1. Kafir Harbi dalam Malaysia sendiri sudah ingin mengubah sunnatullah itu sendiri. Mengubah sesuatu yang telah di syariatkan oleh Allah.
2. Setiap aturan dan kejadian yang diciptakan Allah untuk manusia mempunyai hikmah dan nikmat walaupun bakteria yang terbentuk dari unisel, satu sel seperti amoeba. Inikan pula sesuatu yang menjadi ikutan dan panduan di muka bumi bagi mereka yang ingin berfikir.
3. Azan dan solat merupakan syariat yang diturunkan dari Allah kepada manusia. Tidak akan ada kelemahan atau keburukan sesuatu yang disyariatkan oleh Allah kepada manusia sejagatnya.
4. Azan mula ditentang oleh kaum jahiliyah yang mengatakan bahawa pencemaran bunyi dari azan. Namun mereka tidak pula cuba menentang bunyian mantera dan loceng-loceng pada agama lain.
5. Ketegasan umat islam itu sendiri yang menyebabkan puak jahiliyah yang tidak tahu akan hal ini menjadi galak untuk menghilangkan syariat yang telah ditetapkan, apa lagi benda sebegini disokong oleh orang yang bertanggungjawab dalam menegakkan kemaslahatan agama islam di Malaysia.
6. Satu kajian telah dibuat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan yang membawa kepada suatu penemuan yang menarik. Dr Azhar Sarip adalah pengkaji ilmu spiritual yang mendapat penganugerahan kedoktoran oleh Dr William D.Horton.
7. Dr Azhar melihat kelebihan azan dari aspek gelombang otak. Azan memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian manusia.
8. Azan yang dilaungkan muazin (bilal) bukan sekadar menyeru umat islam untuk bersolat tetapi menjadi penstabil gelombang dunia. Hujan Dr. Azhar.
9. Suatu masa dahulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Dari inilah datangnya ketenangan bila kita berada di taman-taman dan hutan yang mampu memberi ketenangan kepada manusia.
10. Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang setiap hari iaitu gelombang alpha, beta, theta dan delta. Gelombang-gelombang ini tanpa gagal dikeluarkan dari badan manusia. Namun kini kajian telah mendapati hanya gelombang beta sahaja yang banyak dikeluarkan manusia, dimana gelombang beta merupakan unsur negatif yang terdapat dalam badan manusia.
11. Azan pula mengeluarkan gelobang theta di mana gelombang yang mengeluarkan gelombang ketenangan dan seumpama langit tidak berhijab dengan gelombang-gelombang negatif yang ada.
12. Semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Setelah berwuduk maka gelombang tadi akan disejukkan untuk bertukar kepada gelombang alpha (setenang di taman-taman bunga). Ketika berada di gelombang alpha setelah dilaungkan azan, maka gelombang theta dari azan akan menurunkan gelombang alpha badan kepada gelombang yang lagi rendah iaitu gelombang theta. Oleh hal inilah kita digalakkan untuk solat tepat waktunya.
13. Ketika azan juga dikehendaki supaya tida bising dan bercakap, sebaliknya dihayati dan dijawab.Ia ada kaitan dengan gelombang theta.
14. Ketika badan berada dalam keadaan gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endorfin, dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang akan mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.
15. Menurut Dr. Azhar lagi, Allah terlalu sayangkan hambaNya, semua manusia tidak kira yang beriman atau kufur, diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta (dari laungan azan). Di mana tubuh manusia berada pada keadaan 'suci' ketika gelombang badan berada pada gelombang paling ideal iaitu gelombang theta. Di mana juga berlaku pada waktu dhuha dan asar dikatakan amat makbul berdoa pada ketika ini.
16. Kita sudah sedia maklum bahawa laungan azan mampu menurunkan gelombang beta (gelombang negatif) dalam badan kepada gelombang theta iaitu gelobang ketenangan. Gelombang theta berfungsi sebagai pencetus kepada pengeluaran hormon seperti melatonin, endorfin dan serotonin. Bagaimana tiga hormon ini mampu mengawal badan manusia menjadi positif.
17. Hormon melatonin berfungsi mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan, dan mengoksidakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.
18. Sebagai contoh, jika anda terkena kanser, itu bermakna 'pengawal trafik' (melatonin) tidak pandai mengawal lalu lintas menyebabkan perlanggaran antara sel-sel. Kegagalan mengawal sel ini disebabkan ketiadan hormon melatonin dalam badan untuk dilepaskan.
19. Hormon endorfin, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur. Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.
20. Hormon Serotonin atau agen ceria. Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri. Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.
21. Semua di atas merupakan ayat-ayat orang power kedoktoran namun bagi budak spm macam penulis mari kita menggunakan kepala hotak berjambul sendiri.
Hadamkan Semula
Rangkuman kelebihan laungan azan terhadap kehidupan manusia sejagat. Mari kita lihat dan kumpulkan dari aspek sains kepada aspek budak jalanan di tepi longkang. Apa yang sudah kita tahu, hormon - hormon baik seperti melatonin, endorfin dan serotonin dapat dirembeskan apabila adanya 'trigger' atau pencetus. Pencetus semula jadi ketiga-tiga hormon ini adalah gelombang theta.
Badan manusia sememangnya mempunyai empat gelombang asas iaitu alpha, beta, delta dan theta. Di akhir zaman ini gelombang beta yang negatif sentiasa wujud dalam badan manusia. Bagi mencapai tahap gelombang theta dan menghasilkan hormon-hormon baik maka perlu ada sesuatu yang mampu menzahirkan gelombang theta.
Dari azan yang dilaungkan bilal keluarlah 'gema' yang menghasilkan gelombang theta.
Bagaimana gelombang ini terbentuk ? (Sekadar logik bukan sesuatu kajian)
Sel badan manusia terdiri dari pelbagai jenis molekul yang terbentuk dari atom. Budak spm yang tidak ke universiti seperti penulis pun mampu mengagak bahawa kita pernah belajar bahawa atom ini mengandungi elektron yang sentiasa mengelilingi nukleusnya. Setiap gerakan menghasilkan getaran.
Dari getaran terhasilnya gelombang. Maka berjuta-juta atom yang ada di dalam sel akan berkumpul maka badan secara automatiknya menjadi pemancar gelombang. Mungkin ada yang berkata, mana gelombangnya, mari kita tanya dia balik, adakah dia nampak gelombang yang radio yang membolehkan dia membaca whatsapp dari skandalnya.
Kita eksperimenkan dengan air. Kita ketuk permukaan air itu dengan apa-apa objek, maka akan ada 'riak' atau ombak kecil, itulah gelombang. Bayangkan pula air itu adalah udara, maka setiap ucapan laungan dari bilal bermula dengan kalimah 'AllahuAkbar' sehingga 'Lailahaillalla' maka terdapat pelbagai bentuk 'riak' yang terhasil dalam udara.
Oleh itu MENGAPA TIDAK MAHU AZAN DILAUNGKAN DENGAN KUAT ?
Penulis bertanya kepada orang yang telah melafazkan kalimah syahadah, mengapa kita perlu ikut telunjuk puak kafir dan jahiliyah bila syariat dari Allah itu adalah sebenar-benarnya ?
anda fikir anda tahu Benci Masjid Laung Azan Solat Terlalu Kuat Tanda Manusia Berpenyakit ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum...
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri