pampasan berupa saguhati sahaja.

Ketegasan kerajaan Malaysia juga dalam isu ini patut dipersoalkan juga, seolah-olah ada lagi penting dari nyawa 298 penumpang yang berada di dalam MH17, seharusnya pihak terlibat harus ditekan supaya tiada permainan tarik tali antara pihak Ukraine dan Rusia menuduh masing-masing bertanggungjawab.

Nat Geo Air Crash Investigation : Deadly Airspace (MH17) - shot by BUK Missile



Anda fikir anda tahu Punca, Anatomi dan Teori Nahas Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh Rusia atau Ukraine ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan